Custom Search

Reviews Directory

Memaparkan catatan dengan label Politik dan Pemerintahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik dan Pemerintahan. Papar semua catatan

Rabu, 17 September 2008

Azan,Jawi,JAIS,UiTM & bui*

Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya

JANGANLAH anggap apa yang saya tulis ini sebagai rasis atau berunsur perkauman. Dalam suasana negara yang dipenuhi dengan isu sensitif perkauman sekarang, tulisan ini hanyalah sebagai satu ingatan kepada kita semua, terutamanya umat Islam.

Saya amat tertarik untuk merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang membangkitkan mengenai ''ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan''.

Bagi saya petikan itu pelik bunyinya. Bagi saya ia juga amat serius. Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi seperti itu. Selama ini kita - Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa dan agama tidak pernah bercakap mengenai perkara itu. Kita hormat antara satu sama lain. Soal agama Islam terpelihara secara suci di dalam Perlembagaan negara. Justeru, petikan semacam itu tidak pernah terlintas langsung atau termimpi akan diucapkan.

Kini, ia berlaku. Ya benar, Dr. Khir bukan buat cerita mengarut. Ia benar-benar berlaku di Selangor. Orang Pas, yang kini mula menguasai jawatankuasa masjid dan surau di situ pun tercengang. Orang UMNO yang masih lagi menganggotai jawatankuasa surau dan masjid pun terkejut.

"Sampai macam itu sekali tindakan mereka," kata seorang AJK sebuah surau di Shah Alam kepada saya Jumaat lalu. Beliau ialah sahabat lama saya, yang kami bertemu selepas solat Jumaat, lalu mengajak saya bersembang.

Sembang punya sembang, tiba-tiba beliau menyentuh mengenai soal suraunya. Katanya, kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.

Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh. Katanya, ''hasil tinjauannya'' pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.

"Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)..." katanya kepada imam yang ada di situ.

Semua yang ada terus 'terkedu'. Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitif langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90 peratus penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.

Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?

Sambil menulis kolum ini, saya menelefon seorang rakan saya, yang juga seorang YB dalam Pakatan Rakyat. Dia mengakui memang berlaku. Hasil perbualan saya, beliau berkata: ''…bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar".

Persoalan saya lagi, mengapa situasi seperti ini sudah mulai berlaku. Saya tidak mahu mengulas lanjut, biarlah pembaca budiman membuat analisis dan pernilaian sendiri.

Nak dijadikan cerita, tindakan YB wanita itu tidak habis di situ saja. Dia juga, dikatakan sedang 'memaksa' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur.

Sekali lagi ini cerita benar. Ia disahkan sendiri oleh rakan saya, YB dari Pakatan Rakyat itu. Sebagai ganti untuk menurunkan tulisan jawi itu, dia menuntut dinaikkan tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.

"Yang ekstremnya, YB wanita itu siap bawa 'sample' berserta spesifikasi papan tanda jalan tulisan Cina dan Tamil itu untuk ditunjukkan kepada pegawai DBKL," kata rakan saya itu lagi.

Seperti yang saya tanya di atas tadi, tidak sensitifkah YB wanita itu? Jawapan saya ialah, dia memang sengaja tidak mahu sensitif.

Melihatkan kepada senario ini, barulah kita tahu, siapa sebenarnya yang 'menyuapkan' ke mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain. Sekarang kita juga tahu siapa yang 'memegang tali' untuk menyuruh Khalid membuat kenyataan supaya pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.

Yang jelas kita semua tahu, siapakah orang itu yang 'berkobar-kobar' membangkitkan isu babi Sepang, sebaik saja dia melangkah kaki menduduki bangunan SUK Selangor, tempoh hari.

Dan, sekarang baru kita juga tahu, suasana bercelaru yang sedang berlaku - yang terbaru mengenai isu perkauman atau rasis itu memang dirancang - secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram.

Akhir kalam, semoga Allah menyelamatkan kita semua. Amin
_____________________________________________________________

Hanya kerana artikel yang menyatakan kebenaran ini maka orang yang "kurang ajar" yang tak tau bersyukur hidup dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama yang selama ini rukun dan damai itu pun buat saman tak nak mengaku keceluparan mulut sendiri dan kebiadapan tindakan yang tak menghormati sensitiviti masyarakat lain.

Teresa tuntut RM30j dari Utusan

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta daripada Utusan Malaysia berhubung kandungan sebuah kolum pada 10 September yang didakwa menjejaskan reputasinya.

Surat tuntutan itu disampaikan melalui peguamnya, S. N. Nair & Partners ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Surat tuntutan itu antara lain mendakwa kolum bertajuk Azan, Jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya... menggambarkan Teresa sebagai seorang ahli politik yang tidak baik dan tidak boleh bertolak-ansur.

Surat berkenaan juga menuntut Utusan Malaysia supaya menarik balik penyiaran kandungan kolum itu selain menyiarkan permohonan maaf.

Pihak Utusan telah merujuk surat tuntutan tersebut kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
____________________________________________________________

Bagaimana pula dengan isi kandungan suratkhabar berbahasa cina yang ditulis seorang wartawan yang juga ditahan dibawah ISA kerana menerbitkan artikel yang mengulas isu ucapan YB Bukit Bendera yang menganggap asalnya nenek moyang orang cina di negara ini adalah "pendatang". Apakah YB tersebut turut menyaman pihak media berkenaan. Dari sini kita boleh lihat dua situasi yang berbeza melibatkan 2 YB dari pihak yang bertentangan apabila berhadapan dengan laporan media tentang diri mereka. Kita sebagai rakyat akan dapat menilai betapa YB Selangor tersebut memang pun tak baik dan tak tau bertolak ansur sanggup menyaman pihak media.

YB Bukit Bendera menerima hukuman digantung keahlian dalam parti 3 tahun tanpa menuntut apa-apa. Kemudian isu yang dibangkitkannya itu disensasikan pula oleh wartawan media berbahasa cina. Sementara YB dari Selangor itu ditahan dibawah ISA kemudian menuntut pula RM30juta dari UTUSAN kerana memaparkan artikel yang tersebut di atas.

( Sumber Berita : Utusan Online )

Isnin, 1 September 2008

Mungkir Janji

Syed Hamid was asked to comment on former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad's claim that the government had reneged on its promise not to censor the Internet.

Dr Mahathir, in his posting dated Aug 29 on his blog www.chedet.com, said that when a government made a promise and reneged on it, "then not only would the government lose credibility but also any respect the public may have for it.

berita penuh klik DI SINI

Persoalan saya sebagai rakyat dan orang awam yang melihat tindakan kerajaan sekarang berhubung perkara di atas ialah, apa sebenarnya yang pemimpin-pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan sekarang takutkan dengan blogger MALAYSIA TODAY, Raja Petra? Apakah takut orang akan percaya dengan apa yang terkandung dengan blog tersebut sungguhpun ia perkara yang tak benar atau blog tersebut cuba menyebarkan fitnah dengan memburuk-burukkan kepimpinan sekarang dengan kenyataan palsu yang tiada bukti kukuh.

Apa bodoh sangatkah rakyat nak percaya bulat-bulat dengan apa yang terkandung dalam MALAYSIA TODAY. Sebenarnya tindakan kerajaan tersebut hanyalah memperlekehkan keupayaan pemikiran rakyat dan menganggap rakyat bodoh dan akal pendek, kononnya sekiranya MALAYSIA TODAY terus wujud maka akan lebih banyaklah orang akan terpengaruh dengan apa yang terkandung dalam blog tersebut. Walau berjuta-juta artikel fitnah dan berita palsu yang cuba disebarkan oleh blog tersebut, rakyat yang dididik dengan betul, yang celik ilmu dan berfikiran terbuka akan mempertimbangkan mana yang benar dan mana yang palsu sebelum menerima apa-apa kenyataan. Majoriti penguna dan pelayar internet merupakan mereka yang terpelajar, sudah pastinya mereka tahu berfikir secara rasional.

Mengapa perlu mereka menyekat kerana zaman sekarang ini fitnah boleh muncul dalam pelbagai rupa, tidakkah pemerintah sedar bahawa hiburan-hiburan yang melampau yang ditonjolkan menerusi media massa dan elektronik serta konsert-konsert yang dianjurkan merupakan fitnah halus yang ternyata telah banyak merosakkan remaja-remaja dan generasi muda sekarang. Unsur-unsur merosakkan inilah yang perlu disekat kerana ia tidak membentuk dan mendidik generasi muda agar menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan berperanan secara sihat dalam arena politik negara.

Apakah pemimpin yang memerintah sekarang ini sudah jemu hendak menjawab dan tak mampu lagi nak pertahankan diri kerana fitnah pihak lawan sukar lagi disekat dengan cara biasa bahkan 'tak makan saman'. Lalu menggunakan pendekatan menyekat blog MALAYSIA TODAY. Mengapa pemimpin sekarang tak berfikir dan mengambil iktibar dari al-Quran dan Hadis, dijelaskan bahawa fitnah akhir zaman sukar dibendung dan ia berterusan siang dan malam. Pendekatan Islam adalah dengan solat 5 waktu dari subuh hingga ke malam dan azan terus berkumandang berterusan tanpa henti bermula dari timur hingga ke barat. Kerana kalimah kebesaran Allah yang terkandung dalam azan tersebut akan memperingatkan manusia dan seluruh alam agar kembali kepada Allah. Walau bagaimana cara sekalipun orang kafir yang menentang secara nyata dan secara halus terhadap agama dan umat Islam, mereka tak akan dapat menghapuskan ajaran Islam dan pegangan umat Islam itu.

Begitulah juga jika pemimpin kerajaan berfikir secara bijak, mereka tunjukkan tauladan yang baik, laksanakan dengan jujur dan ikhlas tanpa ada sebarang tujuan tersembunyi, kemudian sampaikan apa jua kebaikan melalui medium-medium yang boleh sampai kepada rakyat secara cekap dan pantas tanpa perlu bertindak terlalu defensif. Maka rakyat akan lebih yakin dengan kredibiliti pemimpin yang memerintah dan lebih hormat dengan pemimpin yang menunjukkan tauladan yang baik secara zahir, bukan saja pada dirinya tapi juga pada ahli keluarganya yang lain termasuk menantunya sekali. Pemimpin yang menerajui negara sekarang perlu sedar, sekali mereka buat kesilapan dan keputusan yang salah, rakyat yang celik dan bijak berfikir takkan mudah percaya lagi dengan apa jua yang hendak mereka laksanakan.

Sebagaimana tradisi-tradisi kepimpinan yang bermaruah terdahulu bukan saja dalam negara tapi juga pada tamadun-tamadun demokratik lalu, seseorang pemimpin yang tidak lagi diterima rakyat melalui proses-proses demokrasi termasuklah tidak lagi mendapat sokongan yang besar walaupun menang akan mengundur diri dan memberi ruang kepada kepimpinan baru untuk menerajui pemerintahan. Sebagaimana juga pemimpin-pemimpin kukubesi terdahulu mereka tetap terus berkuasa walaupun tidak lagi mendapat sokongan yang banyak dan tindakan penguatkuasaan yang diambl lebih menjurus kepada untuk mempertahankan kedudukan politik dan kuasa mereka dan menganggap sesiapa yang cuba menggugat mereka dengan pelbagai pertuduhan seperti pengganas, pengkhianat, perosak, pengacau dan blogger tak guna dan macam-macam lagi.

Rakyat awam menjadi keliru akibat situasi politik sebegini kerana pemimpin yang dipercayai selama ini telah menzahirkan apa yang telah dipertuduhkan oleh pembangkang terhadap mereka. Walau apa sekalipun, rakyat tetap merupakan pelanggan yang patut dihormati dan bukannya diperbodohkan dengan permainan wayang oleh ahli-ahli politik di negara ini.

Khamis, 28 Ogos 2008

Lindungi Privacy Anda

Kalau mereka yang berkuasa pun nak saman orang dan buat serbuan atau roadblock tanpa beri amaran dan secara mengejut tanpa diketahui orang awam, begitu jugalah orang awam boleh buat. Orang awam tak ada kuasa undang-undang tapi ada kuasa untuk bersuara tapi biarlah bersuara dengan penuh bertanggungjawab, bukan hendak menfitnah atau memburuk-buruk sehingga mengaibkan orang secara khusus pada individu berkenaan.

Zaman sekarang telah banyak berlaku penyelewengan kuasa dan ketidakcekapan pihak berwajib dalam melaksanakan amanah. Sehingga kita sebagai rakyat tidak yakin lagi dengan pihak tersebut. Lihat saja apa yang berlaku dan dengarlah apa yang mereka perkatakan. Mereka kata SEMUA blogger tak bertanggungjawab, mereka kata rakyat yang memprotes kepimpinan mereka sebagai pengkhianat bangsa dan perosak negara. Siapa pengkhianat dan siapa perosak sebenarnya? Mereka hendak samakan rakyat yang memprotes dan mengkritik itu dengan pengganas.

Rakyat sudah tahu bahawa selama ini mereka yang menjadi pemimpin politik yang berpura-pura baik kononnya membela nasib rakyatlah yang telah merosakkan bangsa dan negara ini. Membenarkan anasir-anasir negatif masuk ke negara ini untuk melalaikan rakyat dengan pelbagai hiburan yang merosak akhlak generasi muda. Merosakkan negara ini dengan amalan-amalan rasuah yang tersembunyi dan tidak ketara di mata rakyat dalam usaha memancing undi dan mendapat sokongan. Menjatuhkan martabat bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, tiada usaha bersungguh-sungguh hendak mempertingkatkan lagi martabat bahasa melayu sebagai bahasa yang boleh diterima global melalui pelbagai pendekatan, sebaliknya lebih mengagungkan bahasa inggeris. Merekalah yang dahulu merosakkan bangsa dan negara ini, dan apa yang berlaku kepada rakyat kini adalah akibat perlakuan dan cara kepimpinan mereka.

Usahlah terlalu menyalahkan rakyat jelata kerana kesalahan yang paling besar adalah pada pemimpin itu sendiri. Walaupun ada idea dan ada dasar-dasar tapi kerana pemimpin itulah sesebuah dasar dan idea yang baik, perlaksanaannya tidak seperti yang diharapkan. Ada pemimpin yang pecah amanah, meyeleweng dan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan untuk diri sendiri, ahli keluarganya dan kroni-kroninya. Bagi menyembunyikan tembelang dan perilaku belakang tabir mereka, para pemimpin ini lebih cenderung hendak menyalahkan rakyat daripada mengaku akan kesalahan sendiri apabila berlakunya masalah dalam politik dan ekonomi negara. Tapi kerana kuasa ditangan mereka maka bermaharajalela lah mereka. Dengan bongkak mereka menyalahkan rakyat dan sanggup mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang menggugat kedudukan mereka sebagai pemimpin politik yang memerintah negara.

Ini sesuatu yang melampaui batas dan tidak boleh diterima oleh rakyat awam, terima kasih kepada teknologi internet dan blog kerana telah membuka ruang untuk demokrasi dan kebebasan bersuara yang lebih telus tapi perlu berhemah. Kerana kita tak dapat menduga tindakan pihak yang memegang kuasa dan punyai wang berjuta-juta untuk menyaman rakyat yang lemah dan miskin yang cuba untuk bersuara menuntut keadilan dan kebebasan maka lebih baik lindungi privasi blogger. Dengan itu, kita terus boleh bersuara menyatakan kebenaran dan luahkan rasa tak puas hati kita secara umum.

Sabtu, 26 Julai 2008

Sarawak Maju Menjelang 2020


Ramai yang tak mengetahui secara mendalam tentang Koridor Sarawak atau dikenali sebagai SCORE (Sarawak Coridor of Renewable Energy). Umum mengetahui bahawa koridor-koridor yang dilancarkan oleh PM sebelum PRU12 banyak yang menimbulkan kontroversi misalnya Koridor Selatan di Johor. Sebagai rakyat negeri ini, saya lebih memahami akan keperluan SCORE dan ia pada dasarnya telah pun dirancang lama sebelum ia dikenali sebagai SCORE dan dimasukkan sebagai salah satu koridor-koridor yang lain. Kalau tidak ada projek pembangunan koridor di negeri-negeri lain pun ia tetap juga akan dibangunkan demi kepentingan rakyat negeri ini dan masa depan negeri Sarawak.

Rakyat negeri ini yang terdiri daripada pelbagai suku kaum perlu berdikari dan tak perlu hanya bergantung pada bantuan Kerajaan Persekutuan semata-mata dalam usaha pembangunan negeri ini. Politik di negeri ini berbeza dengan keadaan politik di negeri-negeri lain dan ini dibuktikan melalui PRU12 yang lepas dimana pemimpin dan rakyat negeri ini menjadi penyelamat kepada BN yang hampir dilumpuhkan oleh pembangkang yang begitu kuat di Negeri-negeri Semenanjung. Bagi sesiapa yang pernah mempelajari sejarah Malaysia, Sarawak merdeka dalam Malaysia dan tertakluk kepada beberapa persetujuan bersama yang telah dimasukkan ke dalam perlembagaan sebagai syarat untuk menyertai rancangan penubuhan Malaysia oleh PM pertama Al-marhum Tunku Abdul Rahman.

Saya sungguh terkilan apabila terdapat beberapa badan dan NGO di Semenanjung yang menyelar pembangunan di negeri ini yang kononnya akan mengancam warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO di Mulu. Sama ada mereka tidak tau atau mungkin tak nak ambil tau atau sengaja nak memburukkan negeri ini dan mau melihat supaya rakyat negeri ini terus mundur hidup "dalam hutan dan tinggal atas pokok" dan "meminta-minta" dari negeri lain. Perlu diingatkan bahawa negeri ini adalah antara penyumbang Petroleum kepada negara Malaysia dan telah banyak membawa kemajuan kepada negeri-negeri tertentu di Semenanjung. Jika ia diuruskan sendiri oleh kerajaan negeri pastinya rakyat negeri ini mampu lebih maju lagi.

Namun, demi perpaduan dan intergrasi, sebagai rakyat negeri ini saya tak mau mengungkit kulit dengan lebih panjang lebar lagi atau dengan kata lain "menghasut" supaya rakyat negeri ini menuntut lebih banyak hak terhadap hasil bumi semula jadi tersebut dalam bentuk royalti yang lebih banyak dari yang diterima sekarang. Kerajaan dan rakyat negeri ini perlu melihat jauh lebih ke hadapan melihat peluang yang lebih luas lagi daripada membangkitkan isu royalti petroleum sebagaimana yang dibangkitkan oleh Terengganu.

Sarawak mempunyai 2 buah universiti utama iaitu UNIMAS di Kuching dan CURTIN University di Miri. Apakah kerajaan negeri suka-suka atau main hentam saja nak bina 12 empangan ini? Apakah kerajaan negeri tidak melibatkan kedua-dua buah universiti ini untuk membuat kajian ekologi dan kesan pembinaan empangan ini terhadap kawasan sekitarnya. Walau apapun saya tak ada maklumat lanjut berkenaan dengannya namun saya percaya dengan kepimpinan negeri Sarawak sekarang bahawa mereka telah mempunyai pelan perancangan yang rapi, tersusun dan jelas sebelum melaksanakan sesuatu projek. Justeru itu, sebagai sebuah badan dan NGO yang lebih berpendidikan tinggi dan profesional perlulah mendapatkan maklumat yang betul dan tepat sebelum mengkritik atau menghebahkan sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi. Peristiwa sebegini pernah berlaku dahulu melibatkan isu orang penan, namun dengan penjelasan dan maklumat yang tepat isu ini bertujuan untuk memburukkan usaha kemajuan yang hendak dibawa oleh kepimpinan negeri ke atas setiap suku kaum di Sarawak. Walau apapun, kerajaan negeri ini akan tetap meneruskan segala perancangan yang telah dibuat kerana ia bukannya projek yang "dibuat dulu tapi kemudian baru merancang setelah berbilion-bilion wang rakyat digunakan". Ia adalah rancangan yang mempunyai pelan dan rangka kerja yang jelas untuk rakyat Sarawak memahaminya.

Sekiranya pembaca ingin mengetahui lanjut tentang SCORE dan hala tuju serta potensi masa depannya boleh lah ke laman web berikut :

http://www.sarawakscore.com.my

SCORE merupakan satu pelan jangka masa panjang yang akan menafikan kebergantungan negeri ini pada sumber Petroleum semata-mata yang akhirnya akan kering bila tiba masanya. Kawasan pedalaman Sarawak sekarang masih banyak yang bergantung kepada generator yang dihidupkan oleh tenaga petrol atau diesel untuk menjana tenaga elektrik bagi keperluan penduduk pedalaman negeri ini. Dengan keadaan kawasan pedalaman yang berbukit bukau dan bergunung ganang apatah lagi keluasan negeri ini hampir sebesar seluruh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia memerlukan satu sumber tenaga yang efektif dan lebih menyeluruh untuk menjana proses pembangunan dan kemajuan seluruh kawasan di negeri ini. Maka itulah, 12 empangan yang bakal dibina meliputi seluruh kawasan di setiap bahagian negeri ini.

Tenaga elektrik adalah tenaga masa depan, teknologi sistem pengangkutan dan perhubungan yang ada sekarang lebih tertumpu kepada keperluan tenaga elektrik. Sistem LRT, Komuter bahkan kereta elektrik juga kini merupakan satu trend baru sistem pengangkutan dan perhubungan di negara-negara maju. Teknologi telekomunikasi seperti infrastruktur rangkaian komputer internet memerlukan sumber tenaga elektrik. Di kawasan pedalaman Sarawak kemudahan internet memerlukan tenaga elektrik yang tidak hanya dijana oleh tenaga solar tetapi perlukan tenaga elektrik yang lebih murah. Sekiranya negeri ini hendak memajukan sektor industri di kawasan pedalaman maka ia perlukan tenaga elektrik. Apabila rangkaian grid saluran tenaga elektrik wujud dari kawasan pedalaman ke kawasan yang lebih maju atau ke bandar-bandar utama pastinya kawasan pedalaman di sekitar empangan tersebut bakal dihubungi oleh rangkaian jalan raya.

Sarawak kaya dengan hasil semulajadinya dan sekiranya ia dimanfaatkan dengan sebaiknya pasti ia akan memberi pulangan dan kemajuan kepada penduduk negeri ini dengan peluang-peluang pekerjaan yang banyak melibatkan kemahiran, perniagaan industri hiliran dan IKS serta peluang-peluang dalam ekonomi yang lain seperti pertanian, perikanan, perhutanan dan penternakan. Peluang-peluang sebegini banyak melibatkan sektor swasta dan penyertaan rakyat Sarawak, dan tidak terlalu bergantung kepada pekerjaan dalam sektor awam semata-mata. Usaha ini perlu melibatkan kerjasama antara kerajaan, swasta dan rakyat negeri ini. Rakyat takkan dapat meningkatkan taraf hidup mereka sekiranya tidak dibantu dan disokong oleh pihak swasta dan kerajaan. Swasta juga takkan dapat mewujudkan industri yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat sekiranya kerajaan tidak memberi galakan melalui dasar-dasar dan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti rangkaian jalan raya, telekomunikasi dan sumber tenaga elektrik. Begitu juga rakyat negeri ini takkan dapat menyumbangkan tenaga, kemahiran dan ilmu mereka jika peluang tidak diwujudkan untuk memajukan negeri ini.

Melalui penjelasan dan penerangan melalui laman web Sarawakscore sekurang-kurangnya rakyat Sarawak seperti saya dapat memahami halatuju SCORE dan matlamat ia diusahakan. Menjadi harapan rakyat negeri ini agar pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan negeri Sarawak memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri ini. Pihak-pihak luar yang tidak mempunyai kefahaman yang jelas dan tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai apa saja yang berkaitan dengan negeri ini tidak ada kredibeliti untuk mempersoal apa jua pelan dan perancangan yang telah dirangka dengan teliti dengan mengambil kira semua kepentingan dan kesan-kesannya terhadap alam sekitar dan kepentingan penduduk negeri Sarawak.

Daripada kebanyakan forum internet membabitkan hal-hal politik, terdapat tuduhan yang mengatakan bahawa pemimpin dan rakyat negeri Sarawak dan Sabah lebih bersifat kenegerian kononnya tidak mendukung intergrasi nasional. Namun perlu dijelaskan bahawa pemimpin dan rakyat negeri ini telah banyak berkorban demi kepentingan negeri-negeri lain bukan saja dalam soal sumber ekonomi seperti hasil petroleum yang menyumbang pendapatan terbesar kepada negara Malaysia, bahkan dari segi kedudukan politik juga pemimpin negeri ini dan Sabah walaupun menang besar dalam PRU12 tidak ramai yang dilantik mengetuai kementerian kerajaan persekutuan Malaysia. Dari segi komposisi kaum pula, bumiputera Sarawak dan Sabah telah membantu menjadikan penduduk pribumi negara Malaysia sebagai majoriti yang melayakkan kuasa pentadbiran dikuasai oleh orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.

Justeru itu, fikirkanlah sendiri dan belajarlah semula sejarah negara kerana dari situ kita akan dapat belajar sesuatu bahawa suatu masa kelak bila rakyat Sarawak dan Sabah semakin berpendidikan dan mampu berdikari. Jika hak dan kepentingan rakyat negeri ini dipersoalkan dan menjadi isu yang menggugat masa depan dan pembangunan untuk rakyat Sarawak maka rakyat Sarawak juga boleh mempersoalkan segala pengorbanan yang telah mereka lakukan sepanjang bergabung dengan Persekutuan Malaysia. Apa yang diharapkan ialah saling hormat-menghormati antara rakyat setiap negeri, menghargai peranan masing-masing dalam membangunkan negara Malaysia dan jangan menikam dari belakang mementingkan diri sendiri sepertimana adanya suara-suara sumbang dalam beberapa forum dan blog yang mempersoal tambahan peruntukan bantuan RM1 bilion kepada negeri ini kononnya demi menjaga kepentingan politik pemimpin-pemimpin tertentu. Janganlah mencemburui kemakmuran negeri Sarawak, keharmonian pelbagai suku kaum negeri ini dan kebijaksanaan kepimpinan negeri ini yang jarang kedengaran perbalahan dikalangan pemimpin negeri.

Akhir kata, salam perpaduan dari saya rakyat negeri Sarawak untuk rakyat negeri-negeri lain. Kita adalah sama-sama rakyat negara Malaysia.

MALAYSIAN PEACE

Khamis, 3 Julai 2008

Malaysia Boleh Kini Sepi

MALAYSIA BOLEH...!!!

Dahulu ayat keramat inilah yang telah menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan yang tak pernah tercapai sebelumnya dan hanya dicapai oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Malaysia boleh telah menyatupadukan seluruh kaum di Malaysia untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi membuktikan kemampuan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Seluruh rakyat Malaysia kini kenal siapa yang mula-mula meniupkan semangat ini kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga kita semua berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di negara-negara yang lebih maju dari kita.

Dan kini laungan Malaysia Boleh semakin samar-samar dan usaha ke arahnya semakin sepi lantaran banyak peristiwa yang berlaku sejak 2-3 tahun kebelakangan ini tidak menampakkan keupayaan rakyat Malaysia yang sebenar berikutan daripada ketiadaan sokongan dari barisan kepimpinan negara yang semakin lemah dan mementingkan diri sendiri, keluarga dan kroni. Sementara itu pula wujud pula pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mengambil alih semangat Malaysia boleh ini demi mencapai matlamat dan kepentingan mereka. Pihak ini cuba memperalat dan mengambil peluang semangat Malaysia Boleh yang tersisa di sanubari rakyat Malaysia agar menyokong pula usaha mereka. Kononnya mereka mampu untuk menyuntik kembali semangat Malaysia Boleh ini demi kebaikan dan kepentingan rakyat seluruhnya.

Ahad, 29 Jun 2008

Cuma Pandai Beralasan Saja

"Tetapi persoalannya apa definisi rakyat dari segi konsep amanah dan tanggungjawab itu? Apakah ia hanya untuk rakyat seramai 27 juta yang ada sekarang? Hakikatnya, dari segi konsep berkenaan, ia bukan sahaja melibatkan persoalan kehidupan 27 juta penduduk yang ada pada hari ini tetapi juga generasi akan datang - anak-anak serta cucu cicit kita dan seterusnya."

Menjawab kepada persoalan pemimpin berkenaan di atas saya sebagai rakyat melalui blog ini ingin menjelaskan kepada umum pandangan dan pendapat peribadi saya. Supaya dengan itu saya tidak hanya tau mengkritik saja tapi juga mampu memberi idea untuk membantu negara, bangsa dan agama sungguhpun idea ini kelak hanya akan dibakul sampahkan dan cuma angan-angan mat jenin saja.

Memang begitulah nasib orang yang tak ada pengaruh dan tak ada kuasa, hanya pandai cakap saja tapi buat belum tentu dapat. Tapi sekiranya orang yang berkuasa dan ada pengaruh sekarang pun tak mampu nak buat, pun tak guna juga mereka jadi pemimpin atau pemerintah. Kerana ia hanya menyusahkan rakyat dan menjadi beban kepada bangsa, agama dan negara.

Bagaimana hendak meningkatkan ekonomi rakyat dalam keadaan harga minyak dunia meningkat dan bekalan makanan dunia berkurangan? Pemerintah yang bertanggungjawab tidak akan semata-mata hendak menjaga periuk nasi mereka, sebaliknya bagi memastikan pemerintah terus mendapat sokongan rakyat dan dalam masa yang sama juga ekonomi rakyat dapat dipertingkatkan sejajar dengan kenaikan kos hidup sekarang, pemerintah sepatutnya mampu berfikir dan bertindak untuk menyelamatkan keadaan, bukannya memburukkan keadaan.

Memang benar kos akan meningkat jika harga minyak dunia naik dan pemerintah tak mampu lagi menanggung kerugian dengan terus memberi subsidi. Persoalannya sekarang bukan subsidi tapi apakah usaha pemerintah untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat. Sekiranya ekonomi dan pendapatan rakyat meningkat maka kesannya tak akan terasa dan rakyat boleh terima hakikat tersebut. Bahkan kalau pemerintah hendak menarik balik subsidi sekalipun rakyat boleh terima keputusan tersebut asalkan rakyat mempunyai kedudukan ekonomi yang mantap.

Jika pemerintah sebelum ini mampu menyelamatkan negara dari ancaman spekulator matawang dengan menambat ringgit, pada masa yang sama dengan pembinaan projek-projek yang mampu meningkatkan ekonomi rakyat menerusi kedatangan jutaan pelancong saban tahun maka kesan kemelesetan ekonomi pada masa itu tidak terasa oleh rakyat kerana dengan kedatangan pelancong asing rakyat masih mampu meningkatkan pendapatan mereka. Pemerintah pada masa itu dengan kebijaksanaan kepimpinannya mampu menyelamatkan negara, rakyat dan partinya untuk terus mendapat sokongan menerajui kerajaan.

Tapi sekarang setelah peralihan kuasa kepimpinan apa yang telah terjadi? Dimana kebijaksanaan pemimpinnya? Dimana keberanian mereka untuk menyelamatkan rakyat dan negara? Apakah partinya mendapat sokongan besar rakyat sementara pemimpinnya yang tidak mempunyai kebijaksanaan dan keberanian membela nasib rakyat terus menerajui kepimpinan negara? Di mana-mana saja sekarang ini rakyat terus mengkritik, mengutuk dan mempersoal kerelevanan pemimpin dan pemerintah sekarang.


Biarlah Tidak Popular

Ada seorang pemimpin pemerintah sekarang menjelaskan :

"Bagi saya, apa yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan kematangan pemimpin-pemimpin kita. Walaupun berada dalam keadaan tidak begitu berjaya dalam pilihan raya, pemimpin-pemimpin kita membuat keputusan yang berasaskan kepada tanggungjawab dan amanah serta sikap yang melihat kepada jangka panjang.

Ia kerana dalam menghadapi krisis seumpama ini, sebuah kerajaan yang ingin menjadi popular tidak akan menaikkan harga minyak. Ini memandangkan apa pun penjelasan yang diberikan kepada rakyat langkah berbuat demikian bukan satu tindakan yang akan diterima.

Oleh itu, kalau kerajaan ingin menjadi sebuah kerajaan yang popular, kerajaan tidak akan berbuat apa-apa pun. Kerajaan akan terus memberi subsidi dengan meminjam atau mengambil wang Petronas.

Tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini menunjukkan kematangan kepimpinan kita yang sanggup membuat keputusan yang dianggap memang tidak popular. Kerajaan membuat keputusan menaikkan harga minyak sebab kerajaan berpegang kepada konsep amanah dan tanggungjawab. Kedua-dua konsep ini adalah berlandaskan kepada Islam dan nilai-nilai universal.

Apa yang dilakukan harus dilihat dari segi demi generasi sekarang dan masa depan. Dalam demokrasi, kerajaan itu bertanggungjawab kepada rakyat dan harus mengambil tindakan memberi nikmat kepada rakyat.

Tetapi persoalannya apa definisi rakyat dari segi konsep amanah dan tanggungjawab itu? Apakah ia hanya untuk rakyat seramai 27 juta yang ada sekarang? Hakikatnya, dari segi konsep berkenaan, ia bukan sahaja melibatkan persoalan kehidupan 27 juta penduduk yang ada pada hari ini tetapi juga generasi akan datang - anak-anak serta cucu cicit kita dan seterusnya.

Kita bertanggungjawab dan memegang amanah untuk mereka ini. Kerajaan boleh menjadi popular dengan mengekalkan subsidi walaupun kepada orang yang tidak layak menerima bantuan melalui meminjam wang dari dalam dan luar negara serta menggunakan wang Petronas.

Tetapi kita harus ingat bahawa pinjaman itu akan dibayar balik oleh anak cucu kita dan sumber kekayaan kita iaitu Petronas tidak akan dapat dinikmati oleh generasi berkenaan.

Kalau kita memberi fokus hanya kepada generasi sekarang, ia bukanlah satu konsep amanah. Jadi kerajaan dalam mengambil tindakan tidak popular itu berpegang kepada konsep amanah dan tanggungjawab yang tulen. Saya fikir ia adalah sesuatu yang diajar oleh Islam dan boleh diterima oleh bangsa-bangsa lain."

Itu adalah alasan bagi menghalalkan cara dan tindakan pemerintah yang sangat "matang" terpaksa berbuat keputusan demikian, seolah-olah tiada pilihan cara lain lagi yang tidak perlu mengorbankan kepentingan generasi kini. Sepatutnya masa depan negara ini ditentukan oleh rakyat bukannya parti yang menjadi pemerintah, jika ekonomi rakyat sekarang meningkat maka generasi akan datang akan mewarisinya.

Sebagai seorang "bapa" pemerintah seharusnya membantu rakyat membangunkan ekonomi masing-masing dengan menyediakan prasarana dan peluang yang lebih terbuka, yang boleh melibatkan penyertaan semua rakyat tak kira di bandar maupun luar bandar. Dengan kekayaan hasil Petronas sepatutnya kerajaan mampu menyediakan peluang-peluang ekonomi yang boleh membantu ekonomi rakyat, bukannya menerokai peluang ekonomi yang hanya memperkayakan pemerintah semata-mata.

Mahathir's Blog




A Hit With Malaysians
By Reme Ahmad, Assistant Foreign Editor

TWO million hits in less than two months.

The blog of former premier Tun Dr Mahathir Mohamad has become the fastest-rising new website in Malaysia, with many of his postings attracting hundreds of comments.

But not all who visit www.chedet.com are his fans. Some also attack his views and his 22-year rule as prime minister.

Still, the 82-year old politician is happy with his blog because he said it has allowed him to bypass the mainstream media, which he claimed has ignored him.

'Now I'm glad I have my blog. At least I can say something,' Malaysiakini quoted Dr Mahathir as saying at a press conference on Thursday.

He was also blase about the criticisms hurled at him on the blog.

'I don't seem to be unpopular when I meet people. If you care to read my blog, so many people make comments. Some were adverse comments, but the majority are quite supportive of what I said.'

Top blogger Ahirudin Attan said Dr Mahathir remains very popular and the move by the media to restrict his views has 'forced people to read his blog and find out his side of the story'.

The most popular political websites are Malaysia Today run by controversial blogger Raja Petra Kamaruddin, online newspaper Malaysiakini and followed by chedet.com, bloggers say.

Dr Mahathir launched his blog on May 1.

The blog's moniker is derived from his old pen-name when he was a columnist with Utusan Malaysia newspaper in the 1970s. 'Che Det' is a shortened version of Encik Mahatdet, as he is known in his home state of Kedah.

Dr Mahathir's blog received one million hits just before the end of its first month last month. Under a posting, The Millionaire Club, he wrote: 'It is quite an experience to be a blogger even though I am only a month old.'

He also said that much as he saw the importance of the Internet as prime minister, 'I did not envisage that I would one day be a blogger'.

As of yesterday, he has posted 43 entries in English and Bahasa Malaysia, most of them attacks on Prime Minister Abdullah Badawi and the government.

The blog's biggest hiccup occurred last week when it was locked out by website operator Bloggers.com for being a 'suspected spam blog', which apparently caused some of the earlier postings to be lost.

Commentators on his blog have ranged from hero worshippers to strident critics.

One Razak Rahim wrote: 'You're my idol and my hero. I put your photo at my office and imitate your thinking style. Since then, I got promoted twice and (achieved) success in my life.'

Conversely, an anonymous reader, said: 'Please admit that you were the main cause of destroying the judiciary. Because of you, now I am afraid to go to court, even to claim back something that legally belongs to me because my opponent knows the right people at the judiciary.'

Isnin, 23 Jun 2008

Pemimpin Kritikal & Kreatif

Dengan ilmu pengetahuan memungkinkan segalanya yang mustahil, yang penting ialah minda perlu kreatif disamping kritikal. Kadang-kadang minda kritikal juga akan membentuk minda menjadi kreatif. Apa gunanya asyik mengkritik sahaja sedangkan diri kita tidak kreatif mencari jalan penyelesaian kepada masalah. Pemikiran sebegini perlu ada pada seorang pemimpin, terutama dalam menerajui negara. Tanpa pemikiran sebegini, seorang pemimpin itu akan kehilangan punca dan segala keputusan yang dibuat bukan lagi dengan pemikirannya, sebaliknya dibuat oleh orang lain dan dia hanyalah seperti "burung kakak tua".


Sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran yang sihat dan normal, kita tentu tahu memerhatikan ciri-ciri pemimpin yang hanya menjadi boneka dan tidak cerdik lantaran pemikirannya yang tidak kritikal dan kreatif dalam penyelesaian sesuatu masalah. Walaupun dikatakan lebih bersifat terbuka kerana menerima segala pandangan dan tidak terlalu menyekat kebebasan, namun seorang pemimpin yang tidak kritikal dan kreatif akan lebih mudah diperalatkan dan dipengaruhi berbanding seorang pemimpin yang kritikal dan kreatif. Pemimpin kritikal dan kreatif menerima pandangan dan teguran umum tapi pada masa yang sama turut mengkritik. Dengan pemikirannya yang kritikal itu menjadikan dia lebih kreatif untuk menghasil dan menyusun rancangan masa depan. Bukan saja pada dirinya tapi juga untuk bangsa, agama dan negaranya. Siapakah contoh terbaik pemimpin sebegini di negara kita? Teruskan membaca.

Kenaikan harga petrol di pasaran sekarang banyak memberi hikmat, kita mengkritik bukan semata-mata kerana mengapa perlu dinaikkan harga minyak dalam keadaan rakyat Malaysia masih belum teguh kedudukan ekonominya. Setelah bermuhasabah, sepatutnya dengan hasil kekayaan sumber petroleum ini maka dapatlah pemerintah pada masa sekarang membangunkan projek-projek yang boleh membantu meningkatkan lagi ekonomi rakyat Malaysia yang telah diperteguhkan oleh pemimpin sebelumnya.

Dahulu, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan dengan menggunakan hasil petroleum telah menyelamatkan ekonomi rakyat ketika dalam keadaan kegawatan ekonomi 1997. Segala projek itu memberi manfaat kepada ekonomi rakyat dengan kedatangan pelancong asing yang semakin ramai, Malaysia dikenali seluruh dunia melalui mercu tanda KLCC dan Putrajaya. Kebanjiran pelancong ini mampu ditampung oleh KLIA dan bukan saja mengurangkan kesesakan lalulintas udara bahkan dengan Monorel dan LRT pelancong dapat ke pusat bandar Kuala Lumpur dengan segera.

Tidak cukup dengan itu, Litar Sepang pula menjanjikan prestij kepada peminat F1 seluruh dunia untuk berkampung di Malaysia. Dengan MSC dan Cyberjaya pula, prasarana dan teknologi ICT dapat berkembang di Malaysia dan pastinya ini memberi manfaat kepada sektor pelancongan kerana kini apa jua sektor ekonomi dan perniagaan yang diusahakan rakyat boleh dipromosi hanya dengan laman web yang boleh dilihat oleh seluruh penduduk dunia. Terbukti sudah, segala projek yang dilaksanakan pada zaman itu biarpun menggunakan hasil dari sumber petroleum namun pulangannya kembali kepada rakyat Malaysia. Siapakah pemimpin dan peneraju negara pada masa itu? Tepuk dada tanya iman. Sudah gaharu cendana pula.

Dan apa pula langkah yang telah diambil oleh pemimpin negara kita hari ini? Mereka kata, negara tidak ada wang lagi kerana habis diguna untuk melaksanakan projek mega di zaman pemimpin sebelumnya. Tapi dalam masa yang sama 5 koridor dilancarkan bernilai beratus-ratus bilion melebihi kos yang ditanggung untuk projek mega oleh pemimpin sebelum itu. Projek mega hasilnya pasti dan setelah siap terus mendatangkan pulangan tahun demi tahun. Koridor pula perlukan kos tinggi yang berterusan dan hasilnya tidak sesegera seperti projek mega kerana koridor banyak fasa-fasa pembangunan. Bagaimana hendak mendapatkan sumber pendapatan untuk modal pembangunan kelima-lima koridor tersebut. Apakah dengan cara menarik subsidi dan menaikkan harga minyak? Sumber pendapatan dari sektor pelancongan pun tak cukup untuk menampungnya apatah lagi sekiranya kelima-lima koridor itu perlu disiapkan sesegera mungkin menjelang 2020.

Semata-mata hendak mencapai pembangunan yang pantas, kepentingan rakyat dikorbankan. Beralasan pembangunan itu penting untuk generasi akan datang tapi kestabilan dan kehidupan harmoni generasi kini diabaikan. Apabila kehidupan generasi kini dilanda kesusahan maka tentunya produktiviti menurun dan dayasaing berkurangan kerana tidak mampu lagi menanggung kos yang semakin tinggi. Apabila kehidupan rakyat generasi kini merosot tentunya mereka tidak gembira dan tidak berpuas hati dan ini boleh menimbulkan porak peranda. Apakah dengan keadaan ini kehidupan generasi akan datang akan lebih senang. Tentu sekali rasa tidak puas hati ini akan berterusan ke generasi akan datang. Maka itulah, amat penting sekali untuk menghalang kejadian yang tak diingini oleh seluruh rakyat Malaysia generasi sekarang supaya tidak berlaku. Tapi bagaimana? Permasalahan ini hanya boleh ditangani oleh seorang pemimpin yang kritikal dan dengan kritikannya itu menjadikan dia lebih kreatif untuk membawa halatuju masa depan negara yang lebih stabil, aman, harmoni dan kuat.

Masalahnya juga, apakah ada pemimpin sebegini sekarang ini seperti pemimpin yang terdahulu itu. Apakah ada pemimpin sekarang mempunyai ciri-ciri kritikal dan kreatif seperti yang diharapkan itu. Apa yang kelihatan sekarang majoritinya pemimpin pengampu dan pembodek, hanya pak turut yang banyak dan tidak berani mengkritik serta mengemukakan idea yang kreatif. Kalau ada pun, hanya pemimpin yang dipandang serong dan mempunyai reputasi yang kurang baik. Sungguhpun kritikal tapi kurang kreatif kerana pendekatannya terlalu ekstrim dan tidak bijaksana dalam mengambil hati rakyat untuk mempercayai dan meyakini kejujuran serta keikhlasannya.

Semoga Allah SWT sekali lagi kurniakan negara kita seorang pemimpin yang kritikal dan kreatif dalam menerajui negara yang banyak menempuhi rintangan dan cabaran masa depan yang semakin getir. Rakyat Malaysia memerlukan kepimpinan yang kritikal dan kreatif, bukannya pemimpin yang lembut dan lembab kerana dalam keadaan dunia yang semakin kompleks sekarang pemimpin sebegitu tidak sesuai untuk rakyat dan negara dalam mengharungi cabaran masa depan yang semakin kritikal. Untuk menghadapi dunia yang kompleks dan kritikal memerlukan pemimpin yang berfikiran kritikal dan kompleks juga supaya dia mempunyai idea yang kreatif bagi menghadapinya dengan lebih berkesan dan bijaksana. Demi untuk rakyat, agama, bangsa dan negara, bukannya demi keluarga, menantu, kroni dan kepentingan sendiri.

Who Is The Richest Man In Malaysia? It Is Not Robert Kuok ...
Can Abdullah Badawi Be Trusted After All the Lies About the Oil Price Hike? You Be The Judge


Selasa, 17 Jun 2008

Merdekakan Sumber Tenaga

Speaking to a crowd at a biodiesel plant in 2005, President Bush said:

"Biodiesel is one of our nation's most promising alternative fuel sources, and by developing biodiesel you're making this country less dependent on foreign oil." ... "The high prices we pay today have been decades in the making. For the sake of the American consumers it is time to confront our problems now and not pass them on to future congresses and future generations."

As fuel prices increase, politicians have become interested in alternative fuels. Some like Bush are touting it as a means to reduce our dependence on foreign oil, others are calling for alternative fuels because they are either cleaner burning or help reduce greenhouse gasses. Whatever the reason, political support for alternative fuels is growing.

Politicians are not the only ones interested in alternative fuels, the news outlets are talking about alternative fuels. Biodiesel is getting a lot of press these days because homebrewers are able to make biodiesel at a fraction of the cost of diesel fuel. Unfortunately, the politicans and the press often confuse biodiesel with other fuels made from used vegetable oils.

Gambar diatas menunjukkan alat pemprosesan Biodiesel ringkas yang boleh dibuat oleh seorang rakyat USA di rumah. Sama ada Biodiesel itu digunakan untuk sendiri atau boleh menghasilkan keuntungan darinya dengan menjual Biodiesel kepada orang awam. Rakyat USA tidak lagi terlalu bergantung kepada minyat petroleum negara luar untuk menghasilkan petrol dan diesel bagi kemudahan pengangkutan dan industri negara mereka. Inilah yang dikatakan kemerdekaan yang sebenarnya.

Jika di negara US kebergantungan terus terhadap minyak petroleum akan mengancam survival dan masa depan negara mereka. USA bukanlah negara pengeluar minyak petroleum dan menganggap mereka bukanlah negara yang merdeka sekiranya sumber tenaga mereka terus bergantung pada petroleum yang diimport dari negara-negara pengeluar petroleum seperti Malaysia.

Tapi bagaimana pula dengan negara kita, adakah kita sebenarnya merdeka bila memiliki sumber hasil minyak petroleum sendiri. Kalau sepuluh tahun yang lalu mungkin boleh dikatakan merdeka tetapi sekarang keistimewaan memiliki hasil sumber petroleum sendiri tidak lagi memberi kemerdekaan kepada rakyat kerana harga minyak yang dijual kepada rakyat negara kita mengikut pasaran dunia. Sedangkan di negara-negara pengeluar minyak petroleum lain dilaporkan menjual hasil minyak negara mereka kepada rakyat pada harga subsidi yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran dunia. Dari sumber Chedet.com pula dinyatakan pengeluaran minyak petroleum negara kita adalah sebanyak 650,000 tong sehari dengan 400,000 tong untuk kegunaan domestik dan 250,000 pula untuk dieksport.

Negara kita merupakan pengeluar minyak tapi tidak mampu memberi manfaat kepada rakyatnya ketika dalam keadaan gawat seperti sekarang sebaliknya pemerintah mengambil kesempatan untuk mengaut lebih keuntungan. Dengan harga seliter RM2.70 bagi petrol dan RM2.50 bagi diesel pastinya kerajaan menerusi Petronas akan mengaut keuntungan yang lebih banyak dari 400,000 tong sehari yang dikeluarkan untuk kegunaan rakyat Malaysia dan industri dalam negara. Rakyat Malaysia tidak lagi merdeka dalam erti kata yang sebenar kerana terpaksa menerima kenaikan harga minyak yang ditetapkan kerajaan kononnya mengikut rentak kenaikan hanya minyak di pasaran dunia. Apakah negara kita pengimport minyak sehinggakan terpaksa ikut rentak harga pasaran dunia.

Tapi di USA, dengan sokongan dasar dan galakan insentif dari kerajaan memerintah, sumber alternatif tenaga baru sedang giat dimajukan dan diperluaskan agar segala industri dan pengangkutan di dalam negara mereka terus berjalan dan mampu beroperasi pada tahap kos yang mampu ditanggung. Bukan sahaja sumber tenaga alternatif diperkembangkan seperti biodiesel, ethanol, solar, hybrid, hydrogen dan hydroelektrik, malahan peralatan-peralatan dan mesin-mesin baru yang sesuai dengan sumber tenaga itu diperkenalkan. Dengan biodiesel tentunya jentera yang sedia ada masih boleh beroperasi tanpa sebarang pengubahsuaian. Sementara itu diperkenalkan juga penciptaan mesin-mesin dan peralatan baru yang boleh menggunakan tenaga alternatif ini.

Apakah di negara kita terdapat usaha-usaha sebegini yang dibuat oleh rakyat sendiri dan disokong pula oleh kerajaan? Apakah kerajaan akan beralasan bahawa kerana kos teknologi baru atau pemindahan teknologi membabitkan jumlah yang banyak maka belum mampu berbuat demikian sedangkan mesin seperti penghasilan biodiesel (lihat gambar diatas) boleh dibuat sendiri di rumah. Malang bagi rakyat Malaysia, walaupun masih mempunyai sumber tenaga petroleum tapi kita terpaksa membayar kosnya lebih tinggi dari negara pengeluar minyak lain dalam keadaan rakyat Malaysia tiada sumber alternatif lain sebagai tenaga untuk menjana industri dan pengangkutan mereka. (Bukannya tiada tapi kita sendiri sebagai rakyat terlalu bergantung harap pada kerajaan yang makin lama makin tak ikhlas menolong rakyat, sehinggakan kita rakyat Malaysia tidak berusaha untuk mengikut langkah sebagaimana rakyat US menyelesaikan permasalahan mereka tanpa terlalu mengharap pada kerajaan. Tapi bukan bermakna kerajaan harus lepas tangan begitu sahaja dan kerajaan perlu menyokong usaha rakyat. Itu barulah dikatakan menuju sebagai sebuah negara maju dan bukannya semakin mundur ke belakang sebagaimana sekarang ini)


Ahad, 8 Jun 2008

Harga Minyak Naik Mendadak

Tak tau apa nak cakap lagi dah tentang kenaikan harga minyak ni. Cakap banyak-banyak pun tak guna, yang penting sekarang ni ialah bagaimana nak paksa si Dolah tu letak jawatan PM secara terhormat. Hanya Youtube ni je boleh cerita.

Khamis, 1 Mei 2008

Blog Tun Dr. Mahathir


Sejak kebelakangan ini selepas pilihanraya ke-12 berakhir, ramai di kalangan pemimpin-pemimpin dan wakil rakyat terutama dari kalangan parti pemerintah telah menerbitkan laman blog masing-masing. Ini berikutan daripada kesedaran mereka terhadap peranan media blog ini sebagai penyampai maklumat, idea dan pandangan kepada rakyat setelah pemimpin-pemimpin dari kalangan parti pembangkang telah menggunakan sebaik-baiknya laman blog di internet untuk menyampaikan mesej mereka bagi menarik sokongan pengundi.

Tidak ketinggalan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga turut mengambil peluang kebebasan media ini untuk menyampaikan mesej, pandangan dan idea beliau kepada umum. Bermakna inilah satu-satunya peluang terbaik untuk kita rakyat Malaysia yang tahu menghargai jasa Tun yang banyak kepada negara sehingga memartabatkan negara ini dan membuka minda seluruh rakyat Malaysia ke persada dunia untuk berkomunikasi dan menyampaikan suara hati kepada Tun menerusi rauangan komen blog beliau. Sungguhpun ada pihak yang beranggapan bahawa apa yang berlaku pada hari ini dengan krisis dalaman UMNO-BN sehingga menyebabkan parti pemerintah itu banyak kehilangan kerusi parlimen dan tewas di 5 negeri adalah disebabkan peninggalan sistem yang terbina ketika legasi pemerintahan Tun terdahulu. Sedangkan lidah lagi tergigit dan setiap insan itu tidaklah sempurna 100% boleh mengagak apa yang berlaku pada masa depan secara tepat.

Walaupun demikian, yang lebih utama dan perlu diperhatikan secara rasional ialah sumbangan beliau terhadap negara ini dan memartabatkan bangsa Malaysia sehingga dihormati oleh negara dan bangsa lain di dunia. Semasa pemerintahan Tun, sungguhpun ada krisis namun pendekatan yang beliau ambil sungguh bijak dan berkesan sehinggakan akhirnya lawan beliau terpaksa akur dan tunduk dengan kebijaksanaan beliau itu, walaupun mungkin di dalam hati mereka menyimpan dendam, benci dan iri hati tapi mereka tak boleh berbuat apa-apa kerana sifat ultra yang dimiliki Tun yang tak mudah mengalah dan bijak dalam mematahkan langkah serta hujah lawan sehingga mereka terpaku dan tergamam tidak mampu lagi untuk meneruskan langkah. Pihak lawannya terpaksa mengambil langkah tunggu dan lihat jika ada peluang untuk menghentam dan melemahkan Tun. Namun, Tun tetap sentiasa bersiap sedia, sepanjang menjadi Perdana Menteri corak pentadbiran dan pendekatan yang Tun ambil sentiasa konsisten dan ke hadapan. Tidak teragak-agak, tidak mudah terpengaruh dengan pihak ketiga dan tidak mengambil langkah undur ke belakang. Sungguh berbeza sekali dengan apa yang berlaku kepada kepimpinan negara sekarang yang tidak menentu dan terumbang-ambing, sekejap itu dan sekejap ini, hari ini cakap lain dan esok cakap lain. Ini menyebabkan rakyat menjadi celaru dan keliru sehingga tidak yakin dengan kepimpinan sekarang yang lemah, lembab, lembik dan tidak berdaya saing dan maju ke hadapan. Sebaliknya lebih banyak bergelut untuk mempertahankan survival mereka akibat asakan dari pihak lawan maupun pihak dalaman yang berpura-pura dan mengambil kesempatan.

Justeru itu, dengan penerbitan blog Tun ini dapatlah kita yang tau menilai mana intan dan mana kaca untuk mendengar pandangan-pandangan Tun dan berkongsi-kongsi komen dengan Tun. Pastinya Tun akan membaca komen kita yang selama ini tak pernah bercakap dan berkomunikasi dengan Tun secara langsung. Blog Tun boleh dilawati pada alamat dibawah atau melalui menu Pelita Hidup di blog saya ini bertajuk :

"Bicara Tun Dr. Mahathir"


Rabu, 23 April 2008

Antara Fakta & Temberang

Pencapaian 50 tahun Merdeka : Di mana kedudukan sebenar orang Melayu dan Bumiputera?

50 tahun merdeka, orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak masih lagi merupakan golongan yang paling miskin di Malaysia. Perkara ini diakui sendiri oleh para pemimpin utama kerajaan sekarang bagi menentang hujah-hujah dibangkitkan oleh pemimpin kaum India melalui Hindraf yang mendakwa kaum India di Malaysia terpinggir dan termiskin. Apa yang pemimpin parti pemerintah buat selama ini? Tidur atau asyik mengampu dan mengejar kekayaan diri sendiri seperti mana yang dilakukan oleh ramai pemimpin yang jadi pemerintah selama 50 tahun ini, yang telah belot dari matlamat asal untuk membela nasib rakyat.

Orang Melayu masih lagi mengungguli paras kemiskinan iaitu pada paras 8.3 peratus, kaum India mencatatkan sebanyak 2.9 peratus dan kaum Cina mencatat 0.6 peratus. Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mancapai sasaran 30 peratus ekuti milik orang Melayu kerana perbuatan khianat para pemimpin pemerintah yang korup dan tidak beramanah. Berakhirnya DEB pada tahun 1990, orang Melayu hanya memiliki ekuiti sebanyak 18.9 peratus.

The Star pernah menyiarkan laporan senarai 40 individu yang terkaya dalam negara sebagaimana yang diterbitkan oleh majalah Forbes Asia tahun lalu. Daripada 40 orang terkaya itu, hanya 9 orang Melayu yang boleh dikategorikan sebagai orang terkaya di Malaysia . Demikianlah rekod pencapaian peneraju parti pemerintah Melayu terbesar dalam negara, yang berjuang kononnya untuk memartabatkan ketuanan Melayu, memajukan ekonomi bumiputera dan lain-lain yang hebat-hebat belaka. Tetapi pencapaiannya setelah hampir 50 tahun berkuasa hanya 22.0 peratus orang Melayu yang duduk dalam senarai rakyat Malaysia yang terkaya.

Oleh kerana itu, tindakan kira-kira 100 ribu rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu professional ( sebanyak 70 peratus daripada 100 ribu orang tersebut) menyerahkan kerakyatan negara ini untuk menetap di negara lain adalah sebagai satu protes serius rakyat terhadap kerajaan pimpinan parti utama orang Melayu yang kurop. Antara tahun 1996 hingga April 2007, sebanyak 106,000 rakyat Malaysia membatalkan kewarganegaraan mereka. Daripada bilangan itu, 79,199 atau 70 peratus adalah Melayu, 25,107 Cina, 1,347 India dan 350 kaum-kaum lain.

Renungkanlah fakta berikut :

1. Agihan 70 peratus ekuiti untuk bukan Melayu tidak pernah dipedulikan oleh pemimpin kerajaan memerintah kerana telah banyak menerima komisyen untuk kayakan kroni dan diri sendiri.

2. 99 peratus premis perniagaan di bandaraya atau perbandaran seluruh negara adalah hak milik bukan Melayu yang tapaknya asalnya ialah tanah milik atau rezab Melayu.

3. Penguasaan ekonomi oleh kaum bukan Melayu semenjak zaman Inggeris lagi tidak pernah dipersoalkan oleh pemimpin parti kerajaan yang mewakili Melayu dan Bumiputera yang kurop kerana mereka ada syer sama di dalamnya tanpa pengetahuan orang Melayu dan Bumiputera.

4. Penghantaran memorandum oleh 10 menteri bukan Melayu untuk mencampuri urusan agama Islam merupakan satu penghinaan kepada bangsa Melayu yang beragama Islam. Pemimpin kerajaan yang hanya ‘tidur’ sedikit pun tidak terdetik di hati mereka ianya merupakan satu bentuk penghinaan yang pernah dilakukan oleh orang bukan Islam rakyat dalam negara ini.

5. Ahli keluarga sendiri dan menantu senang-senang mendapat pinjaman RM9 juta. Siapa yang bagi pinjaman tersebut, sampai kini rakyat Malaysia tidak diberitahu.

6. Terdapat taktik halus hendak mengadaikan negara ini dengan melaksanakan pembangunan apa yang disebut sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar & koridor yang bernilai RM712 billion.

Sumber : Ruangan Forum Politik Maya


Isnin, 24 Mac 2008

Rasulullah Sari Teladan

Mampukah penguasa jadikan Rasulullah sari teladan mereka?

Ali Bukhari Amir

Latta dan Uzza, menurut satu riwayat adalah sosok manusia agung di zamannya yang mungkin taraf mereka diumpamakan Stalin di Rusia, Mao di China atau Mustaffa Kamal di Turki. Boleh jadi Latta dan Uzza adalah manusia terbaik di zaman mereka di mana hal 'terbaik' dan 'kebaikan' itu adalah menurut tafsiran masyarakat pada ketika itu.

Mungkinkah Latta dan Uzza adalah pendeta, cendekiawan yang soleh atau mereka adalah pemimpin masyarakat Arab yang dihormati kabilah-kabilah? Ini kerana, masyarakat Arab tak akan boleh bersatu kerana wujudnya semangat berpuak-puak yang menebal.

Masing-masing puak ada pemimpinnya yang tersendiri. Mereka tentu memuji pimpinan mereka sebagai jaguh terhebat, manusia terulung dan mungkin mengeji pimpinan kabilah yang lain. Atau, mungkinkah mereka adalah pendeta yang diterima oleh semua kabilah?

Oleh itu, mustahil juga seseorang ahli kabilah boleh menerima dan mengagung-agungkan pemimpin daripada kabilah lain. Hal ini boleh dilihat daripada peristiwa empat pemimpin kabulah yang berebut-rebut ingin meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya setelah banjir besar. Menurut suatu riwayat, hal itu berlaku ketika usia Nabi Muhammad 35 tahun.

Diringkaskan cerita, hal itu dapat diselesaikan oleh baginda di mana pada akhirnya setiap pemimpin kabilah itu bersetuju apabila baginda sendiri meletakkan batu tersebut. Ketua-ketua kabilah itu diraikan baginda dengan memegang keempat-empat bucu kain apabila mengalas batu tersebut ke tempat asalnya.

Ertinya, ketika baginda belum diangkat sebagai rasul lagi, ciri-ciri kepimpinan terserlah dalam kalangan para pemimpin kabilah Arab sendiri! Jika pimpinan kabilah sendiri telah hormatkan baginda, apatah lagi ahli-ahli kabilah biasa itu.

Pemimpin parti tidak diterima ahli parti lain

Ciri-ciri kepimpinan sebegini sukar ditemukan pada watak pemimpin hari ini. Obama itu dihormati oleh pengikutnya saja dan pengikut Hillary tidak menerima kepimpinan Obama kerana perbezaan warna kulit.

Hal ini terjadi antara pemimpin parti dalam Malaysia juga kalau kita mampu melihatnya. Malah, ada pemimpin parti yang ditolak pengikutnya sendiri. Tapi, hal ini tidaklah dapat dilakukan kerana pengikutnya sudah takut kerana sering ditakut-takutkan oleh pimpinan.

Ringkasnya, pemimpin sejati diterima semua pihak sebagai Nabi Muhammad dan semua pemimpin Arab purba yang berwibawa sebelum itu.

Jika Latta dan Uzza bukanlah pendeta, sebaliknya pemimpin Arab purba, ertinya mereka ini benar-benar pemimpin hebat kerana 'jasad' mereka dalam binaan berhala telah diletak di sisi Kaabah. Jika hipotesis itu dapat diguna buat sementara waktu maka Latta dan Uzza ada persamaan dengan Nabi Muhammad daripada segi kepimpinan kerana kerana potensi kepimpinan mereka telah diterima oleh kebanyakan masyarakat Arab terdahulu.

Atau, Latta dan Uzza bukan saja politikus siasah, malah politikus berjiwa pendeta. Maka, sebab itulah kepimpinan mereka berdua diterima kebanyakan masyarakat Arab purba. Ini semua adalah andaian-andaian yang mungkin boleh dibedahsiasat semula.

Dalam suatu kuliah yang pernah saya dengar daripada Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, beliau menyatakan bahawa kedudukan berhala dalam kepercayaan masyarakat Arab tidaklah sama dengan kedudukan berhala dalam kepercayaan Rom, Yunani dan bangsa lain.

Ini kerana, semua berhala yang disembah seperti Zeus, Hercules, Amon Ra dalam bangsa dan tamadun Yunani, Greek, Rom, Mesir itu telah diangkat sebagai dewa-dewa dan kisah kehidupan dewa-dewa ini diriwayatkan dalam bentuk peperangan dan kisah cinta.

Tetapi, tidak ditemukan hikayat, catitan dan dokumen yang menunjukkan berhala-berhala di Kaabah adalah masyarakat dewa-dewa kayangan yang hadir bersamanya kisah mereka sepertimana yang wujud dalam tamadun Yunani, Rom dan lain-lain peradaban itu.

Kesimpulannya, Latta dan Uzza adalah manusia biasa yang dihormati sebagai pemimpin, atau, mungkin pendeta, atau politikus berjiwa pendeta yang akhirnya diterima masyarakat Arab seluruhnya. Ciri-ciri kepimpinan seperti inilah yang juga wujud pada diri Rasulullah s.a.w dan jarang-jarang ada pada pemimpin hari ini.

Dan, akhirnya tubuh dan wajah mereka diabadikan sebagai patung replika. Wajah mereka pun diukir dan dipahat sebagai lambang idola, sembahan ikutan zaman-berzaman. Hal ini berlaku selepas berlalunya suatu tempoh pemerintahan sebuah masyarakat daripada suatu generasi ke generasi. Kepercayaan mula diwariskan secara turun-temurun.

Dalam tempoh kesesatan itu, banyak benar amalan khurafat yang muncul kerana syaitan berperanan dalam menghias tindakan mereka, hinggakan amalan jelek diperlihatkan syaitan sebagai suatu yang indah. Tiada seorang nabi diangkat bagi mengeluarkan mereka daripada lembah kesesatan itu.

Baginda berdepan dengan semua berhala yang masih tertegak di keliling Kaabah. Melihat hal ini baginda tiada kekuatan merobohkan berhala lalu baginda berkhalwat di Gua Hira' sehinggalah dilantik sebagai rasul dan pemimpin bagi semua mereka yang beriman.

Ketika dilantik sebagai rasul, bukanlah sifat kepimpinan baginda tertolak, sebaliknya dakwah baginda itulah yang dicerca dengan menyifatkannya sebagai gila, ahli sihir serta pemecahbelah antara penduduk kota yang telah terbiasa dengan amalan khurafat itu.

Sari teladan pemerintahan baginda, penguasa kita tidak ikut

Tapi di bawah baginda itulah juga terhimpunnya Muslimin daripada kabilah-kabilah Bani Hashim, Bani 'Adi, Bani Tamim dan segala suku kaum lain. Pada saat ini, hal pemisahan itu tidak lagi bersifat perkauman, sebaliknya batas sempadannya ialah iman dan kufur.

Marilah sama-sama kita merenung pula kepada pola pemikiran umum pada hari ini. Iaitu, ketika media, akhbar mempromosikan Maulidur Rasul sebagai suatu slogan di mana pada slogan itu terhimpun segala seruan yang baik tentang baginda, apakah kita dengar slogan yang meminta para pemerintah kita meniru gaya pemerintahan Rasulullah s.a.w?

Kenapakah media cuma asyik menyeru suami agar menjadi suami mithali yang memasak, mencuci baju sendiri dan menyidainya sebagai satu cara meniru akhlak nabi? Kenapakah rakyat masih berkata: "Saya ikut sunnah nabi segi amalan pemakanan, iaitu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang."

Kaum wanita pula ketika ditanya mengenai calon suami, akan berkata: "Kita mahu calon suami yang memiliki kejujuran seperti Rasulullah s.a.w."

Rakyat kita melihat sosok agung Nabi Muhammad s.a.w sebagai suami yang penyayang, berjiwa romantis, atau ayah yang baik. Semua ini adalah satu juzuk terpencil dan terkecil dalam kehidupan. Walhal, Rasulullah s.a.w dibangkitkan sebagai rahmat seluruh alam.

Jika media tidak dapat dan tidak mampu memainkan peranan yang sihat melaungkan slogan bahawa Rasulullah s.a.w adalah pemimpin yang terbaik, maka rakyat yang sedar perlulah memainkan peranan ini dengan sebaik-baiknya.

Sungguh menyedihkan apabila media sebagai lidah pemerintah menasihat rakyat supaya mencontohi baginda dan menjadikan baginda sebagai sari pati teladan yang baik, walhal mereka (penguasa) sendirilah yang perlu terlebih dulu meletakkan Rasulullah sebagai contoh ikutan dalam menjalankan pentadbiran.

Adakah pentadbiran rasuah itu contoh daripada Rasulullah? Adakah sikap berat sebelah itu menjadi lambang amalan baginda dalam pemerintahannya?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Jika Fatimah, anakku sendiri yang mencuri, nescaya aku sendiri yang memotong tangannya."

Kenapakah menteri-menteri bermasalah masih boleh diterima memegang jawatan? Ini semua adalah amalan berat sebelah ketika penguasa hadhari melaungkan slogan anti rasuahnya dan seruan cemerlang, gemilang dan terbilang itu.

Siapa yang mampu bersabar ketika kepalanya ditaburi najis unta dan dia sedikit pun tidak melawan? Itulah Rasulullah dan Fatimah pun berlinangan air mata tatkala membersihkan kekotoran itu. Hingga kini insan yang paling banyak dihina ialah baginda dalam karikatur di dalam akhbar Denmark. Walhal, inilah insan yang paling rapat dengan Allah s.w.t.

Hari ini, jika ada rakyat berdemonstrasi guna menegur dan menasihat pemerintahnya agar kembali kepada pemerintahan yang adil melalui amalan pilihan raya yang bersih, adakah rakyat akan selamat? Sekali-kali tidak. Walhal baginda itu adalah rahmat ke seluruh alam dan tidak membalas perbuatan manusia yang jahil itu.

Jadi, bilakah waktunya penguasa pula mahu mencontohi amalan pemerintahan Rasulullah itu. Tidaklah adil jika rakyat saja yang diseru mencontohi baginda sedangkan penguasa tidak mahu menjadikan Rasulullah sebagai sari teladan dalam pemerintahan.

Pemimpin yang adil, rakyat sanggup mati kerananya

Kenapa manusia seperti Bilal bin Rabah sanggup bermatian untuk Islam dan Rasulullah? Pertama, Bilal adalah hamba yang tertindas dan mencari jalan keluar daripada penindasan ini. Dia tak tahu bagaimana mahu keluar dan siapa yang dapat memimpinnya keluar dari garis batasan dan sempadan antara wilayah perhambaan dan kemerdekaan.

Di celah-celah kegilaan edan itu datangnya sosok agung lagi mulia. Lidah percakapannya sentiasa benar dan membenarkan, pada dirinya sifar pendustaan. Jika dia bercakap, tidak ada yang akan terpedaya, sebaliknya ucapannya bagaikan air dingin yang menyenangkan dan menenangkan hati yang panas bergolak.

Bilal sanggup mati dan rela mempertaruhkan nyawanya sendiri dmi kemerdekaan kerana beliau sudah melihat jalan keluar daripada sistem penindasan ini dan beliau yakin bahawa Muhammad bin Abdullah itulah sosok yang benar dipercayai sebagai pemimpin berjiwa pembela.

Uwais al-Qarni seorang Tabiin sanggup mematahkan giginya sendiri apabila didengarnya Rasulullah telah patah giginya di medan perang. Uwais bertindak demikian lantaran ingin mengetahui bagaimana rasanya kesakitan yang dialami Rasulullah pada ketika itu.

Pada mereka, biar terluka batang tubuh mereka, jangan terluka sedikit pun batang tubuh Rasulullah s.a.w. Kasih sayang yang terbina itu adalah dengan sebab pengorbanan yang ditunjukkan oleh baginda sendiri. Baginda sedia disakiti tetapi tidak sanggup menyakiti.

Tetapi, pemerintah hari ini, sekali disinggung dan disakiti hatinya melalui ceramah dan penulisan di dada akhbar, penjara tahunan masa dan hukuman ISA itulah yang terpaksa diterima rakyatnya sendiri. Sejengkal dosa rakyat, sedepa pula hukuman penguasa.

Lihatlah, jubah serta serban putih bertukar warna merah darah ketika baginda berdakwah ke Taif kerana baginda disambut dengan lemparan batu-batu. Malah, ketika ditawarkan oleh malaikat untuk membalas kembali perbuatan itu, baginda menolak.

Sebaliknya, baginda yang sedang kesakitan kerana dilempar batu itu mendoakan kesejahteraan mereka dan berharap daripada keturunan mereka itu akan lahir zuriat yang akan menerima ajaran Islam. Penguasa yang terbaik adalah mereka yang mendoakan rakyatnya dan rakyatnya mendoakan penguasa. Penguasa hari ini, sedikit saja ditegur, rakyatnya langsung dibelasah tanpa belas kasihan.

Adakah doa selamat kepada penguasa terapung di langit saat belantan FRU menghempap kepala dan membelasah demonstran dengan bonus simbahan water canon dan desiran asap berpuaka molotov? Bukan doa syeikh� tetapi kutukan berbisa! Ini doa rakyat yang dizalimi dan jeritan doa ratusan ribu pendokong Bersih yang mendoakan kejatuhan BN.

Doa mereka yang sarat dengan kutukan itu telah termakbul kini dan tiada hijab apa-apa lagi antara orang yang dizalimi. Siapa yang menangis, meraung ketika BN kalah? Mana ada? Yang ada, fenomena rakyat melompat suka dan kenduri kesyukuran 40 hari seantero negeri! Semua bertakbir, bertasbih dan bertahmid bersama malaikat di langit tertinggi!

Rakyat tidak kasihan kepada BN sepertimana para sahabat sanggup bermati-matian mempertahankan batang tubuh Rasulullah s.a.w itu.

Tiba masanya rakyat balas dendam

Pemerintah hari ini perlu bermuhasabah selepas pilihan raya, kalau mereka diancam apa-apa, adakah rakyat akan menangisi penderitaan mereka atau sebaliknya rakyat cuma akan mencemuh: "Huh! Padan muka! Pade doh!" atau "Nah! Rasakan! Dulu aku demo sampai pecah tempurung kepala dan berkecai kepala lutut. La ni giliran hangpa pulak demo!"

Bukan sedikit yang akan mencebik, mengutuk dan menyindir: "Buat apa la hangpa demo-demo ni? Bukankah dulu hangpa juga yang kata, berundinglah jangan berdemo? Lani apa lagi, cubalah berunding! Tok sah lah berdemo-demo ni. Tak baik�"

Kira-kira 20 buah pertubuhan NGO Muslim di Pulau Pinang telah pun bermesyuarat dan berunding dengan kerajaan alternatif DAP Pulau Pinang baru-baru ini berhubung kedudukan Melayu dan Islam di pulau mutiara itu. Mereka berunding dengan baik, tidak perlu demo-demo.

Umno Tanjung (Pulau Pinang) perlu ikut contoh ikutan dan sari teladan yang sudah ditunjukkan pimpinan alternatif dan pimpinan NGO-NGO Muslim ini. Firman Allah s.w.t: "Wa amruhum syura bainahum." Maka, Rasulullah s.a.w bersyura bersama para sahabatnya ketika memutuskan sesuatu perkara. Syura dan rundingan adalah sunnah Rasulullah dan inilah serpihan contoh teladan yang langsung daripada Allah ke atas baginda dan umat manusia.

Jika Umno Tanjung tidak bersyura dengan pimpinan negeri Pulau Pinang, susahlah. Buruk nama, imej dan reputasi Pak Lah yang memang sedia buruk itu. Apatah lagi, Pak Lah adalah anak Tanjung. Sikap Umno Tanjung ini seperti sokong membawa rebah ke atas Pak Lah.

Jika tidak mampu bersyura, usah 'bicara kemaih' dan 'sembang deraih' dalam Bicara Mufti dan Forum Hal Ehwal Islam tentang cita-cita mahu menyuruh rakyat kita mengikut sari teladan Rasulullah kalau pemimpin BN sendiri gagal menjadikan pemerintahan baginda sebagai landasan perjuangan mereka sejak dulu, kini dan selama-lamanya.

"Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu sari teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak menyebut nama Allah." (al-Ahzab: 21)

"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa kepada seorang lelaki antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan, adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (al-Ahzab: 40)

Sekolah Pemikiran Kg Baru
4:29 a.m, 18 Mac 2008.

Rabu, 19 Mac 2008

Kbijaksanaan Rakyat M'sia

Sudah lebih seminggu PRU12 berlalu dan macam-macam peristiwa yang berlaku selepas keputusan diketahui. Ada yang kecewa, ada yang dulunya mudah lupa kini kembali sedar, ada juga yang belum sedar sedar lagi masih diulit mimpi indah, ada yang masih tak nak lepaskan jawatan ketika rakan-rakan kamcengnya yang lain sudah letak jawatan sebagai bertanggungjawab di atas kekalahan mereka dan parti yang mereka wakili. Walau apa pun biarlah mereka dengan dunia politik mereka itu, sememangnya mereka itu suka cari pasal.


Sebagai rakyat, saya dan kita semua akan memerhati perkembangan politik mereka akan datang dan ingin tahu bagaimana mereka menyelesaikannya. Kalau dahulu kita dianggap mudah digula-gulakan dengan habuan itu dan ini dan dibodoh-bodohkan dengar putar belit dan temberang mereka, tapi kini dengan dunia tanpa sempadan, gerbang maklumat semakin melebar dan ilmu pengetahuan kini kian berkembang, menjadikan rakyat Malaysia semakin bijak untuk menilai mana intan dan mana kaca, terutamanya golongan muda dan belia yang tidak mau lagi dianggap budak mentah dan hingusan yang dilayan macam orang suruhan.


Kita tidak mau lagi melihat pemimpin yang bongkak dan sombong dengan kuasa di tangan mereka, sesuka hati saja mengata dan menuduh rakyat tak tau berfikir bila menyokong pembangkang, menuding rakyat yang mengkritik mereka sebagai pengkhianat negara, menganggap rakyat yang tak puas hati macam monyet, menganggap rakyat yang tak maju dan masih mundur sebagai malas dan macam-macam lagi ayat dan perkataan yang menyinggung perasaan rakyat yang telah memilih mereka selama ini untuk menjadi pemimpin dan penolong rakyat ketika dalam kesusahan. Mereka inilah pemimpin yang tak mengenang budi dan tak tau bersyukur kerana terpilih menjadi pemimpin dengan mendapat undi majority dari rakyat selama ini.


Rakyat Malaysia sebenarnya boleh bersatu bilamana hak asasi mereka dihalang dan dicabar oleh pemimpin yang bongkak. Rakyat Malaysia apabila secara individu hakikatnya lemah kerana tiada kuasa, tiada pengaruh dan tiada wang untuk berhadapan dengan orang yang berkuasa, orang yang berpengaruh dan orang yang mewah untuk boleh lakukan apa saja terhadap rakyat yang lemah. Namun, jangan diperkecil akan keupayaan rakyat Malaysia yang tertindas di bumi sendiri. Kalau tidak dengan menyertai perhimpunan atau demonstrasi maka cara yang lebih tertib dan halus boleh digunakan untuk menyatakan pandangan dan menghimpunkan 1001 suara dari seluruh negara melalui blog.


Selepas ini kelak, pastinya pihak berkenaan akan memantau lebih ketat akan perkembangan blog-blog dari seluruh negara untuk mengetahui suara-suara rakyat Malaysia yang sudah celik IT dan celik maklumat yang telah berjaya melemahkan dan menumbangkan kekuasaan mereka. Keprihatinan pihak tersebut sangat dialu-alukan dan bertindaklah dengan bijak dan rasional dalam menghadapi para bloggers ini kerana mereka bukanlah golongan yang fanatic dan konservatif. Berilah peringatan kepada ketua-ketua atau pemimpin-pemimpin masing-masing supaya jangan bongkak, angkuh, sombong dan suka membuat tuduhan serta fitnah terhadap rakyat yang lemah tidak berdaya.


Kerana kini rakyat Malaysia tidak lagi hanya bersatu pada sukan, riadah, perayaan dan aktiviti kebudayaan saja, tapi rakyat kini boleh menjadi lebih bersatu melalui alam maya, bersatu dalam pemikiran, bersatu menyampaikan suara hati, bersatu mengemukakan idea, bersatu memberi pandangan, bersatu untuk berkongsi perasaan dan bersatu tekad melalui luahan kata-kata yang disampaikan melalui blog dan forum internet. Kuasa rakyat melalu suara hati di dalam blog dan forum kini mula berkembang pesat dan dalam tempoh beberapa tahun akan datang dijangka akan lebih pesat lagi bilamana banyak laman-laman social yang menghimpun lebih ramai rakan dan taulan bukan saja dari kalangan rakyat Malaysia malah dari seluruh dunia.


Seharusnya mereka yang yang mendapat kuasa melalui saluran demokrasi berperlembagaan yang mengiktiraf kebebasan bersuara dan hak rakyat harus sedar bahawa kini bukan lagi zaman 60an, 70an, 80an atau 90an. Sekarang adalah zaman millennium, zaman ledakan maklumat, zaman di mana seluruh penduduk bumi boleh berkongsi pengalaman, berkongsi rasa dan berkongsi ilmu. Sehinggakan ada yang menyalahgunakannya untuk berkongsi apa saja untuk menyebarkan perkara yang buruk dan berunsur maksiat. Walau bagaimanapun, inilah dikatakan dunia, setiap manusia tidak sama sifat dan sikapnya.


Kalau tidak dicipta pisau atau parang, bagaimana nak potong ikan atau kayu yang keras untuk makanan dan kegunaan manusia. Hanya bila ia jatuh pada orang yang salah maka ianya memudaratkan hingga boleh mencedera dan membunuh orang lain. Namun dalam membela dan mempertahankan diri, kita terpaksa juga menggunakannya untuk menjatuhkan orang yang zalim dan tidak adil. Jika tidak demikian, orang yang lemah akan terus ditindas dan dianiaya oleh orang yang angkuh dan gila kuasa untuk mendapatkan segala apa yang dia kehendaki dengan mengorbankan rakyat yang lemah dan tiada kepentingan bagi mereka.

Bicara Buat Yang Menang Dalam Merebut Jawatan

Jumaat, 14 Mac 2008

Asal Usul Negara Kebajikan

Asal-usul Negara Kebajikan

Negara Kebajikan atau ‘welfare state’ bukanlah suatu yang baru. Konsep ini telah pun muncul di Barat sejak dua abad yang lepas dan sebenarnya di negara kufur Baratlah konsep welfare state ini lahir. Welfare state merupakan sistem negara yang membelanjakan pendapatan cukainya untuk mengambil peranan utama dalam memberikan jaminan sosial dan ekonomi kepada rakyat dengan pencen, perkhidmatan kesihatan percuma, gaji minimum dan sebagainya [Federal-Chambers Dictionary]. Konsep welfare state ini diasaskan kepada prinsip kesamarataan peluang, pengagihan kekayaan secara sama rata dan tanggungjawab ke atas mereka yang tercicir dalam mendapatkan jaminan kehidupan yang setara. Ciri asasnya adalah berteraskan jaminan sosial di mana bantuan diberikan kepada rakyat di waktu ia diperlukan seperti ketika usia tua, sakit dan ketika menganggur. Welfare state juga dikaitkan dengan penyediaan pendidikan, rawatan kesihatan dan perumahan secara percuma [Britannica Concise Encylopedia].


Istilah ‘welfare state’ (dalam bahasa Inggeris) dipercayai dicipta oleh Asa Briggs, seorang sejarawan terkenal Barat dan mula digunakan oleh Archbishop William Temple ketika Perang Dunia Kedua untuk membezakan Britain (yang sedang berperang) dengan Nazi Jerman, yang dikenali sebagai ‘warfare state’ (negara perang). Friedrich Hayek menegaskan bahawa istilah (welfare state) ini diambil dari perkataan Jerman lama wohlfahrtsstaat, yang digunakan oleh sejarawan abad ke-19 untuk menggambarkan kelainan/perbezaan yang baik dengan poliseistaat (‘police state’). Ia (konsep welfare state) ini telah dikembangkan oleh Otto Von Bismark, Canselor Jerman, pada tahun 1881. Bismark telah meletakkan asas negara kebajikan untuk menangkis perkembangan pesat Parti Sosialis Demokratik yang berjaya meraih kekuatan apabila Jerman menjadi sebuah negara industri. Gerakan Sosialis pada ketika itu memainkan isu jurang ketaksamaan antara yang kaya dan yang miskin, dan mula bertapak di Jerman walaupun kerap ditindas. Kebijakan politik Bismark berjaya mencantas pengaruh tersebut dan beliau mula memperkenalkan polisi kebajikan sosial.
http://en.wikipedia.org/wiki/Welfare_state


Sebagai pelaksanaan konsep welfare state ini, dari segi perundangan, Undang-undang 1881 telah mewujudkan insurans kemalangan waktu kerja yang diwajibkan terhadap majikan, diikuti dengan tiga lagi undang-undang risiko utama iaitu insurans wajib untuk sakit pada 1883, undang-undang kecenderungan kemalangan kerja pada 1884 dan skim pencen pada 1889. Setelah itu, seluruh Eropah mencontohinya termasuklah Britain yang memperkenalkan undang- undang yang sama sejak 1906.

Ahad, 9 Mac 2008

BA Perlu Satu Anjakan

Asalamualaikum,


Hari ini kita diperlihatkan dengan kemenangan yang besar diperolehi parti BA di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Pendirian DAP yang kini menerajui Pulau Pinang untuk tidak mengadakan sambutan secara besar-besaran bagi meraikan kejayaan mereka bagi menghormati parti-parti BA lain adalah sangat dialu-alukan dan mana-mana parti BA yang berjaya membentuk kerajaan di negeri yang lain patut mencontohi tindakan tersebut. Kerana tanpa parti BA lain masing-masing tidak akan dapat berdiri dengan betul dan mereka mesti bekerjasama untuk mewujudkan kestabilan dan pembangunan yang diingini.

Tanpa sokongan rakyat mereka takkan berjaya memenangi kerusi tersebut. Menjadi harapan saya sebagai seorang rakyat yang berfikiran terbuka untuk menerima sesiapa saja pemimpin asalkan ikhlas dan menghormati hak dan kepentingan orang lain biarpun berlainan pegangan agama dan kaum. Yang penting kita adalah rakyat Malaysia yang berkongsi harapan dan impian untuk negara.

Apabila sudah berada di puncak kuasa dan memegang kekuasaan itu, ia merupakan satu tanggungjawab yang besar dan mereka perlu menjaganya dengan baik dan mempergunakannya dengan betul. Kerana sekiranya peluang ini tidak dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat dalam tempoh 5 tahun ini tentunya mereka akan dinilai semula oleh rakyat yang memilih mereka pada pilihanraya umum akan datang. Sudah semestinya lawan mereka akan berusaha bersungguh-sungguh memburukkan mereka namun sekiranya ia ditangkis dengan cara berhemah akan mampu mematahkan usaha lawan mencemarkan nama baik mereka.

Justeru itu, kepada pihak parti BA saya sebagai seorang rakyat yang rasional dan berfikiran terbuka ingin menyatakan sesuatu sebagai peringatan bersama. Bukanlah hendak mengugut atau mengancam, Cuma hendak memberitahu supaya lebih berhati-hati dan berjaga-jaga ketika peluang diberi untuk berkuasa oleh rakyat. Antara harapan saya kepada BA :

  • Jika mahu terus diberi mandate pada masa akan datang maka mereka mesti bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang ditimbulkan oleh pemerintah sebelumnya. Mereka tidak boleh melakukan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa kerana dalam tempoh 5 tahun ini merupakan satu tempoh penilaian dan sangat kritikal untuk mereka dalam mempertahankan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat.
  • Mereka hendaklah membuktikan kredibiliti sebagai parti yang dipilih rakyat dan menunjukkan profesionalisme dengan saling bekerjasama dengan parti BA yang lain. Tidak perlulah bertelingkah dan berebut siapa yang patut memegang jawatan itu dan ini kerana jika ini berlaku maka mudahlah parti BN memanipulasikan keadaan itu bagi membuktikan kecelaruan pakatan BA di mata rakyat. Walaupun ada pihak yang memandang sinis akan keupayaan kerjasama tersebut namun esok masih ada untuk kita melihat bagaimana reality sebenarnya. Jangan kita menjatuhkan hukuman sebelum terbukti disabit kesalahannya. Ini berikutan pertama kali parti-parti BA berjaya membentuk kerajaan di 4 negeri dan sebelum ini tiada reputasi mereka yang boleh dinilai dalam menjadi sebuah pemerintah dari parti campuran pakatan BA.
  • Sungguhpun tidak menjadi kerajaan di Parlimen, namun sebagai sebuah pakatan BA yang kuat mereka mesti menjadi pendesak dan pengkritik yang kuat dan lantang bersuara mewakili kehendak rakyat. Mereka mungkin tidak dapat menentukan keputusan namun mereka masih dapat mempengaruhi sesuatu keputusan yang dibuat dalam parlimen. Mereka boleh memberi penjelasan dan berterus terang kepada rakyat sekiranya mereka tidak dapat menunaikan janji-janji yang disuarakan melalui manifesto mereka sekiranya terpilih menjadi wakil rakyat. Apa yang penting adalah mereka telah berusaha untuk mempengaruhi parlimen mempertimbangkan usul mereka dan keputusannya pastinya ditentukan oleh parti yang menjadi kerajaan. Pastinya parti BN tidak akan memberi jalan mudah untuk menerima usul cadangan pakatan BA. Ini sedikit sebanyak akan memperlihatkan bahawa BA tidak mampu menunaikan janji-janji mereka sedangkan kita sedia maklum bahawa sesuatu keputusan itu perlu dibuat dengan suara majority. Situasi ini akan dipergunakan oleh BN dengan sebaik-baiknya untuk membuktikan BA gagal menunaikan janji-janji mereka. Antara BN dan BA masing-masing mempunyai kerusi 140 dan 82. Sudah jelas bahawa apa yang dicadangkan oleh BA tidak akan dapat ditunaikan.
  • Walaubagaimanapun, pakatan BA boleh memberi penjelasan kepada rakyat secara jujur dan terbuka, memberikan alasan yang relevan dan boleh diterima. Bukannya alasan yang hendak memperdayakan rakyat dan memperbodohkan pemikiran rakyat sebagaimana yang telah dilakukan oleh parti yang berkuasa sebelum ini. Pakatan BA perlu bijak dalam menghadapi situasi sebegini bagi menjawap segala ketidakupayaan mereka memutuskan usul cadangan di parlimen untuk dilaksanakan pada peringkat nasional.
  • Jika penjelasan mereka difahami rakyat maka rakyat boleh terima alasan kekurangan ahli dewan di parlimen mengakibatkan janji-janji mereka sukar dilaksanakan. Sudah tentunya rakyat boleh mempertimbangkan untuk memberi lebih banyak kerusi kepada pakatan BA pada pilihanraya umum akan datang sebagai tanda kepercayaan dan keyakinan rakyat bahawa alasan mereka boleh diterima dan perlu membuktikan usaha mereka sekiranya diberi mandate menjadi kerajaan pada masa depan. Apa yang penting dalam tempoh penggal sekarang ialah kelantangan dan keberanian mereka menyuarakan pendapat, mencadangkan usul untuk dibincangkan dan memberi penjelasan yang rasional kepada rakyat mengapa janji-janji mereka sukar ditunaikan. Penggal ini hanyalah merupakan langkah permulaan dan mereka kena tunjukkan langkah permulaan yang baik sebagai pembangkang yang kuat, lantang dan relevan di parlimen.
  • Apa yang penting juga ialah mereka perlu sedar bahawa BN sekarang akan menyusun semula jentera dan barisan mereka untuk menarik semula sokongan rakyat. Sekiranya pakatan BA mahu terus diterima oleh rakyat mereka perlu juga memperkemaskan lagi barisan dan pakatan mereka. Mereka perlu membentuk visi yang jelas dan prinsip kerjasama yang erat dengan menghormati hak dan kepentingan masing-masing. Mereka perlu menunjukkan bahawa mereka bukan parti yang berasaskan perkauman dan boleh menerima sesiapa saja sebagai ahli parti asalkan cukup syaratnya. Misalnya PAS tidak semestinya ahlinya dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam saja, sebaliknya mana-mana orang Islam walaupun bukan kaum Melayu layak menjadi ahli parti PAS. Sekiranya boleh dengan adanya kuasa memerintah di 4 negeri mereka perlu mempertimbangkan untuk membentuk satu parti gabungan supaya pada pilihanraya akan datang gabungan mereka mampu menggugat majority BN. Maka tidak akan ada lagi dalam keputusan pilihanraya akan datang keputusan undi pakatan BA dipecah kepada PAS, DAP, PKR ataupun Bebas.
  • Rakyat seperti saya mengharapkan satu parti yang bukan lagi berasaskan perkauman sebagaimana UMNO untuk orang Melayu saja, MIC untuk orang India saja dan MCA pula untuk orang Cina saja. Apa yang saya dan seluruh rakyat mau perhatikan ialah DAP, PKR dan PAS diwakili oleh campuran semua kaum dan bergabung membentuk sebuah parti gabungan. Dengan adanya setiap kaum dalam satu parti akan lebih merapatkan lagi hubungan dan toleransi antara kaum dan agama dan apabila bergabung tentunya mereka akan lebih saling faham memahami kerana setiap parti bukannya memperjuangkan hak dan kepentingan kaum masing-masing tetapi sesuatu yang lebih besar dan lebih utama lagi iaitu hak dan kepentingan rakyat serta perkara-perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara.

Itu adalah antara pandangan saya saja sebagai seorang rakyat biasa, sekiranya ada sebarang kesilapan atau kecacatan pandangan itu adalah disebabkan saya tidak begitu arif dalam hal politik ini. Namun, keprihatinan saya dalam bidang ini menunjukkan saya ada tanggungjawab untuk melihat satu scenario politik yang matang dan professional. Saya percaya ramai lagi rakyat biasa seperti saya diluar sana mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap hal ini.

Saya tidak berpihak kepada mana-mana parti kerana saya sendiri tidak menyertai keanggotaan mana-mana parti pun. Saya telah memberikan pandangan saya terhadap BN, mengapa BN tumbang di 4 negeri dan gagal mencapai 2/3 majoriti. Dan BN perlu memperbaiki reputasi mereka dengan membuat satu perubahan yang jelas untuk kembali mendapat sokongan rakyat. Saya juga telah memberikan pandangan saya terhadap pakatan BA, apa yang perlu mereka usahakan dan bagaimana untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka supaya boleh diterima rakyat dan terus mendapat sokongan yang lebih padu dari rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Jadi tidak perlulah membuat andaian bahawa saya ini menyokong BN ataupun BA kerana apa yang saya sokong hanyalah yang terbaik, ikhlas dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab. Saya tidak mudah untuk dihasut dan diperdayakan oleh mana-mana parti kerana saya sendiri mempunyai pendirian yang tegas dalam membuat keputusan pemilihan berdasarkan criteria-kriteria tertentu. Inilah kebebasan dan kemerdekaan saya yang sebenarnya kerana apa-apa jua keputusan pemilihan wakil rakyat adalah ditangan saya, bukannya semata-mata disebabkan pengaruh dan propaganda mana-mana parti dari BA dan BN.