Sistem ekonomi dunia kini digerakkan oleh amalan riba, tanpa riba ekonomi sesebuah negara kini tak akan dapat berkembang maju. Dengan memaksa pengguna yang tiada pilihan lain lagi cara untuk terus maju terpaksa membayar riba yang dikenakan ke atas pinjaman mereka dan pihak peminjam akan berterusan memperoleh laba yang besar dari urusniaga ini.
Kenapa kita menyimpan wang di bank? Kerana kita percaya bank adalah satu-satunya institusi yang selamat untuk menyimpan wang. Tetapi kita tidak menyedari bahawa apabila berjuta orang menyimpan wang di bank ia menjadi satu modal kepada pihak bank membuat bisnes. Dengan menggunakan wang penyimpan, pihak bank mengambil peluang ini untuk menawarkan pinjaman kepada mereka yang memerlukan untuk sebarang keperluan. Tetapi pinjaman itu perlu dibayar kembali dengan "bunga" nya sekali untuk sesuatu tempoh pembayaran balik.
Dengan memiliki wang simpanan dari pemegang akaun yang berjumlah berjuta-juta dan berbilion-bilion ringgit, pihak bank mampu membuat bisnes pinjaman riba dan macam-macam lagi bentuk bisnes berbentuk pinjaman ini seperti skim insuran dan kad kredit bagi mendapatkan keuntungan berganda bahkan sesiapa yang hendak memulakan bisnes boleh membuat pinjaman bank kerana bank sedia menawarkan pinjaman dari wang simpanan pemegang akaunnya asalkan sanggup membayar balik dengan "bunga" nya sekali. Bagi mereka yang pandai berbisnes dan mempunyai pengaruh serta keupayaan untuk mengembangkan bisnes tidaklah menjadi masalah untuk membayar pinjaman riba tersebut kerana mereka dapat menghasilkan keuntungan yang lebih lumayan dari perniagaannya kelak dan tidak rugi sedikitpun walaupun terpaksa membayar riba pinjaman bank.
Sesebuah perniagaan yang membuat pinjaman riba tentunya akan menggantikan bayaran riba itu dengan mengenakan bayaran yang lebih melalui harga barang yang mereka tawarkan. Bahkan jika peniaga ingin mendapat untung lebih maka mereka akan menawarkan harga yang melampau kepada pengguna dengan pelbagai alasan seperti kos pengangkutan semakin mahal. Sedangkan, ialah adalah akibat daripada kesan ketidaktentuan ekonomi pasaran terbuka dan kemungkinan kadar faedah bank akan meningkat bagi menampung kerugian bank serta nilai matawang ringgit yang semakin jatuh lantaran bersandarkan pada nilai dolar amerika yang kini semakin merosot. Jadi, kenaikan harga barangan di pasaran adalah saling berkaitan dengan amalan riba yang diamalkan dalam sektor kewangan dan perbankan.
Jika nilai ringgit jatuh kerana kemerosotan ekonomi dunia lantaran kegagalan pembayar hutang membayar pinjaman riba tersebut maka urusniaga riba akan terjejas kerana tiada suntikan baru bagi mewujudkan kitaran semula amalan riba dalam pinjaman untuk pelaburan modal bagi perniagaan pihak yang memerlukan. Jadi, ini akan menjejaskan keuntungan bank menyebabkan kadar faedah bayaran balik pinjaman dinilai semula untuk dinaikkan supaya mereka yang patuh dan akur membayar balik pinjaman riba ini dapat menampung kerugian ini walaupun mungkin tak banyak membantu. Yang menjadi mangsa adalah peminjam dan penyimpan wang ringgit di bank dan pengguna yang membeli barangan keperluan di pasaran.
Inilah akibatkan kerana terlalu mengikut sistem pasaran kewangan riba, yang mengambil kesempatan ke atas orang yang susah dan sangat memerlukan kewangan bagi memajukan diri. Belum pasti peminjam terpaksa ini dapat maju dan memperoleh untung jika terlibat dengan perniagaan kecil-kecilan, mereka terpaksa membayar bunga pinjaman untuk beberapa tahun dan belum mendapat apa-apa keuntungan. Jika tidak mampu membayar, dikenakan tindakan undang-undang oleh bank atau perlu diisytiharkan muflis oleh mahkamah supaya bank tidak menuntut bayaran balik atau menawarkan apa-apa lagi pinjaman kepadanya.
Bagi yang hendak melanjutkan pelajaran dengan pinjaman pendidikan pula, kalau lulus cemerlang maka dapatlah pekerjaan yang bergaji lumayan. Dengan gaji yang lebih setelah tolak hutang pinjaman riba pendidikan, bagi yang tidak kuat imannya akan menambah lagi hutangnya untuk mendapatkan pinjaman riba membeli kereta, mendapatkan kad kredit dan sebagainya. Membeli pula barangan keperluan di pasaran yang semakin hari semakin mahal kerana tekanan riba sistem kewangan dan perbankan, peniaga terpaksa naikkan harga barang dan ambil kesempatan ini untuk dapat untung lebih. Manakala bagi pelajar yang sekadar lulus cukup makan atau terus gagal setelah keluar universiti, maka hutang tetap hutang mesti dibayar juga dengan "bunga"nya sekali. Kalau dia tak mampu bayar maka ahli keluarganya perlu membantunya untuk membayar balik.
Lihatlah, betapa rakusnya sistem ekonomi riba ini. Ia tidak membantu sesiapa pun untuk maju sebaliknya mengambil kesempatan dari kesusahan orang lain. Ia tidak ambil peduli sama ada mampu atau tidak, itu peminjam punya hal siapa suruh tak bijak mengurus kewangan dan perniagaan, yang penting bagi bank/koperasi/along pinjaman kena bayar balik dengan "bunga" nya sekali. Kalau seseorang itu tak dapat bayar, ahli keluarganya kena tanggung. Itulah hakikat yang jelas nyata nampak di mata, dengar di telinga menerusi media-media massa.
Terdapat suara-suara yang mencadangkan agar sistem zakat diperkasakan, begitu juga sistem wakaf perlu diperluaskan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan dapat bermula dengan baik tanpa dibebani hutang yang berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat. Tentunya ada pihak yang rasa bimbang dengan perkembangan ini kerana ia boleh menggugat bisnes mereka yang selama ini memerah tenaga orang susah dan menyedut wang ringgit orang yang cukup-cukup makan.
Jika nanti sistem zakat dan wakaf ini berjaya, tentunya ramai akan lahir usahawan-usahawan baru yang mantap kerana dapat menumpukan perniagaan mereka tanpa perlu memikirkan hutang, mereka diberi nasihat dengan sebaiknya bahawa bantuan zakat kepada mereka tidak patut dipersiakan dan mereka perlu mengembalikan ia semula kepada orang lain yang juga memerlukannya. Setiap keuntungan dan hasil dari usaha mereka itu perlu dibayar zakat bagi membolehkan orang lain pula dibantu untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Pelajar keluaran universiti pula banyak cemerlang dan berkeupayaan kerana kebanyakan mereka adalah dari kalangan orang yang susah tetapi ingin berjaya dan dibantu lagi untuk lebih berjaya melalui sistem zakat dan wakaf.
Jadi, sistem zakat adalah satu kitaran yang mana mereka yang telah berjaya hasil daripada bantuan wang zakat mesti membayar zakat bagi membantu mereka yang belum berjaya dan ingin mencapai kejayaan. Begitu juga sistem wakaf dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan menggunakan perkhidmatan yang berkualiti walaupun tidak percuma sekurang-kurangnya membayar pada kadar yang termampu, itu pun adalah untuk membayar gaji pekerjanya bukan barangan yang disediakan. Sebagai contoh hotel wakaf yang dibina menggunakan wang wakaf umat Islam, segala peralatan dibeli menggunakan wang yang diwakafkan di atas tanah yang diwakafkan. Pelanggan hanya perlu membayar pada kadar tertentu saja untuk perkhidmatan pekerja di hotel tersebut kerana segala kos peralatan yang disediakan disitu adalah daripada wang wakaf.
Yang membayar kos pembinaan dan peralatan hotel tersebut ialah umat Islam sendiri, jika 1 juta umat Islam di Malaysia mewakafkan RM10 untuk membina sebuah hotel wakaf maka terkumpullah RM10 juta untuk membina hotel tersebut. Jika setiap hari ada 100 ribu umat Islam Malaysia membayar RM1 maka terkumpullah RM100 ribu bagi membeli kelengkapan dan membayar segala bil elektrik, air dan kemudahan lain untuk penginap di hotel tersebut. Sebagai umat Islam tentunya kita percaya kepada pahala dan dosa, setiap perkara baik akan dibalas dengan pahala yang menjadi bekalan untuk akhirat.
Jika kita sumbangkan RM10 sekali dan RM30 sebulan untuk wakaf hotel tersebut misalnya ia akan memberi kebaikan kepada musafir-musafir di kota-kota besar yang mencari rezeki atau mengunjungi sanak saudara tetapi tiada tempat untuk singgah sementara. Tentunya hotel wakaf tidak menawarkan khidmat yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti menjadi tempat untuk berpesta minum arak atau perkara maksiat. Terdapat banyak perkara yang perlu dipatuhi jika ingin mendapatkan kos penginapan dan perkhidmatan yang murah di hotel wakaf, kerana ia tidak memperoleh keuntungan dari pelanggan hotel tetapi daripada 100 ribu umat Islam yang membayar RM1 sehari, kalau sebulan sudah untung RM3 juta dan keuntungan ini perlu diperkembangkan lagi dengan membina lebih banyak hotel wakaf di seluruh negara. Selagi hotel ini memberi kebaikan kepada orang lain dan pada hotel ini kita ada bahagian dari wakafnya selagi itulah kita akan berterusan menerima pahala. Setiap kebaikan walau sebesar zarah atom sekalipun tetap akan dikira.
Banyak lagi perkhidmatan dan kemudahan yang boleh diwakafkan bagi manfaat umat Islam. Sememangnya sistem zakat dan wakaf ini perlu dilihat semula sebagai salah satu cara yang boleh memajukan umat Islam dan melahirkan lebih ramai orang Islam yang berjaya dalam bidang masing-masing dan memberi sumbangan bukan saja dalam aspek buah fikiran atau idea yang bernas dan praktikal yang akhirnya mampu diusahakan tetapi lebih dari itu orang Islam yang berjaya ini mampu membayar zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat harta, zakat hasil pertanian, zakat barang kemas dan juga mewakafkan sebahagian dari harta dan wang ringgit mereka bagi kemudahan mereka yang kurang berkemampuan membayar lebih. Selain hotel, perkhidmatan perubatan dan hospital juga boleh diwakafkan, perkhidmatan pengangkutan seperti pesawat penerbangan juga boleh ditawarkan.
Segala usaha ini perlu dilakukan oleh orang Islam sendiri tanpa perlu bergantung harap kepada kerajaan semata-mata dan ia harus dimulai oleh sekumpulan individu yang berani menghadapi cabaran, berkemampuan sebagai seorang pemimpin, beramanah serta beretika tinggi. Sebagaimana sistem ekonomi kapitalis yang menetapkan bahawa biar kuasa pasaran yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu perniagaan dan industri tanpa campurtangan pihak berkuasa, begitu jugalah dalam sistem ekonomi berteraskan zakat dan wakaf ini biar umat Islam sendiri yang tentukan jatuh bangunnya kemajuan orang Islam. Tapi yang nyata dengan sistem yang menggalakkan umat Islam saling bantu membantu walaupun hanya sumbangan RM1 sahaja adalah tidak mustahil sistem ini akan berjaya memajukan ekonomi umat Islam di Malaysia secara menyeluruh dan tidak hanya menguntung seorang dua sahaja yang berada di puncak tingkat pengurusannya.
Jika kita berjaya menubuhkan Lembaga Tabung Haji yang telah banyak membantu umat Islam di Malaysia menunaikan haji dengan pakej yang lengkap mengapa kita tidak boleh menubuhkan satu badan zakat yang ulung dan cemerlang serta badan wakaf yang mampu mengendali dan menguruskan wang zakat serta wakaf dengan baik dan beramanah demi kebaikan umat Islam di Malaysia khususnya dan umat Islam serantau serta dunia amnya. Ia boleh diusahakan secara berperingkat-peringkat kerana pastinya ia akan maju setapak demi setapak dan mampu berkembang dengan pesat sekali hasil dari kesedaran umat Islam akan kepentingan wang zakat dan wang yang diwakafkan.
Selasa, 7 Oktober 2008
Sistem Ekonomi Riba
Malapetaka Riba
Amalan riba kini kian berleluasa, biarpun ada yang berwajah baru dengan memperkenalkan cara yang lebih Islamik namun si peminjam masih juga perlu membayar pada kadar yang lebih tinggi dari nilai harta yang dipinjam atau dibeli menerusi bank (iaitu pihak bank membeli dahulu mengikut harga semasa dan mereka menjual pula kepada pelanggan pada harga yang lebih tinggi setelah mengambilkira kos dan perkhidmatan lain-lain). Sedangkan dalam tempoh pembayaran itu harta yang dibeli misalnya kereta telah mengalami susut nilai sementara nilai wang ringgit pula semakin jatuh dengan kadar peningkatan kos sara hidup harian yang semakin tinggi.
Amalan riba kini bukan saja diamalkan oleh bank sahaja, bahkan pihak-pihak tertentu seperti Along, Koperasi dan individu juga mengamalkannya. Jika institusi berlesen mengenakan tindakan undang-undang mahkamah kepada peminjam yang gagal membuat pembayaran, institusi tak berlesen pula mengenakan tindakan sendiri dengan mengugut, mengancam nyawa ahli keluarga dan pelbagai lagi tindakan tidak berperikemanusiaan. Mereka sanggup bertindak diluar batasan semata-mata hendak mendapatkan lebih keuntungan sekiranya hutang mereka tidak dilunaskan peminjam.
Walau bagaimanapun, inilah dilema yang terpaksa ditanggung oleh pengguna bukan saja di Malaysia bahkan dimana-mana saja yang ingin mengubah cara hidup mereka agar menjadi lebih baik terpaksa membuat pinjaman bank bukan sahaja untuk memperoleh wang segera atau ingin memiliki rumah dan kereta, tetapi untuk mendapatkan modal bagi menceburi bidang perniagaan juga kita sebagai pengguna terpaksa melalui sistem riba ini. Perkara ini tidak boleh dielakkan namun kita harus berhati-hati supaya jangan sampai sistem riba ini merosakkan kehidupan dan masa depan kita.
Bayangkan dengan kemudahan pinjaman riba ini, begitu senang sekali terutama bagi mereka yang mempunyai pekerjaan tetap ditawarkan oleh pihak bank dengan pelbagai skim pinjaman riba, skim pinjaman dalam bentuk kad kredit, skim pinjaman kenderaan dan pelbagai lagi yang boleh menarik perhatian nafsu sesiapa sahaja yang ingin hidup senang dan kelihatan mewah. Namun, ada juga antara skim-skim pinjaman tersebut walaupun berbentuk riba memberikan pulangan kepada peminjam dalam jangka masa panjang misalnya pinjaman perumahan dan pinjaman skim pelaburan saham amanah.
Terpulanglah kepada kita untuk menilai dan memilih mana yang terbaik. Sebarang pilihan hendaknya tidak membebankan kita kerana kini ada diantara pihak bank yang cuba menawarkan bentuk pinjaman tanpa perlu melalui majikan menerusi kad kredit pihak tertentu yang berkerjasama dengan bank tersebut, supaya dengan itu mereka boleh terus mendapat keuntungan yang lebih banyak tanpa terikat dengan mana-mana peraturan yang menghadkan pekerja terus membuat pinjaman setelah melebihi had yang telah ditetapkan.
Riba dalam sistem perbankan/koperasi/along/individu kini wujud dalam bentuk berikut :
- dalam skim pinjaman kewangan Peribadi
- dalam skim pinjaman untuk pendidikan
- dalam skim pinjaman kenderaan
- dalam skim pinjaman perumahan
- dalam skim pinjaman pelaburan
- dalam skim pinjaman untuk perniagaan
- dalam skim insuran
Fikir-fikirkanlah...
Rabu, 17 September 2008
Azan,Jawi,JAIS,UiTM & bui*
Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya
JANGANLAH anggap apa yang saya tulis ini sebagai rasis atau berunsur perkauman. Dalam suasana negara yang dipenuhi dengan isu sensitif perkauman sekarang, tulisan ini hanyalah sebagai satu ingatan kepada kita semua, terutamanya umat Islam.
Saya amat tertarik untuk merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang membangkitkan mengenai ''ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan''.
Bagi saya petikan itu pelik bunyinya. Bagi saya ia juga amat serius. Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi seperti itu. Selama ini kita - Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa dan agama tidak pernah bercakap mengenai perkara itu. Kita hormat antara satu sama lain. Soal agama Islam terpelihara secara suci di dalam Perlembagaan negara. Justeru, petikan semacam itu tidak pernah terlintas langsung atau termimpi akan diucapkan.
Kini, ia berlaku. Ya benar, Dr. Khir bukan buat cerita mengarut. Ia benar-benar berlaku di Selangor. Orang Pas, yang kini mula menguasai jawatankuasa masjid dan surau di situ pun tercengang. Orang UMNO yang masih lagi menganggotai jawatankuasa surau dan masjid pun terkejut.
"Sampai macam itu sekali tindakan mereka," kata seorang AJK sebuah surau di Shah Alam kepada saya Jumaat lalu. Beliau ialah sahabat lama saya, yang kami bertemu selepas solat Jumaat, lalu mengajak saya bersembang.
Sembang punya sembang, tiba-tiba beliau menyentuh mengenai soal suraunya. Katanya, kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.
Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh. Katanya, ''hasil tinjauannya'' pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.
"Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)..." katanya kepada imam yang ada di situ.
Semua yang ada terus 'terkedu'. Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitif langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90 peratus penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.
Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?
Sambil menulis kolum ini, saya menelefon seorang rakan saya, yang juga seorang YB dalam Pakatan Rakyat. Dia mengakui memang berlaku. Hasil perbualan saya, beliau berkata: ''…bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar".
Persoalan saya lagi, mengapa situasi seperti ini sudah mulai berlaku. Saya tidak mahu mengulas lanjut, biarlah pembaca budiman membuat analisis dan pernilaian sendiri.
Nak dijadikan cerita, tindakan YB wanita itu tidak habis di situ saja. Dia juga, dikatakan sedang 'memaksa' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur.
Sekali lagi ini cerita benar. Ia disahkan sendiri oleh rakan saya, YB dari Pakatan Rakyat itu. Sebagai ganti untuk menurunkan tulisan jawi itu, dia menuntut dinaikkan tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.
"Yang ekstremnya, YB wanita itu siap bawa 'sample' berserta spesifikasi papan tanda jalan tulisan Cina dan Tamil itu untuk ditunjukkan kepada pegawai DBKL," kata rakan saya itu lagi.
Seperti yang saya tanya di atas tadi, tidak sensitifkah YB wanita itu? Jawapan saya ialah, dia memang sengaja tidak mahu sensitif.
Melihatkan kepada senario ini, barulah kita tahu, siapa sebenarnya yang 'menyuapkan' ke mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain. Sekarang kita juga tahu siapa yang 'memegang tali' untuk menyuruh Khalid membuat kenyataan supaya pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.
Yang jelas kita semua tahu, siapakah orang itu yang 'berkobar-kobar' membangkitkan isu babi Sepang, sebaik saja dia melangkah kaki menduduki bangunan SUK Selangor, tempoh hari.
Dan, sekarang baru kita juga tahu, suasana bercelaru yang sedang berlaku - yang terbaru mengenai isu perkauman atau rasis itu memang dirancang - secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram.
Akhir kalam, semoga Allah menyelamatkan kita semua. Amin
_____________________________________________________________
Hanya kerana artikel yang menyatakan kebenaran ini maka orang yang "kurang ajar" yang tak tau bersyukur hidup dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama yang selama ini rukun dan damai itu pun buat saman tak nak mengaku keceluparan mulut sendiri dan kebiadapan tindakan yang tak menghormati sensitiviti masyarakat lain.
Teresa tuntut RM30j dari Utusan
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta daripada Utusan Malaysia berhubung kandungan sebuah kolum pada 10 September yang didakwa menjejaskan reputasinya.
Surat tuntutan itu disampaikan melalui peguamnya, S. N. Nair & Partners ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Surat tuntutan itu antara lain mendakwa kolum bertajuk Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya... menggambarkan Teresa sebagai seorang ahli politik yang tidak baik dan tidak boleh bertolak-ansur.
Surat berkenaan juga menuntut Utusan Malaysia supaya menarik balik penyiaran kandungan kolum itu selain menyiarkan permohonan maaf.
Pihak Utusan telah merujuk surat tuntutan tersebut kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
____________________________________________________________
Bagaimana pula dengan isi kandungan suratkhabar berbahasa cina yang ditulis seorang wartawan yang juga ditahan dibawah ISA kerana menerbitkan artikel yang mengulas isu ucapan YB Bukit Bendera yang menganggap asalnya nenek moyang orang cina di negara ini adalah "pendatang". Apakah YB tersebut turut menyaman pihak media berkenaan. Dari sini kita boleh lihat dua situasi yang berbeza melibatkan 2 YB dari pihak yang bertentangan apabila berhadapan dengan laporan media tentang diri mereka. Kita sebagai rakyat akan dapat menilai betapa YB Selangor tersebut memang pun tak baik dan tak tau bertolak ansur sanggup menyaman pihak media.
YB Bukit Bendera menerima hukuman digantung keahlian dalam parti 3 tahun tanpa menuntut apa-apa. Kemudian isu yang dibangkitkannya itu disensasikan pula oleh wartawan media berbahasa cina. Sementara YB dari Selangor itu ditahan dibawah ISA kemudian menuntut pula RM30juta dari UTUSAN kerana memaparkan artikel yang tersebut di atas.
( Sumber Berita : Utusan Online )
Isnin, 1 September 2008
Mungkir Janji
Syed Hamid was asked to comment on former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's claim that the government had reneged on its promise not to censor the Internet.
Dr Mahathir, in his posting dated Aug 29 on his blog www.chedet.com, said that when a government made a promise and reneged on it, "then not only would the government lose credibility but also any respect the public may have for it.berita penuh klik DI SINI
Persoalan saya sebagai rakyat dan orang awam yang melihat tindakan kerajaan sekarang berhubung perkara di atas ialah, apa sebenarnya yang pemimpin-pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan sekarang takutkan dengan blogger MALAYSIA TODAY, Raja Petra? Apakah takut orang akan percaya dengan apa yang terkandung dengan blog tersebut sungguhpun ia perkara yang tak benar atau blog tersebut cuba menyebarkan fitnah dengan memburuk-burukkan kepimpinan sekarang dengan kenyataan palsu yang tiada bukti kukuh.
Apa bodoh sangatkah rakyat nak percaya bulat-bulat dengan apa yang terkandung dalam MALAYSIA TODAY. Sebenarnya tindakan kerajaan tersebut hanyalah memperlekehkan keupayaan pemikiran rakyat dan menganggap rakyat bodoh dan akal pendek, kononnya sekiranya MALAYSIA TODAY terus wujud maka akan lebih banyaklah orang akan terpengaruh dengan apa yang terkandung dalam blog tersebut. Walau berjuta-juta artikel fitnah dan berita palsu yang cuba disebarkan oleh blog tersebut, rakyat yang dididik dengan betul, yang celik ilmu dan berfikiran terbuka akan mempertimbangkan mana yang benar dan mana yang palsu sebelum menerima apa-apa kenyataan. Majoriti penguna dan pelayar internet merupakan mereka yang terpelajar, sudah pastinya mereka tahu berfikir secara rasional.
Mengapa perlu mereka menyekat kerana zaman sekarang ini fitnah boleh muncul dalam pelbagai rupa, tidakkah pemerintah sedar bahawa hiburan-hiburan yang melampau yang ditonjolkan menerusi media massa dan elektronik serta konsert-konsert yang dianjurkan merupakan fitnah halus yang ternyata telah banyak merosakkan remaja-remaja dan generasi muda sekarang. Unsur-unsur merosakkan inilah yang perlu disekat kerana ia tidak membentuk dan mendidik generasi muda agar menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan berperanan secara sihat dalam arena politik negara.
Apakah pemimpin yang memerintah sekarang ini sudah jemu hendak menjawab dan tak mampu lagi nak pertahankan diri kerana fitnah pihak lawan sukar lagi disekat dengan cara biasa bahkan 'tak makan saman'. Lalu menggunakan pendekatan menyekat blog MALAYSIA TODAY. Mengapa pemimpin sekarang tak berfikir dan mengambil iktibar dari al-Quran dan Hadis, dijelaskan bahawa fitnah akhir zaman sukar dibendung dan ia berterusan siang dan malam. Pendekatan Islam adalah dengan solat 5 waktu dari subuh hingga ke malam dan azan terus berkumandang berterusan tanpa henti bermula dari timur hingga ke barat. Kerana kalimah kebesaran Allah yang terkandung dalam azan tersebut akan memperingatkan manusia dan seluruh alam agar kembali kepada Allah. Walau bagaimana cara sekalipun orang kafir yang menentang secara nyata dan secara halus terhadap agama dan umat Islam, mereka tak akan dapat menghapuskan ajaran Islam dan pegangan umat Islam itu.
Begitulah juga jika pemimpin kerajaan berfikir secara bijak, mereka tunjukkan tauladan yang baik, laksanakan dengan jujur dan ikhlas tanpa ada sebarang tujuan tersembunyi, kemudian sampaikan apa jua kebaikan melalui medium-medium yang boleh sampai kepada rakyat secara cekap dan pantas tanpa perlu bertindak terlalu defensif. Maka rakyat akan lebih yakin dengan kredibiliti pemimpin yang memerintah dan lebih hormat dengan pemimpin yang menunjukkan tauladan yang baik secara zahir, bukan saja pada dirinya tapi juga pada ahli keluarganya yang lain termasuk menantunya sekali. Pemimpin yang menerajui negara sekarang perlu sedar, sekali mereka buat kesilapan dan keputusan yang salah, rakyat yang celik dan bijak berfikir takkan mudah percaya lagi dengan apa jua yang hendak mereka laksanakan.
Sebagaimana tradisi-tradisi kepimpinan yang bermaruah terdahulu bukan saja dalam negara tapi juga pada tamadun-tamadun demokratik lalu, seseorang pemimpin yang tidak lagi diterima rakyat melalui proses-proses demokrasi termasuklah tidak lagi mendapat sokongan yang besar walaupun menang akan mengundur diri dan memberi ruang kepada kepimpinan baru untuk menerajui pemerintahan. Sebagaimana juga pemimpin-pemimpin kukubesi terdahulu mereka tetap terus berkuasa walaupun tidak lagi mendapat sokongan yang banyak dan tindakan penguatkuasaan yang diambl lebih menjurus kepada untuk mempertahankan kedudukan politik dan kuasa mereka dan menganggap sesiapa yang cuba menggugat mereka dengan pelbagai pertuduhan seperti pengganas, pengkhianat, perosak, pengacau dan blogger tak guna dan macam-macam lagi.
Rakyat awam menjadi keliru akibat situasi politik sebegini kerana pemimpin yang dipercayai selama ini telah menzahirkan apa yang telah dipertuduhkan oleh pembangkang terhadap mereka. Walau apa sekalipun, rakyat tetap merupakan pelanggan yang patut dihormati dan bukannya diperbodohkan dengan permainan wayang oleh ahli-ahli politik di negara ini.
Khamis, 28 Ogos 2008
Lindungi Privacy Anda
Kalau mereka yang berkuasa pun nak saman orang dan buat serbuan atau roadblock tanpa beri amaran dan secara mengejut tanpa diketahui orang awam, begitu jugalah orang awam boleh buat. Orang awam tak ada kuasa undang-undang tapi ada kuasa untuk bersuara tapi biarlah bersuara dengan penuh bertanggungjawab, bukan hendak menfitnah atau memburuk-buruk sehingga mengaibkan orang secara khusus pada individu berkenaan.
Zaman sekarang telah banyak berlaku penyelewengan kuasa dan ketidakcekapan pihak berwajib dalam melaksanakan amanah. Sehingga kita sebagai rakyat tidak yakin lagi dengan pihak tersebut. Lihat saja apa yang berlaku dan dengarlah apa yang mereka perkatakan. Mereka kata SEMUA blogger tak bertanggungjawab, mereka kata rakyat yang memprotes kepimpinan mereka sebagai pengkhianat bangsa dan perosak negara. Siapa pengkhianat dan siapa perosak sebenarnya? Mereka hendak samakan rakyat yang memprotes dan mengkritik itu dengan pengganas.
Rakyat sudah tahu bahawa selama ini mereka yang menjadi pemimpin politik yang berpura-pura baik kononnya membela nasib rakyatlah yang telah merosakkan bangsa dan negara ini. Membenarkan anasir-anasir negatif masuk ke negara ini untuk melalaikan rakyat dengan pelbagai hiburan yang merosak akhlak generasi muda. Merosakkan negara ini dengan amalan-amalan rasuah yang tersembunyi dan tidak ketara di mata rakyat dalam usaha memancing undi dan mendapat sokongan. Menjatuhkan martabat bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, tiada usaha bersungguh-sungguh hendak mempertingkatkan lagi martabat bahasa melayu sebagai bahasa yang boleh diterima global melalui pelbagai pendekatan, sebaliknya lebih mengagungkan bahasa inggeris. Merekalah yang dahulu merosakkan bangsa dan negara ini, dan apa yang berlaku kepada rakyat kini adalah akibat perlakuan dan cara kepimpinan mereka.
Usahlah terlalu menyalahkan rakyat jelata kerana kesalahan yang paling besar adalah pada pemimpin itu sendiri. Walaupun ada idea dan ada dasar-dasar tapi kerana pemimpin itulah sesebuah dasar dan idea yang baik, perlaksanaannya tidak seperti yang diharapkan. Ada pemimpin yang pecah amanah, meyeleweng dan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan untuk diri sendiri, ahli keluarganya dan kroni-kroninya. Bagi menyembunyikan tembelang dan perilaku belakang tabir mereka, para pemimpin ini lebih cenderung hendak menyalahkan rakyat daripada mengaku akan kesalahan sendiri apabila berlakunya masalah dalam politik dan ekonomi negara. Tapi kerana kuasa ditangan mereka maka bermaharajalela lah mereka. Dengan bongkak mereka menyalahkan rakyat dan sanggup mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang menggugat kedudukan mereka sebagai pemimpin politik yang memerintah negara.
Ini sesuatu yang melampaui batas dan tidak boleh diterima oleh rakyat awam, terima kasih kepada teknologi internet dan blog kerana telah membuka ruang untuk demokrasi dan kebebasan bersuara yang lebih telus tapi perlu berhemah. Kerana kita tak dapat menduga tindakan pihak yang memegang kuasa dan punyai wang berjuta-juta untuk menyaman rakyat yang lemah dan miskin yang cuba untuk bersuara menuntut keadilan dan kebebasan maka lebih baik lindungi privasi blogger. Dengan itu, kita terus boleh bersuara menyatakan kebenaran dan luahkan rasa tak puas hati kita secara umum.
Selasa, 26 Ogos 2008
Kita Cekap Mereka Lembab
Ada antara sesetengah diantara kita memang tak suka sangat hendak menangguh-nangguhkan kerja terutama yang melibatkan perkara penting. Malangnya bila kita sudah melaksanakan kerja dengan baik dan cekap, seterusnya tindakan lanjut perlu diambil oleh pihak atasan atau pengurusan. Malangnya, pihak tersebut pula yang lembab dan tidak cekap sehingga apa yang telah kita usahakan akhirnya terbantut dan tergendala. Kerja yang pada awalnya boleh siap lebih awal akhirnya tidak seperti yang diharapkan, menjadi lambat mengambil masa berhari-hari. Lebih malang lagi kelembapan dan kelambatan pihak tersebut hanya akan menyusahkan kita.
Itulah yang telah terjadi pada saya apabila disaman JPJ kerana tidak memakai tali pinggang keledar kereta. Tanpa banyak soal saya mengaku saya bersalah dan seperti biasa saya membayar saman pada polis traffic pada hari berikutnya terus boleh buat pembayaran. Begitu juga bila saya membayar kompaun tak meletak kupon parking kereta pada hari kemudian terus boleh membuat pembayaran. Saya dalam soal bayar saman tak mahu tangguh-tangguh kerana banyak kerja lain yang saya nak buat dan banyak hal lain perlu difikirkan daripada memikirkan bila nak bayar saman. Bila saya terlupa nak bayar saman dan asyik tanggh-tangguh akhirnya tarikh akhir bayaran akan berlalu, itulah yang saya tidak mahu berlaku kerana dendanya tentu akan lebih tinggi dan naik mahkamah.
Tapi itu bukan masalah saya, saya cuba hendak terus membayar saman pada hari berikutnya, bila terus ke kaunter JPJ terus dibagitahu saman belum "KEY IN" dalam sistem online JPJ dan saman itu dibuat oleh anggota JPJ daerah lain. Saya geleng kepala, kalau macam ni la perkhidmatan LEMBAB dan LAMBAT nak KEY IN saman tak payah la nak laungkan kata perkhidmatan yang cekap untuk pengguna. Jarak tempat saya kira-kira 60km dari Jabatan JPJ yang terdekat, saya balik dengan hampa dan rugi minyak ulang alik 120km. Sia-sia saya bertindak dengan cekap dan pantas, bukan dalam hal saja malah dalam hal-hal berkaitan tugas juga. Kalau tidak didesak pada pihak di tempat kerja memang berlanjutanlah. Tapi, macamana saya nak desak anggota JPJ yang saman saya hari tu untuk key in segera.
Saya nak ulas dengan cara kerja bagi anggota-anggota JPJ yang nak saman pengguna jalan raya di daerah lain. Kalau lah saman yang dibuat perlu key in dalam sistem komputer JPJ secara online kenapa tak bawa komputer laptop sekali, boleh lah terus key in terus di mana-mana. Nak kata tak ada rangkaian wayarless untuk kemudahan internet, banyak perkhidmatan telekomunikasi sekarang menyediakan kemudahan 3G untuk akses internet yang lebih pantas. Liputan telekomunikasi di negara ini hampir menyeluruh ke seluruh negara. Kenapa JPJ yang buat outstation atau operasi tidak langgan kemudahan internet wayarless dan bawa sekali laptop. Pihak atasan perlu memberi kemudahan ini kepada anggota yang menjalankan tugas luar. Sekiranya pegawai yang saman saya hari tu outstation sampai 2-3 hari atau lebih maka saya terpaksa lah tunggu pegawai berkenaan balik ke headquaters untuk key in saman di pejabatnya.
Hmm...menyusahkan saya saja tunggu lama-lama. Perkhidmatan awam yang masih bertaraf negara membangun walaupun kemudahan dalam negara sudah first class tapi pegawai yang bertugas tak seiring dengan matlamat. Usah diambilkira soal kos untuk menyediakan kemudahan tersebut, yang perlu diambilkira ialah khidmat layanan pelanggan. Kadang-kadang pelanggan lebih pantas dan cekap bertindak dari Jabatan yang sentiasa mendapat peruntukan tinggi setiap tahun untuk menambah baik perkhidmatan mereka.
Janganlah asyik mencari kesalahan rakyat dan pengguna bila komen sebegini diluahkan, ada antara pengguna yang mesra dan tak melawan atau menjawab dengan macam-macam alasan bila kena saman kerana mereka tau mereka yang salah. Itu sudah dikira bagus dan hormat pada tugas pegawai yang menyaman. Bagaimana pula bila rakyat dan pengguna yang hendak menunaikan tanggungjawab mereka membayar saman tapi bila sampai ke kaunter diberitahu saman belum KEY IN dan dibuat oleh anggota JPJ yang meronda dari daerah lain dan dia belum lagi key in kerana saman itu dibuat pada hari sebelumnya. Mana perginya kemudahan komputer riba dan apa gunanya teknologi internet wayarless disediakan kalau bukan untuk kecekapan dan kepantasan mengemaskini maklumat agar sentiasa terkini walaupun semasa bertugas di luar kawasan.
Menyaman kesalahan pemandu bukan main cepat dan segera tapi kesalahan pihak sendiri yang lembab dan lambat nak terima bayaran pesalah yang nak cepat dan segera bayar saman siapa nak jawab? Tak perlu lama la, key in hanya dalam satu hari je dah kira bagus. Lu pikir la sendiri......
Hari ni 28 Ogos 2008 dah masuk 3 hari, bila check saman JPJ pakai SMS dan internet masih belum ada rekod. Maksudnya pegawai yang menyaman tu masih juga belum key in saman...halo brader, tidur kah????.... cepat sikit key in tu, saya nak bayar cepat saman ni. Jangan nak kumpul sekali semua saman baru nak key in. Macam ni punya servis memang kena sumpah seranah orang ramai lah.
Sabtu, 26 Julai 2008
Sarawak Maju Menjelang 2020
Rakyat negeri ini yang terdiri daripada pelbagai suku kaum perlu berdikari dan tak perlu hanya bergantung pada bantuan Kerajaan Persekutuan semata-mata dalam usaha pembangunan negeri ini. Politik di negeri ini berbeza dengan keadaan politik di negeri-negeri lain dan ini dibuktikan melalui PRU12 yang lepas dimana pemimpin dan rakyat negeri ini menjadi penyelamat kepada BN yang hampir dilumpuhkan oleh pembangkang yang begitu kuat di Negeri-negeri Semenanjung. Bagi sesiapa yang pernah mempelajari sejarah Malaysia, Sarawak merdeka dalam Malaysia dan tertakluk kepada beberapa persetujuan bersama yang telah dimasukkan ke dalam perlembagaan sebagai syarat untuk menyertai rancangan penubuhan Malaysia oleh PM pertama Al-marhum Tunku Abdul Rahman.
Saya sungguh terkilan apabila terdapat beberapa badan dan NGO di Semenanjung yang menyelar pembangunan di negeri ini yang kononnya akan mengancam warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO di Mulu. Sama ada mereka tidak tau atau mungkin tak nak ambil tau atau sengaja nak memburukkan negeri ini dan mau melihat supaya rakyat negeri ini terus mundur hidup "dalam hutan dan tinggal atas pokok" dan "meminta-minta" dari negeri lain. Perlu diingatkan bahawa negeri ini adalah antara penyumbang Petroleum kepada negara Malaysia dan telah banyak membawa kemajuan kepada negeri-negeri tertentu di Semenanjung. Jika ia diuruskan sendiri oleh kerajaan negeri pastinya rakyat negeri ini mampu lebih maju lagi.
Namun, demi perpaduan dan intergrasi, sebagai rakyat negeri ini saya tak mau mengungkit kulit dengan lebih panjang lebar lagi atau dengan kata lain "menghasut" supaya rakyat negeri ini menuntut lebih banyak hak terhadap hasil bumi semula jadi tersebut dalam bentuk royalti yang lebih banyak dari yang diterima sekarang. Kerajaan dan rakyat negeri ini perlu melihat jauh lebih ke hadapan melihat peluang yang lebih luas lagi daripada membangkitkan isu royalti petroleum sebagaimana yang dibangkitkan oleh Terengganu.
Sarawak mempunyai 2 buah universiti utama iaitu UNIMAS di Kuching dan CURTIN University di Miri. Apakah kerajaan negeri suka-suka atau main hentam saja nak bina 12 empangan ini? Apakah kerajaan negeri tidak melibatkan kedua-dua buah universiti ini untuk membuat kajian ekologi dan kesan pembinaan empangan ini terhadap kawasan sekitarnya. Walau apapun saya tak ada maklumat lanjut berkenaan dengannya namun saya percaya dengan kepimpinan negeri Sarawak sekarang bahawa mereka telah mempunyai pelan perancangan yang rapi, tersusun dan jelas sebelum melaksanakan sesuatu projek. Justeru itu, sebagai sebuah badan dan NGO yang lebih berpendidikan tinggi dan profesional perlulah mendapatkan maklumat yang betul dan tepat sebelum mengkritik atau menghebahkan sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi. Peristiwa sebegini pernah berlaku dahulu melibatkan isu orang penan, namun dengan penjelasan dan maklumat yang tepat isu ini bertujuan untuk memburukkan usaha kemajuan yang hendak dibawa oleh kepimpinan negeri ke atas setiap suku kaum di Sarawak. Walau apapun, kerajaan negeri ini akan tetap meneruskan segala perancangan yang telah dibuat kerana ia bukannya projek yang "dibuat dulu tapi kemudian baru merancang setelah berbilion-bilion wang rakyat digunakan". Ia adalah rancangan yang mempunyai pelan dan rangka kerja yang jelas untuk rakyat Sarawak memahaminya.
Sekiranya pembaca ingin mengetahui lanjut tentang SCORE dan hala tuju serta potensi masa depannya boleh lah ke laman web berikut :
http://www.sarawakscore.com.my
SCORE merupakan satu pelan jangka masa panjang yang akan menafikan kebergantungan negeri ini pada sumber Petroleum semata-mata yang akhirnya akan kering bila tiba masanya. Kawasan pedalaman Sarawak sekarang masih banyak yang bergantung kepada generator yang dihidupkan oleh tenaga petrol atau diesel untuk menjana tenaga elektrik bagi keperluan penduduk pedalaman negeri ini. Dengan keadaan kawasan pedalaman yang berbukit bukau dan bergunung ganang apatah lagi keluasan negeri ini hampir sebesar seluruh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia memerlukan satu sumber tenaga yang efektif dan lebih menyeluruh untuk menjana proses pembangunan dan kemajuan seluruh kawasan di negeri ini. Maka itulah, 12 empangan yang bakal dibina meliputi seluruh kawasan di setiap bahagian negeri ini.
Tenaga elektrik adalah tenaga masa depan, teknologi sistem pengangkutan dan perhubungan yang ada sekarang lebih tertumpu kepada keperluan tenaga elektrik. Sistem LRT, Komuter bahkan kereta elektrik juga kini merupakan satu trend baru sistem pengangkutan dan perhubungan di negara-negara maju. Teknologi telekomunikasi seperti infrastruktur rangkaian komputer internet memerlukan sumber tenaga elektrik. Di kawasan pedalaman Sarawak kemudahan internet memerlukan tenaga elektrik yang tidak hanya dijana oleh tenaga solar tetapi perlukan tenaga elektrik yang lebih murah. Sekiranya negeri ini hendak memajukan sektor industri di kawasan pedalaman maka ia perlukan tenaga elektrik. Apabila rangkaian grid saluran tenaga elektrik wujud dari kawasan pedalaman ke kawasan yang lebih maju atau ke bandar-bandar utama pastinya kawasan pedalaman di sekitar empangan tersebut bakal dihubungi oleh rangkaian jalan raya.
Sarawak kaya dengan hasil semulajadinya dan sekiranya ia dimanfaatkan dengan sebaiknya pasti ia akan memberi pulangan dan kemajuan kepada penduduk negeri ini dengan peluang-peluang pekerjaan yang banyak melibatkan kemahiran, perniagaan industri hiliran dan IKS serta peluang-peluang dalam ekonomi yang lain seperti pertanian, perikanan, perhutanan dan penternakan. Peluang-peluang sebegini banyak melibatkan sektor swasta dan penyertaan rakyat Sarawak, dan tidak terlalu bergantung kepada pekerjaan dalam sektor awam semata-mata. Usaha ini perlu melibatkan kerjasama antara kerajaan, swasta dan rakyat negeri ini. Rakyat takkan dapat meningkatkan taraf hidup mereka sekiranya tidak dibantu dan disokong oleh pihak swasta dan kerajaan. Swasta juga takkan dapat mewujudkan industri yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat sekiranya kerajaan tidak memberi galakan melalui dasar-dasar dan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti rangkaian jalan raya, telekomunikasi dan sumber tenaga elektrik. Begitu juga rakyat negeri ini takkan dapat menyumbangkan tenaga, kemahiran dan ilmu mereka jika peluang tidak diwujudkan untuk memajukan negeri ini.
Melalui penjelasan dan penerangan melalui laman web Sarawakscore sekurang-kurangnya rakyat Sarawak seperti saya dapat memahami halatuju SCORE dan matlamat ia diusahakan. Menjadi harapan rakyat negeri ini agar pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan negeri Sarawak memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri ini. Pihak-pihak luar yang tidak mempunyai kefahaman yang jelas dan tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai apa saja yang berkaitan dengan negeri ini tidak ada kredibeliti untuk mempersoal apa jua pelan dan perancangan yang telah dirangka dengan teliti dengan mengambil kira semua kepentingan dan kesan-kesannya terhadap alam sekitar dan kepentingan penduduk negeri Sarawak.
Daripada kebanyakan forum internet membabitkan hal-hal politik, terdapat tuduhan yang mengatakan bahawa pemimpin dan rakyat negeri Sarawak dan Sabah lebih bersifat kenegerian kononnya tidak mendukung intergrasi nasional. Namun perlu dijelaskan bahawa pemimpin dan rakyat negeri ini telah banyak berkorban demi kepentingan negeri-negeri lain bukan saja dalam soal sumber ekonomi seperti hasil petroleum yang menyumbang pendapatan terbesar kepada negara Malaysia, bahkan dari segi kedudukan politik juga pemimpin negeri ini dan Sabah walaupun menang besar dalam PRU12 tidak ramai yang dilantik mengetuai kementerian kerajaan persekutuan Malaysia. Dari segi komposisi kaum pula, bumiputera Sarawak dan Sabah telah membantu menjadikan penduduk pribumi negara Malaysia sebagai majoriti yang melayakkan kuasa pentadbiran dikuasai oleh orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.
Justeru itu, fikirkanlah sendiri dan belajarlah semula sejarah negara kerana dari situ kita akan dapat belajar sesuatu bahawa suatu masa kelak bila rakyat Sarawak dan Sabah semakin berpendidikan dan mampu berdikari. Jika hak dan kepentingan rakyat negeri ini dipersoalkan dan menjadi isu yang menggugat masa depan dan pembangunan untuk rakyat Sarawak maka rakyat Sarawak juga boleh mempersoalkan segala pengorbanan yang telah mereka lakukan sepanjang bergabung dengan Persekutuan Malaysia. Apa yang diharapkan ialah saling hormat-menghormati antara rakyat setiap negeri, menghargai peranan masing-masing dalam membangunkan negara Malaysia dan jangan menikam dari belakang mementingkan diri sendiri sepertimana adanya suara-suara sumbang dalam beberapa forum dan blog yang mempersoal tambahan peruntukan bantuan RM1 bilion kepada negeri ini kononnya demi menjaga kepentingan politik pemimpin-pemimpin tertentu. Janganlah mencemburui kemakmuran negeri Sarawak, keharmonian pelbagai suku kaum negeri ini dan kebijaksanaan kepimpinan negeri ini yang jarang kedengaran perbalahan dikalangan pemimpin negeri.
Akhir kata, salam perpaduan dari saya rakyat negeri Sarawak untuk rakyat negeri-negeri lain. Kita adalah sama-sama rakyat negara Malaysia.
Rabu, 23 Julai 2008
Pengertian DAJJAL
Saya tertarik dengan artikel mengenai DAJJAL ini dari sebuah blog memandangkan dengan keadaan dunia hari ini yang telah banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang telah digambarkan sejak 1400 tahun yang lalu melalui kitab suci al-Quran dan Hadis-hadis sahih Rasulullah. Semoga kita sebagai umat Islam mendapat iktibar darinya dan bagi yang bukan beragama Islam agar mendapat hidayah dan petunjuk yang benar tentang penyelewengan dan pembohongan halus bangsa-bangsa barat dan yahudi ke atas bangsa-bangsa lain di dunia.
Pengertian DAJJAL : Menurut Kajian Islam
Dajjal disebutkan berulang-ulang dalam Hadits, sedangkan Ya'juj wa-Ma'juj bukan saja disebutkan dalam Hadits, tapi juga dalam Al-Qur'an. Kata Dajjal berasal dari kata "dajala", ertinya menutupi (sesuatu). Kamus Lisanul-'Arab mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal.
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.
Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah kerosakan di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal".
Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhirsedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.
Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamuciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihatsebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakarNabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar sepertiayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata adanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.
Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."
Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujianyang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu,Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dialalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan.
Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?"Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."
Selasa, 22 Julai 2008
Kereta Elektrik PROTON?
PUTRAJAYA 21 Julai – Kerajaan mengarahkan Proton mengeluarkan kereta elektrik di Malaysia selewat-lewatnya tahun depan bagi mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.
Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam.
Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.... baca berita selanjutnya
Cakap memang mudah dan memberi arahan macam dia yang buat kereta tu. Seperti biasa, media massa kawalan kerajaan selalunya memaparkan berita yang berbentuk "gula-gula" yang sedap didengar dan melegakan hati rakyat. Kepada pelayar Internet, carilah maklumat berkenaan TESLA ROADSTER ini dan apa-apa saja kereta elektrik yang mempunyai spesifikasi yang dinyatakan dalam berita UTUSAN berkenaan dalam sumber-sumber berita antarabangsa atau di dalam YOUTUBE. Harganya rata-rata melebihi daripada RM300,000 (USD$100,000). Apakah Proton mampu mengeluarkan versi tempatan TESLA ROADSTER pada harga kurang dari itu atau Proton hanya mampu mengeluarkan kereta elektrik biasa saja yang mampu dibeli oleh orang kebanyakan pada harga sekita RM20'000-RM80'000 tapi spesifikasi atau kemampuannya tak setanding dengan TESLA ROADSTER.
Kita sebagai rakyat harus berpijak di bumi nyata, jangan syok sendiri seronok dengan berita PROTON akan mengeluarkan kereta elektrik sebijik macam TESLA ROADSTER tahun depan. Proton perlu mengambil kira kos pengeluaran dan kemampuan rakyat untuk memilikinya. Memang mudah untuk pemimpin memberi arahan kerana mereka rasa berkuasa.
Isnin, 21 Julai 2008
Kereta Elektrik TESLA Sportcar
Maklumat lanjut berkenaan kereta TESLA SPORTCAR
Caj Pantas (QUICK CHARGE!)
Berbicara mengenai usaha negara Norway yang sebutkan di atas, saya terjumpa satu lagi artikel yang berkaitan QUICK CHARGE di Hawaii. Kereta elektrik bukan sekadar membuat pengeluaran untuk dipasarkan dan digunakan oleh orang awam, tetapi yang lebih penting ialah infrastruktur berkaitan dengan kelansungan perjalanan kereta elektrik tersebut di sepanjang jalan dengan keupayaan caj bateri yang terhad untuk beberapa kilometer saja.
Menurut artikel berkenaan, di Hawaii wujud satu program yang meliputi keseluruhan keperluan kereta elektrik dari segi meningkatkan lagi keupayaan teknologi bateri agar boleh dicaj dalam tempoh yang singkat sehingga kurang dari 30 minit, mewujudkan stesen-stesen mengecaj bateri di lokasi-lokasi yang sesuai pada jarak yang mampu dijangkau oleh sesebuah kereta elektrik sebelum ia kehabisan caj.
Jadi, jika negara kita hendak menjadikan kereta elektrik ini satu kenderaan masa depan untuk rakyat maka lengkapilah infrastruktur-infrastruktur sokongan yang lain. Sedangkan sistem pengangkutan yang lebih efisyen di Kuala Lumpur pun tak dapat nak diperbaiki dan diselesaikan sehingga sekarang, inikan pula nak lengkapkan infrastruktur berkaitan kereta elektrik. Impian ini hanya akan jadi kenyataan jika rakyat Malaysia mempunyai barisan kepimpinan yang unggul dan berpandangan jauh ke hadapan dengan pemikiran yang strategik dan tersusun. Bukannya pemimpin yang berfikiran celaru dan buat dulu kemudian baru merancang buat pelan macam-macam setelah berbilion-bilion RM dibazirkan untuk projek yang belum tentu nak berjaya seperti sekarang.
Selasa, 15 Julai 2008
Produk Jimat Minyak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;
MINYAK NAIK..!!! Relax...
Produk HEBAT yang di cari-cari oleh SEMUA orang!
Kenaikan HARGA MINYAK tidak boleh dibendung lagi...
Semua rakyat merasa bahang kenaikan bahan api ini.
Mari kita mula BERJIMAT sambil menjana pendapatan.
Dengan Modal Mula RM 50,
Anda mampu menjana pendapatan Sampingan sehingga RM 97,000.00!
Untuk maklumat lanjut;
http://www.RebetMinyak.com/reyanna
Perniagaan ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.
Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk HEBAT ini, juga produk-produk lain sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.
Terima kasih
---AKAI_PC
Layari http://www.RebetMinyak.com/reyanna
Selasa, 8 Julai 2008
Pesawat Tempur Terkini
Youtube dibawah ini adalah perbandingan antara pesawat-pesawat pejuang canggih terkini dan akan datang
F-35 Lightning II (US Stealth Fighter)
F-22 Raptor (US Stealth Fighter)
MIG-35 (Russia)
SUKHOI T-50 PAK-FA (Russia Stealth Fighter : 2012)
J-XX (Chinese Stealth Fighter : 2015)
Dassault Rafale (Euro)
Eurofighter Typhoon (Euro)
SU-35 (Russia)
Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam keyakinan kita adalah pada kekuatan Allah SWT. Walau secaggih dan sehebat mana pun kekuatan musuh, sesungguhnya hati-hati dan nyawa mereka adalah dibawah pegangan Allah. Jika Allah SWT berkehendak dan umat Islam bernaung di bawah kekuatan Nya, Allah SWT boleh menghapuskan kekuatan musuh dengan sekali gegaran, tiupan beliung, gelombang tsunami dan menahan hati-hati musuh Islam sebelum mereka sempat menyerang umat Islam dan dengan itu umat Islam sempat bersiap sedia dengan kekuatan yang setanding.
Siapa Ancam Singapura?
Singapura Mahu Beli 100 Pesawat Kalis Radar F-35
WASHINGTON 8 Julai – Singapura menunjukkan minat untuk membeli sehingga 100 pesawat F-35 Joint Strike Fighter keluaran Lockheed Martin Corp untuk beberapa dekad akan datang, sekali gus menyamai pelan pertahanan udara Israel.“Israel menyatakan mereka mahu membeli sehingga 100 pesawat. Singapura juga pada asasnya menyatakan perkara yang sama,” kata Ketua Program Pentagon, Mejar Jeneral Charles Davis.
Pembangunan F-35 yang merupakan pesawat kalis radar dibiayai bersama oleh Britain, Itali, Belanda, Turki, Kanada, Australia, Denmark dan Norway.Amerika Syarikat (AS) pula merancang untuk membeli sejumlah 2,443 model F-35 termasuk 1,763 untuk Tentera Udara AS dan 680 untuk Marin dan Tentera Laut dengan kos dianggarkan AS$299 bilion (RM986.7 bilion).
Beratus-ratus pesawat model ini mungkin dijual ke seberang laut bagi menggantikan F-16s keluaran Lockheed dan F-18 keluaran Boeing.Davis turut meramalkan Jepun akan secara rasmi meminta harga dan maklumat mengenai F-35 menjelang hujung tahun ini dalam prosesnya memilih pesawat pejuang generasi baru.
Jurucakap Lockheed Martin, Tom Jurkowsky berkata, program F-35 kini melalui “kemajuan teknikal memberangsangkan terutamanya dalam konteks pesawat paling kompleks pernah dibuat.”Penerbangan ujian pertama bagi versi mendarat dan berlepas secara konvensional dilakukan pada 15 Disember 2006.
Antara pesaing utama model F-35 adalah Gripen keluaran Saab; Dassault Rafale; MiG-35; Sukhoi Su-35 dan Eurofighter Typhon keluaran konsortium syarikat Britain, Jerman, Itali dan Sepanyol.
– ReutersSungguh menghairankan sebuah negara pulau yang kecil mempunyai sistem pertahanan yang melebihi keperluannya dan di pulau itu bukannya ada kekayaan semulajadi yang perlu dilindungi sehingga 100 buah pesawat anti-radar.
Sekarang pun Singapura merupakan pemilik aset pertahanan yang tercanggih dan terbanyak tidak padan dengan saiz negaranya. Siapakah sebenarnya yang menjadi ancaman Singapura ini?
Selama ini banyak tindak tanduk Singapura menimbulkan syak dan mereka bila-bila masa saja boleh menggertak dan mengugut negara-negara jirannya jika mereka rasakan negara jirannya boleh mengancam kepentingan mereka (belum ada lagi negara jiranya mengancam keselamatan Singapura).
Kita khuatir Singapura akan menggunakan kaedah psikologi ini hanya dengan menunjuk-nunjuk kekuatan aset perang mereka kepada negara jiran supaya ia boleh mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat oleh negara jiran yang tidak boleh menggugat kepentingan mereka.
Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada projek Jambatan Bengkok dan Koridor Selatan yang banyak melibatkan pelabur dari Singapura? Apakah negara kita terpaksa akur dengan kehendak Singapura?
Sebarang isu panas Malaysia dengan Singapura dahulu kini tidak lagi kedengaran lagi namun dari perkembangan semasa, hak rakyat Malaysia kini cuba diambil dan dirampas secara halus dan sedikit demi sedikit. Kita sudah kehilangan Pulau Batu Putih yang sepatutnya dari segi sejarah, zon sempadan dan perjanjian kerajaan Kesultanan dahulu adalah jelas hak milik kita.
Kita bimbang di Wilayah Koridor Iskandar kelak pemilik aset di sana lama kelamaan majoritinya kelak adalah orang dari Singapura dan yang sebangsa dengan mereka dan dibimbangi ia akan menjadi satu wilayah tak rasmi Singapura di Malaysia.
Maka itu, Singapura merasakan perlu untuk memiliki 100 buah F-15 pada masa akan datang untuk melindungi wilayah baru ini yang bakal jadi milik mereka suatu hari kelak. Awas Malaysia?? Pertahankan hak dan bumi kita kerana Singapura sedang merancang sesuatu yang kita tak sedar. Tapi persoalannya juga ialah apakah kita mampu pertahankan hak kita dengan kepimpinan negara sekarang? Fikir-fikirkanlah.
Ahad, 6 Julai 2008
Why Biodiesel?
Why You Should Give Biodiesel A Try?
One of the questions we get asked on a regular basis is why people should use Biodiesel. We think there's several reasons to use this great renewable resource! Here's a few that we think stand out.
It's Economical
Biodiesel can be produced by individuals on a small scale relatively inexpensively when compared to Petrodiesel. Figures range anywhere from $0.40 a gallon to about $1.25 a gallon depending on the cost of materials required to make it. With prices that low, most people are able to save hundreds of dollars on their fuel bills. In some cases it even goes into the thousands of dollars. With savings like that, most people are able to recoup their initial investment on the equipment needed to make biodiesel within a matter of months.
It's Renewable
Biodiesel has been touted far and wide for it's renewable properties. Instead of making a fuel from a finite resource such as crude oil, Biodiesel can be produced from renewable resources such as organic oils, fats, and tallows. This means that it can be made from things that can be regrown, reproduced, and reused. So, if you need more, you can just grow another crop of seeds for the oil.
It's Good For The Environment
When Biodiesel is used to power diesel engines, the emissions at the tailpipe are significantly reduced. Studies by the US National Renewable Energy Lab indicate drops in several key area's that help the environment. Carbon Dioxide, Hydrocarbons, and Particulate Matter (the black smoke from diesels) all are significantly reduced when Biodiesel is used. When used in older diesel engines such as indirect combustion diesels, the results are astounding. We personally saw a reduction in our tailpipe emissions of nearly 90%. It's one of the many reasons we exist. We were incredibly impressed by our results.
It also has a positive energy balance. Click here to read more!
It Supports Farmers
When Biodiesel is made from organic oils such as Canola, Soy, Peanut, or other domestically grown seed crops, it helps the farming community out. Because the oil used to make Biodiesel is "domestically grown", it keeps the money flowing to those that "grow" the feedstock. This continues to help out the renewable aspect of Biodiesel because this means more seed crops can be grown by local farmers.
It Reduces Dependence On Crude Oil
When Biodiesel is used in place of petro-diesel, it reduces the amount of crude oil used up. This means that it helps to reduce our dependence on a limited resource and increases our use of renewable resources. We think that's a great step toward reducing our dependence on a fuel that may not be around forever.
It's Enjoyable To Make
We think that making Biodiesel is one of the funnest things in the world to do. With a little practice and know-how it can easily be made and is extremely simple to do. We've found it to be an incredibly fulfilling experience. There's just something to be said for being able to make your own fuel and drive past a gas station and wave instead of pulling up for a fill-up. Words just don't describe the incredible feeling we get each time we make a batch.
It's Good For The Engine
Biodiesel, unlike Petro-diesel, has a much higher "lubricity" to it. This means that it's essentially "slipperier" than normal diesel fuel. With the added "lubricity" of Biodiesel, engines have been shown to experience less wear and tear when used on a regular basis. Also, because Biodiesel is less polluting, it means that it's easier on the engine. US Government Studies have shown that in some cases large fleets using Biodiesel have been able to go longer between oil changes because the oil stay's cleaner when Biodiesel is used.
It's The Perfect Alternative Fuel
When compared to several other Alternative Fuels available, Biodiesel comes out way ahead. Most alternative fuels require changes to a vehicle to be used. Natural Gas & Propane require special tanks to be installed and changes to the fuel injection system must be made as well. Ethanol also requires specialized changes to the fuel injection system. Electricity requires a completely different engine. In most cases, once a vehicle undergoes the conversion necessary to run the alternative fuel, there's no going back. You either run the alternative fuel or you don't run the vehicle. No propane? No go!
alternative fuels is fuel mileage. In most cases, when alternative fuels are used the fuel mileage per gallon drops significantly. In some cases it's even as high as a 60% drop! With drops that significant any benefit derived from using the alternative fuel quickly diminishes. However, this isn't the case with Biodiesel.
So, as you can see, there's several reasons why Biodiesel is an ideal alternative fuel to diesel fuel. It's good for the environment, it can help you keep more of your hard-earned money, it's better for your engine, and it's fun to make! We believe that when you compare Biodiesel to all of the other alternatives out there, it just makes sense!
Give It A Try!
If you'd like to see if Biodiesel is right for you, we encourage you to give it a try! Biodiesel can be purchased commercially from several Commercial Biodiesel Retailers. Once you've tried it and are sure it's right for you, you can even begin making it yourself!
Diesel Power Magazine published a great article called Living With Biodiesel.
The article details their experience with using this great renewable fuel.