Custom Search

Reviews Directory

Jumaat, 23 Mei 2008

FireFox Yang Lebih Pantas

Jika anda biasa mengguna browser INTERNET EXPLORER (IE), tentu dapat merasakan kelambatannya apatah lagi ketika ia sedang menapis kalau ada aktiviti-aktiviti 'phishing' yang cuba nak mencuri maklumat peribadi kita oleh spy-spy yang banyak di dalam talian. Walaupun komputer anda mempunyai kelajuan rangkaian internet DSL yang sangat pantas sekalipun atau komputer anda dilengkapi dengan kuasa 2.0Ghz ke atas beserta dengan 1 GB DDR2 sungguhpun kelambatannya tak begitu ketara namun bagi mereka yang tak berpuas hati akan masih beranggapan IE masih lagi perlahan.

Setelah saya berubah haluan daripada menggunakan browser IE dan mencuba pakai beberapa browser yang lain seperti FLOCK, MOZILA FIREFOX, OPERA dan K-MELEON memang agak ketara sekali perbezaannya. Masing-masing browser itu ada kelebihan tersendiri dan menawarkan kemudahan yang tak terdapat pada browser lain. Namun bagi mereka yang inginkan kepantasan dan tidak mau menunggu lama objek-objek web muncul di skrin sememangnya pilihan terbaik adalah MOZILA FIREFOX yang di 'add-on' dengan FASTERFOX untuk kepantasan surfing internet dan FIRETUNE untuk kepantasan download lebih pantas dari mana-mana download accelerator yang pernah saya guna.

Saudara saudari sekalian bolehlah cuba download kedua-dua FREEWARE ini atau sekiranya anda belum mengguna FIREFOX boleh cuba browser ini dan lengkapkan dengan kedua-dua 'add-on' ini ke dalam FIREFOX anda dan rasailah sendiri akan kehebatan dan kepantasannya. Bagi saya yang pakai rangkaian internet DSL wireless dan komputer 1.83Ghz, 2MB L2 cache serta 1GB DDR2, browser dan freeware ini mempertingkatkan lagi keupayaan pelayaran internet saya.

Berkaitan dengan keselamatan semasa pelayaran internet ia memerlukan perisian tambahan samaada FREEWARE maupun yang PURCHASE, bagi fungsi anti-virus, anti-spyware, anti-phishing dan anti-adware. Kalau nak yang FREEWARE boleh pakai SPYWARE TERMINATOR yang pada saya lebih friendly user dari AVG kerana servisnya yang setanding macam puchase punya.

Selamat mencuba.

Pandangan lanjut selepas menggunakan FasterFox?
  • Selepas menggunakan Fasterfox dengan mengaktifkan 'Tor Enable' iaitu sejenis Freeware yang meng'anoynamous'kan IP adress saya di alam maya internet ternyata browser FireFox saya masih mampu belayar dengan pantas walaupun tak sepantas sekiranya 'Tor Enable' digunakan iaitu surfing dengan IP sebenar. Membolehkan saya boleh sentiasa meng'anoynamous'kan IP saya bagi tujuan keselamatan.
  • Selepas mencuba di Youtube sebelum ini selalu saja tersangkut-sangkut dan tidak begitu lancar tapi dengan FasterFox Youtube agak lancar sikit dan sememangnya sangat lancar sekali ketika Youtube dalam keadaan baik.

Tiada ulasan: