Custom Search

Reviews Directory

Selasa, 22 Julai 2008

Kereta Elektrik PROTON?


Kereta elektrik Proton dijual tahun depan atasi kenaikan petrol

PUTRAJAYA 21 Julai – Kerajaan mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.

Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam.

Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.... baca berita selanjutnya

Hmm...biar betul, terkejut saya dengan berita yang dikeluarkan oleh UTUSAN hari ini kerajaan mengarahkan Proton untuk mengeluar dan menjual kereta elektrik tahun depan. Kalau PROTON nak keluarkan kereta elektrik seperti gambar di atas hanya orang kaya dan pak menteri yang korup dan menyeleweng saja yang mampu membelinya. Sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, TESLA ROADSTER adalah sebuah kereta teknologi baru yang baru saja dikenali ramai dan pastinya untuk permulaan harganya bukan calang-calang.

Cakap memang mudah dan memberi arahan macam dia yang buat kereta tu. Seperti biasa, media massa kawalan kerajaan selalunya memaparkan berita yang berbentuk "gula-gula" yang sedap didengar dan melegakan hati rakyat. Kepada pelayar Internet, carilah maklumat berkenaan TESLA ROADSTER ini dan apa-apa saja kereta elektrik yang mempunyai spesifikasi yang dinyatakan dalam berita UTUSAN berkenaan dalam sumber-sumber berita antarabangsa atau di dalam YOUTUBE. Harganya rata-rata melebihi daripada RM300,000 (USD$100,000). Apakah Proton mampu mengeluarkan versi tempatan TESLA ROADSTER pada harga kurang dari itu atau Proton hanya mampu mengeluarkan kereta elektrik biasa saja yang mampu dibeli oleh orang kebanyakan pada harga sekita RM20'000-RM80'000 tapi spesifikasi atau kemampuannya tak setanding dengan TESLA ROADSTER.

Kita sebagai rakyat harus berpijak di bumi nyata, jangan syok sendiri seronok dengan berita PROTON akan mengeluarkan kereta elektrik sebijik macam TESLA ROADSTER tahun depan. Proton perlu mengambil kira kos pengeluaran dan kemampuan rakyat untuk memilikinya. Memang mudah untuk pemimpin memberi arahan kerana mereka rasa berkuasa.



Tiada ulasan: