Kisah Seorang Bekas Paderi/Mubaligh Kristian Yang Menerima Hidayah Islam
Alhamdulillah…Segala Puji Bagi Allah SWT
Sesungguhnya Allah SWT akan membuka pintu hati sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Walaupun seseorang itu dahulunya keras menentang ajaran Islam akhirnya dengan petunjuk Allah SWT beliau menjadi seorang Islam yang baik, malah mungkin lebih baik dari orang Islam sendiri. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, sejak zaman Rasulullah lagi contohnya Syaidina Umar Al-Khattab sebelum memeluk Islam merupakan seorang musuh Islam yang sangat keras. Namun dengan doa dari Rasulullah dan izin Allah SWT, akhirnya Syaidina Umar Al-Khattab menjadi seorang pejuang Islam yang berjaya memperluaskan ajaran Islam ke seluruh Jazirah Arab.
Justeru itulah, pada hari ini tidak seharusnya kita sebagai umat Islam terlalu taksub dan fanatic dengan keIslaman diri sendiri mengatakan diri kita lebih Islam dari orang Islam yang lain sanggup mengutuk dan mengeji orang-orang bukan Islam yang memusuhi serta memandang negatif terhadap umat Islam. Seharusnya, kita mesti menunjukkan tauladan yang baik untuk diperhatikan oleh orang-orang bukan Islam dan memperbaiki pengetahuan dan amalan Islam kita sendiri supaya kita menjadi seorang Islam teguh dan tidak terpengaruh dengan dakyah agama lain.
Mungkin ada antara kita tidak mau berbaik-baik dengan orang bukan Islam adalah kerana kita tak mau terpengaruh atau bersekongkol dengan apa yang mereka percayai dan yakini serta apa yang mereka amalkan. Selagi kita berpegang teguh pada ajaran Islam, walau dalam keadaan apa sekalipun kita mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Serta menjauhi perbuatan jahat dan maksiat yang dilakukan oleh orang bukan Islam dalam usaha kita mendekati mereka.
Sebagai umat Islam kita perlu berbaik-baik dengan orang bukan Islam adalah untuk mendekati mereka supaya dapat memahami ajaran Islam sebenar, menafikan apa yang negative dipersangkakan oleh mereka terhadap Islam. Namun, kebanyakan umat Islam hari ini cuba menjauhi orang bukan Islam kerana permusuhan orang bukan Islam terhadap umat Islam, dan usaha-usaha mereka untuk menyesatkan dan menghapuskan ajaran Islam. Jika kita terus memusuhi mereka kerana apa yang telah mereka lakukan itu maka permusuhan ini tidak akan berakhir.
Oleh itulah, penyelesaian terbaik untuk menamatkan permusuhan ini adalah dengan mendekati mereka, namun dalam usaha ini kita sendiri harus mempunyai pengetahuan agama Islam yang teguh dan keyakinan yang tinggi terhadap iman kita sendiri. Disamping mempunyai kesabaran dalam usaha mendekati mereka tanpa rasa benci dan dendam. Permusuhan ini akan berakhir jika mereka diberi cukup kefahaman tentang Islam dan mereka mengakui sendiri bahawa ajaran Islam itu adalah benar. Tetapi sekiranya mereka masih lagi bertindak keras terhadap umat Islam maka permusuhan mereka bukanlah kerana mereka tidak memahami Islam tapi adalah disebabkan sikap dan hawa nafsu mereka yang tamak dengan kekuasaan dan harta dunia. Mereka inilah yang perlu diperangi.
Walaupun demikian, usaha mendekati mereka tidak seharusnya berhenti semata-mata kerana permusuhan mereka itu. Usaha berdialog, berbincang dan memberi kefahaman perlu diteruskan sebagai satu usaha ikhlas sekiranya hati mereka terbuka menerima ajaran Islam pada saat-saat akhir.
Video ini merupakan penjelasan dan pendedahan penyelewengan ajaran kristian dan pihak gereja oleh seorang bekas Paderi yang dahulunya bergiat aktif menyebarkan dakyah ajaran Kristian di Malaysia dan berusaha memurtadkan orang Islam yang jahil dari kalangan orang Melayu, akhirnya menemui kebenaran ajaran Islam setelah mengetahui banyak percanggahan dan penyelewengan yang berlaku dalam ajaran Kristian. Disamping contoh-contoh akhlak dan tauladan yang ditunjukkan oleh orang-orang Islam yang benar-benar menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar menjadikan beliau sedar dan insaf tentang kebenaran ajaran Islam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan