Custom Search

Reviews Directory

Isnin, 21 Julai 2008

Kereta Elektrik TESLA Sportcar


Dalam Buletin TV3 hari ini, dipaparkan berita berkenaan dengan kenderaan elektrik, kereta yang diuji pandu tersebut adalah kereta TESLA ROADSTER (gambar diatas) menggunakan teknologi Lotus, United Kingdom. Menurut kenyataan PM dalam berita tersebut, PROTON katanya akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan kereta elektrik pada masa depan. Persoalannya, mampu ke? Ada ke tak orang nak pakai? Sebab spesifikasinya hanya untuk jarak dekat je sesuai dan tempoh caj semula mengambil masa agak lama. Kalau ada pun kereta elektrik yang jarak perjalanannya melebihi 200km dan caj semula hanya 5 minit saja, hanya si anu itu dan konco-konconya saja yang mampu beli sebab harga sebuah RM300'000 lebih (belum termasuk cukai, kalau dah cukai mungkin lebih dari RM500,000 sebuah). Sebelum ini saya ada menerbitkan artikel bertajuk Kereta Elektrik Kini Di Pasaran. Dalam artikel ini dinyatakan harga, jarak perjalanan, tempoh caj dan kelajuan maksimum bagi setiap kereta elektrik tersebut.

Bukan mudah hendak mengeluar dan memasarkan kereta elektrik sekiranya tidak disertai dengan prasarana yang menyokongnya. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Sebagai contoh, terdapat usaha untuk memajukan penggunaan teknologi kereta elektrik di negara NORWAY. Bagi setiap kilometer laluan jalan rayanya dilengkapi dengan stesen caj semula elektrik supaya pengguna kereta elektrik dapat mengecaj bateri sebelum ia kehabisan. Dengan itu, pemandu tidak khuatir sekiranya caj bateri mereka berkurang kerana ada stesen caj untuk disinggahi. Di Norway, tidak terdapat banyak empangan hidro untuk menjana tenaga elektrik dan negara berkenaan tidak menjana tenaga nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik. Norway adalah negara pesisir pantai dan mendapat tiupan angin yang kuat di sepanjang pantai mereka, maka itu kaedah yang digunakan untuk menjana elektrik ialah dengan membina banyak kincir angin agar keperluan tenaga elektrik di negara mereka mencukupi untuk keperluan industri, domestik, isirumah dan yang penting boleh membekal tenaga ke setiap stesen caj semula bateri di setiap kilometer laluan jalan.

Apakah negara kita bersedia dengan kemudahan sokongan sebegini? Perlu diingati bahawa Norway terlebih dahulu menyediakan prasarana sokongan untuk kenderaan elektrik sebelum penggunaan kereta ini diperluaskan ke seluruh negara. Ini supaya memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan sememangnya berusaha bersungguh-sungguh memberi galakan kepada rakyat untuk menggunakan kereta elektrik ini. Di negara kita tenaga elektrik dijana oleh empangan hidro, namun begitu khabarnya jumlah tenaga yang dihasilkan tidak mencukupi memandangkan permintaan terhadapnya bagi kegunaan industri dan domestik yang semakin meningkat. Terdapat ura-ura dari berita TV sebelum ini kerajaan akan mempertimbangkan untuk menggunakan tenaga nuklear bagi menjana elektrik pada masa depan. Sebelum melaksanakan sesuatu kerajaan atau PROTON perlu mengambilkira semua aspek. Jangan hanya main serkap jarang atau main ikut je. Berfikirlah secara bijak dan bertindaklah lebih profesional lagi, jangan buat bodoh macam pemimpin negara sekarang ini yang berfikir orang buat maka kita pun kena buat jugak tapi tak ada pelan dan perancangan tersusun. Semuanya berterabur dan hancur yang akhirnya hanya menyusahkan rakyat sahaja setelah memiliki kenderaan elektrik sendiri.

Maklumat lanjut berkenaan kereta TESLA SPORTCAR


Caj Pantas (QUICK CHARGE!)

Berbicara mengenai usaha negara Norway yang sebutkan di atas, saya terjumpa satu lagi artikel yang berkaitan QUICK CHARGE di Hawaii. Kereta elektrik bukan sekadar membuat pengeluaran untuk dipasarkan dan digunakan oleh orang awam, tetapi yang lebih penting ialah infrastruktur berkaitan dengan kelansungan perjalanan kereta elektrik tersebut di sepanjang jalan dengan keupayaan caj bateri yang terhad untuk beberapa kilometer saja.

Menurut artikel berkenaan, di Hawaii wujud satu program yang meliputi keseluruhan keperluan kereta elektrik dari segi meningkatkan lagi keupayaan teknologi bateri agar boleh dicaj dalam tempoh yang singkat sehingga kurang dari 30 minit, mewujudkan stesen-stesen mengecaj bateri di lokasi-lokasi yang sesuai pada jarak yang mampu dijangkau oleh sesebuah kereta elektrik sebelum ia kehabisan caj.

Jadi, jika negara kita hendak menjadikan kereta elektrik ini satu kenderaan masa depan untuk rakyat maka lengkapilah infrastruktur-infrastruktur sokongan yang lain. Sedangkan sistem pengangkutan yang lebih efisyen di Kuala Lumpur pun tak dapat nak diperbaiki dan diselesaikan sehingga sekarang, inikan pula nak lengkapkan infrastruktur berkaitan kereta elektrik. Impian ini hanya akan jadi kenyataan jika rakyat Malaysia mempunyai barisan kepimpinan yang unggul dan berpandangan jauh ke hadapan dengan pemikiran yang strategik dan tersusun. Bukannya pemimpin yang berfikiran celaru dan buat dulu kemudian baru merancang buat pelan macam-macam setelah berbilion-bilion RM dibazirkan untuk projek yang belum tentu nak berjaya seperti sekarang.

Tiada ulasan: