Sekarang ini begitu heboh diperkatakan tentang tayangan filem pendek FITNA yang dihasilkan oleh seorang ahli politik Belanda Geert Wilders bertujuan untuk menghina Islam dan al-Quran. Sehinggakan banyak negara Islam dan umat Islam membantah tindakan biadap tersebut. Mungkin ada antara anda yang sudah melihat filem tersebut dan mungkin juga belum. Anda boleh tonton filem berkenaan di dalam Youtube untuk melihat sendiri bagaimana penghinaan tersebut dibuat. Dinasihatkan kepada sesiapa yang melihat video tersebut agar berfikir secara rasional dan membuat penilaian secara ilmiah apakah benar apa yang disampaikan oleh filem tersebut atau ia satu FITNA(H) terhadap Islam dan penganutnya supaya dibenci oleh umat agama lain. Saya percaya kita rakyat
Saya hendak mengulas sedikit tentang apa yang ditunjukkan dalam filem tersebut. Ayat-ayat al-Quran yang disentuh adalah diambil secara sekerat-sekerat saja dan tidak menggambarkan ayat-ayat yang sebelum dan selepasnya bagi menggambarkan secara keseluruhan apa yang hendak disampaikan menerusi wahyu Allah tersebut. Justeru itulah, saya menyeru kepada sesiapa saja untuk menghayati ayat-ayat suci al-Quran secara keseluruhannya untuk memahami isi kandungan dan pengajaran yang hendak disampaikan dan bukan membaca sekerat-sekerat saja.
Berkaitan dengan gambar dan video pula, lebih banyak dipaparkan tragedy 9/11 di Amerika Syarikat, pengeboman pengganas di Eropah, gambar-gambar kanak-kanak dan wanita cedera yang diambil adalah dari hasil kekejaman mereka sendiri.
Kalau hendak disingkap semula segala kekejaman dan keganasan tentera barat terhadap umat Islam dan umat manusia di seluruh dunia memang terlalu banyak. Misalnya perang
Justeru itu, kita boleh faham dari apa yang disampaikan dan cara penyampaiannya bahawa filem ini sebenarnya adalah bertujuan untuk membangkitkan semula rasa benci dan marah
Saya setuju dengan pandangan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menyeru supaya umat Islam perlu matang dalam menghadapi tindakan
Masyarakat Islam boleh mengambil tindakan mengikut saranan ulama terkemuka dunia, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi.
* Hujah-hujah ilmiah dan akademik perlu disebarkan untuk menyangkal tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam, dan hujah-hujah ini perlu diterbitkan dalam pelbagai bahasa agar masyarakat seluruh dunia dapat memahami Islam dengan sebenarnya.
* Masyarakat perlu meminta dan mendesak pihak kerajaan di negara masing-masing agar membuat pendirian tegas dan menyatakan bantahan secara rasmi bagi membuktikan bahawa dunia Islam tidak redha dengan sebarang tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan.
* Respons dalam bentuk kesenian dan sebaran media perlu dilakukan kerana filem-filem dan rancangan televisyen boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menjelaskan sifat dan imej sebenar Islam.
* Umat Islam juga perlu memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh negara-negara yang membenarkan rakyatnya menghina dan memfitnah Islam secara terang-terangan.
* Umat Islam sendiri perlu mendalami ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia sepertimana diajar Islam dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak membentuk persepsi yang salah terhadap Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan