Ada antara sesetengah diantara kita memang tak suka sangat hendak menangguh-nangguhkan kerja terutama yang melibatkan perkara penting. Malangnya bila kita sudah melaksanakan kerja dengan baik dan cekap, seterusnya tindakan lanjut perlu diambil oleh pihak atasan atau pengurusan. Malangnya, pihak tersebut pula yang lembab dan tidak cekap sehingga apa yang telah kita usahakan akhirnya terbantut dan tergendala. Kerja yang pada awalnya boleh siap lebih awal akhirnya tidak seperti yang diharapkan, menjadi lambat mengambil masa berhari-hari. Lebih malang lagi kelembapan dan kelambatan pihak tersebut hanya akan menyusahkan kita.
Itulah yang telah terjadi pada saya apabila disaman JPJ kerana tidak memakai tali pinggang keledar kereta. Tanpa banyak soal saya mengaku saya bersalah dan seperti biasa saya membayar saman pada polis traffic pada hari berikutnya terus boleh buat pembayaran. Begitu juga bila saya membayar kompaun tak meletak kupon parking kereta pada hari kemudian terus boleh membuat pembayaran. Saya dalam soal bayar saman tak mahu tangguh-tangguh kerana banyak kerja lain yang saya nak buat dan banyak hal lain perlu difikirkan daripada memikirkan bila nak bayar saman. Bila saya terlupa nak bayar saman dan asyik tanggh-tangguh akhirnya tarikh akhir bayaran akan berlalu, itulah yang saya tidak mahu berlaku kerana dendanya tentu akan lebih tinggi dan naik mahkamah.
Tapi itu bukan masalah saya, saya cuba hendak terus membayar saman pada hari berikutnya, bila terus ke kaunter JPJ terus dibagitahu saman belum "KEY IN" dalam sistem online JPJ dan saman itu dibuat oleh anggota JPJ daerah lain. Saya geleng kepala, kalau macam ni la perkhidmatan LEMBAB dan LAMBAT nak KEY IN saman tak payah la nak laungkan kata perkhidmatan yang cekap untuk pengguna. Jarak tempat saya kira-kira 60km dari Jabatan JPJ yang terdekat, saya balik dengan hampa dan rugi minyak ulang alik 120km. Sia-sia saya bertindak dengan cekap dan pantas, bukan dalam hal saja malah dalam hal-hal berkaitan tugas juga. Kalau tidak didesak pada pihak di tempat kerja memang berlanjutanlah. Tapi, macamana saya nak desak anggota JPJ yang saman saya hari tu untuk key in segera.
Saya nak ulas dengan cara kerja bagi anggota-anggota JPJ yang nak saman pengguna jalan raya di daerah lain. Kalau lah saman yang dibuat perlu key in dalam sistem komputer JPJ secara online kenapa tak bawa komputer laptop sekali, boleh lah terus key in terus di mana-mana. Nak kata tak ada rangkaian wayarless untuk kemudahan internet, banyak perkhidmatan telekomunikasi sekarang menyediakan kemudahan 3G untuk akses internet yang lebih pantas. Liputan telekomunikasi di negara ini hampir menyeluruh ke seluruh negara. Kenapa JPJ yang buat outstation atau operasi tidak langgan kemudahan internet wayarless dan bawa sekali laptop. Pihak atasan perlu memberi kemudahan ini kepada anggota yang menjalankan tugas luar. Sekiranya pegawai yang saman saya hari tu outstation sampai 2-3 hari atau lebih maka saya terpaksa lah tunggu pegawai berkenaan balik ke headquaters untuk key in saman di pejabatnya.
Hmm...menyusahkan saya saja tunggu lama-lama. Perkhidmatan awam yang masih bertaraf negara membangun walaupun kemudahan dalam negara sudah first class tapi pegawai yang bertugas tak seiring dengan matlamat. Usah diambilkira soal kos untuk menyediakan kemudahan tersebut, yang perlu diambilkira ialah khidmat layanan pelanggan. Kadang-kadang pelanggan lebih pantas dan cekap bertindak dari Jabatan yang sentiasa mendapat peruntukan tinggi setiap tahun untuk menambah baik perkhidmatan mereka.
Janganlah asyik mencari kesalahan rakyat dan pengguna bila komen sebegini diluahkan, ada antara pengguna yang mesra dan tak melawan atau menjawab dengan macam-macam alasan bila kena saman kerana mereka tau mereka yang salah. Itu sudah dikira bagus dan hormat pada tugas pegawai yang menyaman. Bagaimana pula bila rakyat dan pengguna yang hendak menunaikan tanggungjawab mereka membayar saman tapi bila sampai ke kaunter diberitahu saman belum KEY IN dan dibuat oleh anggota JPJ yang meronda dari daerah lain dan dia belum lagi key in kerana saman itu dibuat pada hari sebelumnya. Mana perginya kemudahan komputer riba dan apa gunanya teknologi internet wayarless disediakan kalau bukan untuk kecekapan dan kepantasan mengemaskini maklumat agar sentiasa terkini walaupun semasa bertugas di luar kawasan.
Menyaman kesalahan pemandu bukan main cepat dan segera tapi kesalahan pihak sendiri yang lembab dan lambat nak terima bayaran pesalah yang nak cepat dan segera bayar saman siapa nak jawab? Tak perlu lama la, key in hanya dalam satu hari je dah kira bagus. Lu pikir la sendiri......
Hari ni 28 Ogos 2008 dah masuk 3 hari, bila check saman JPJ pakai SMS dan internet masih belum ada rekod. Maksudnya pegawai yang menyaman tu masih juga belum key in saman...halo brader, tidur kah????.... cepat sikit key in tu, saya nak bayar cepat saman ni. Jangan nak kumpul sekali semua saman baru nak key in. Macam ni punya servis memang kena sumpah seranah orang ramai lah.
Selasa, 26 Ogos 2008
Kita Cekap Mereka Lembab
Rabu, 2 April 2008
Fitna vs Akhirat
Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?
| Oleh : Azamin Amin | |
| Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna' telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran. Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut 'menghasilkan' filem-filem yang secara tidak langsung 'mempersendakan' agama dan nilai akhlak seorang umat Islam. Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan' fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam. Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah. Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak? Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama. Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:- 1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual. 2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif). 3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi 4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang. "Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal. "Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak," kata Faisal dalam blognya. Seorang penulis dalam laman web mstar online Wahida Asrani turut merasa tidak 'selesa' ketika menonton filem Akhirat ini gara-gara beberapa babak panas dan elemen seks yang ditonjolkan di dalam filem ini. "Bukan penulis tidak pernah menonton adegan-adegan seperti ini yang sering disajikan oleh filem-filem luar, tetapi rasa kurang senang itu timbul kerana filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini adalah filem tempatan," katanya. Lalu di samping 'mengutuk' filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam adalah lebih baik dalam masa sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam mengambil masa 'merenung diri' melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya dikira 'berbahaya' dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua. |
Selasa, 11 Mac 2008
Pembangunan Rakyat
Konsep pembangunan untuk rakyat yang sering diwar-warkan oleh pemimpin hari ini ialah menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan dan keselesaan rakyat. Projek-projek pembangunan seperti jalan raya, sekolah, hospital, taman rekreasi, masjid, pusat membeli belah dan sebagainya diusahakan untuk kepentingan rakyat jelata. Namun begitu, apakah semua itu memadai atau berkesan dalam memberi kemudahan dan keselesaan rakyat sepenuhnya.
Rabu, 27 Februari 2008
Realiti & Ilusi
itu terdampar dalam Ilusi dan fantasi dunia maya.
Frances Caincross, editor kanan Majalah Economist, dalam sebuah bukunya The Death of Distance: How, the Communications Revolutions will C174711-e Our Lives (1997) telah meramalkan fenomena "kematian jarak" akan menjadi kuasa ekonomi terpenting membentuk masyarakat pada tahun 2038. "Kematian jarak" telah dilihat oleh Caincross sebagai konsep kehidupan masyarakat maya atau masyarakat alaf digital yang mengalami perubahan akibat revolusi komunikasi. Sempadan geografi dapat diterokai oleh sesiapa dan di mana-mana saja asalkan mempunyai jaringan telekomunikasi yang canggih. Jaringan ini pula sinonim dengan "kematian jarak" yang akhirnya mewujudkan komuniti atau masyarakat bijak melalui pemikiran inovatif dan menciptakan kekreatifan dalam pelbagai dimensi serta membuahkan kehidupan maya yang amat hebat diperkatakan dalam konteks alaf baru atau alaf ketiga.
"Kematian Jarak" menurut Caincross lagi, amat memudahkan kehidupan manusia. Bayangkan komunikasi manusia akan berlaku tanpa sebarang batasan sempadan, dunia pekerjaan dapat diuruskan dari rumah, tidak perlu ke pejabat lagi; perniagaan dapat dijalankan dengan kehadiran jaringan talian komunikasi yang serba canggih dan mudah, mendapatkan maklumat pula hanya perlu dengan sentuhan sebiji butang dan pelbagai lagi janji indah yang ditawarkan dalam kecanggihan teknologi maya.
Terrace Mckenna, seorang ahli etnobotani Amerika, dalam bukunya Foods of the Gods: The Search for the Original Tree of Knowledge: A Radical History of Plants, Drugs and Human Evolution (1992), telah membuat sebuah senario tentang kehidupan maya di alaf ketiga yang optimistik dan mengejutkan. McKenna telah melihat tanaman etnik yang mengandungi zat-zat pembangkit halusinasi dan visi (halusinogen) seperti Stoparia Cubensis atau Banisteriopsis merupakan tanaman utama dalam metabolisme kehidupan alaf ketiga. Menurut McKenna, abad ke-21 adalah abad halusinogen.
Melalui beberapa eksperimen yang dilakukannya di Lembah Amazon, beliau membuktikan bahawa tanaman-tanaman etnik tersebut mengandungi zat-zat seperti mescaline, triptamine atau demethil triptamine yang tak lain adalah kecerdasan (intelligence) dan informasi. Dengan meminum zat-zat tersebut dalam dos-dos tertentu, maka kita akan dibawa ke alam halusinasi. Akan tetapi, alam halusinasi yang dimaksudkan McKenna bukanlah dalam pengertian normal sebagai alam yang tidak nyata. Sebaliknya, ia sangat percaya bahawa apa-apa yang kita alami adalah bentuk kehidupan alam realiti yang lebih tinggi (higher reality), yang di dalamnya kita dapat memperoleh informasi dan berkomunikasi dengan makhluk luar angkasa. McKenna seterusnya meyakini bahawa pada tahun 2012, ketika kecanduan dan penggunaan halusinogen semakin meluas cdan diterima secara global akan membawa kita memasuki sebuah ruang kehidupan yang disebutnya hyperspace, iaitu sebuah ruang yang mana batas antara realiti clan halusinasi akan lenyap. Sehingga, pada abad tersebut kita akan mendiami sebuah plenum, iaitu sebuah ruang yang sangat padat informasi, sehingga tidak ada satu sudut pun yang tidak diisi dengan informasi. Di dalam ruang padat informasi tersebut, kita tidak lagi menyerap informasi, tetapi diri kita sendiri yang terseret ke dalam informasi. Hal-hal seumpama ini telah mula kelihatan pada fenomena Cyberspace. Kita tidak lagi mengembara di dalam ruang nyata untuk memperoleh informasi, tetapi kita mengembara di dalam informasi cyberspace itu sendiri, sebuah perjalanan kehidupan yang diwarnai oleh sifat "kemayaan" (virtuality). Kemayaan inilah yang mencorakkan ekonomi maya, konsumerisme dan gaya hidup maya, kesenian maya, dan keseluruhan kehidupan.
Namun, apakah kecanggihan kehidupan maya akan memberi makna yang mendalam dalam aspek-aspek pembangunan kemanusiaan? Apakah manusia akan mampu menikmati kehidupan peribadi yang penuh bermakna lantaran tiada lagi yang menjadi rahsia dalam dunia maya? Adakah akan lenyap batas-batas sosial, kategori sosial, dan identiti sosial? Hal ini tentu mungkin sekali terjadi ketika pelbagai media informasi telah bersifat telus yang mana setiap infor¬masi yang sebelumnya dianggap terlarang dan haram, kini dapat diperoleh secara terbuka oleh sesiapa pun. Fenomena ini dinamakan oleh Alan Touranine dalam tulisannya Two Interpretations of Social Change (1992) sebagai "akhir sosial", suatu senario yang akan berlaku dalam kehidupan alaf ketiga. Menurut Touraine, pada alaf ketiga, banyak konsep sosial seperti integrasi, kesatuan, persatuan, nasionalisme, dan solidariti semakin kehilangan realiti sosial clan akhirnya menjadi mitos. Kehidupan sosial kini telah kehilangan kesatuan, dan hal ini kini tidak lebih sebuah arus perubahan yang tiada kesudahan, yang mana individu mahupun kolektif tidak lagi bertindak sesuai dengan nilai-nilai dan norma-norma sosial, akan tetapi mengikut strateginya masing-masing dan tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kekuasaan negara.
Akhir sosial juga ditandai oleh ketelusan sosial, iaitu suatu situasi lenyapnya kategori sosial dan hierarki sosial yang sebelumnya membentuk suatu masyarakat. Misalnya, batas-batas sosial antara dunia anak-anak dan dunia orang dewasa lenyap di tangan clisket cyberporn, netsex, batas antara kebenaran dan kepalsuan lenyap di tangan hiperrealiti media dan informasi. Jaringan informasi menjadi bersifat telus dan tidak ada lagi kategori moral yang mengikatnya. Ketika segala sesuatu menjadi telus dan berputar bebas dalam litar global, maka hukum yang mengatur masyarakat bukan lagi hukum kemajuan melainkan hukum yang disebut sebagai "hukum orbit". Melalui hukum orbit, segala sesuatu berputar secara global, berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, dari satu komuniti ke komuniti yang lain. Ada orbit televisyen, orbit ekonomi, orbit ekstasi, orbit seksual, dan kini orbit party line.
Sebagai satu bentuk wacana sosial, party line merupakan satu bentuk aksi komunikasi mengghairahkan dan terpesona dengan media komunikasi. Lebih parah lagi, dunia hiperkomunikasi party line merupakan wahana untuk mengeksploitasi segala rahsia yang sebelumnya tertutup oleh tabir sosial Douglas Rushkoff pula berpendapat di dalam bukunya Cyberia: Life in the Trenches of Hyperspace (1994) realiti kehidupan maya serta kebudayaan akan sarat oleh gemerlapan citra (image) yang datang dan pergi silih berganti dengan kecepatan tinggi. Tinggi rendahnya irama pergantian citra, diiringi dengan tinggi rendahnya irama emosi yang dibawa oleh arus pergantiannya. Semakin cepat tempo pergantian citra, semakin cepat emosi bergerak ke arah situasi "keributan" (turbulence) iaitu hentakan-hentakan (emosi) disebabkan tekanan-tekanan (informasi) yang mengasak dan tidak menentu. Segala sesuatu tampil di hadapan kita sebagai sebuah "layar perak" (panggung tontonan) dan meleburkan diri seseorang ke dalam sebuah special effects ataupun permainan video yang dipenuhi oleh halusinasi-halusinasi gerakan. Kita tidak lagi bergerak dengan kecepatan dalam sebuah ruangan yang nyata (fizikal) tetapi dalam sebuah ruang simulasi dan halusinasi. Rushkoff menamakan bentuk kehidupan maya ini sebagai Cyberia, suatu bentuk kehidupan yang penuh kepesonaan yang tidak terarah dan kacau bilau.
Sementara itu Sherry Turkle melalui bukunya Life on Screen: Identity in the Ago of the Internet (1995) membuat kajian tentang pengguna Internet yang menghabiskan masa di laman Web sehingga mencetuskan penyakit Internet addicted disease yang menjauhkan mereka dari dunia realiti. Paling menarik daripada kajian Turkle, ialah wujudnya identiti baru yang memberi kesan kepada psikologi pemikiran manusia dan pelbagai idea yang keliru tentang minda, tubuh, dan mesin akibat daripada pengaruh komputer yang akhirnya membuahkan krisis identiti. Hal ini kerana orang ramai ingin mencari sebuah kehidupan yang bermakna di sebalik skrin. Akhirnya terbentuklah kehidupan palsu (artificial life) yang disangka benar dan lebih parah lagi komputer bukan lagi sebuah mesin untuk memudahkan urusan manusia tetapi telah menjadi intimate machines yang akrab dengan manusia. Akhirnya komputer akan menjadi tempat untuk meluahkan perasaan, bermain cinta, melayari fantasi, ataupun mencipta apa-apa saja yang boleh memuaskan perasaan dan pemikiran. Selepas lari daripada kebosanan hidup akhirnya seseorang itu terdampar dalam ilusi dan fantasi dunia maya.
Realiti kehidupan semacam inikah yang bakal kita saksikan pada alaf baru ini? Menurut Benjamin Wooley dalam tulisannya Virtual Worlds: A journey in Hype and Hypereality (1993) kehidupan bentuk maya ini bukan saja mengubah cara kita melihat realiti, tetapi juga menimbulkan kesedaran baru tentang kemungkinan hidup dalam percaturan manusia antara yang asli dan palsu di dalam simulasi elektronik dan di dalam halusinasi ruang. Dan, dalam perkembangan kehidupan tersebut, bahasa-bahasa objek tidak lagi bersandar pada unsur-unsur formal konvensional (garis, bidang, warna), tetapi unsur-unsur hibrid formal-virtual yang cenderung keluar dari batas-batas formal, dan sebaliknya bersifat sensitif, psikik, halusinatif, interaktif, dan holografis. Hal ini akan lebih dicirikan oleh pemanfaatan secara maksimum dan komprehensif kemampuan-kemampuan indera sebagai elemen estetika (perasaan, pendengaran, perabaan, penglihatan, penciuman).
Barangkali kehidupan maya adalah ekstasi (keseronokan) kehidupan di sebalik kecanggihan teknologi yang diciptakan itu. Namun begitu kehadirannya di alaf ketiga tidak dapat disangkal lagi, dan kita amat memerlukan sikap kearifan, kebijaksanaan, kejujuran, keterbukaan dan sekali gus sikap dan pandangan optimisme. Cabaran besar yang menanti kita sebenarnya adalah untuk menciptakan dunia hipermoden dan kehidupan maya yang berkuasa "spiritual", yakni sebuah dunia "supermaju" yang berkearifan.
Khamis, 14 Februari 2008
Hakikat Valentine's Day
Sempena Hari Valentine yang disambut hari ini dan pada hari tahun-tahun berikutnya, saya sertakan artikel ini untuk panduan bersama berkenaan dengan kasih terhadap wanita. Sebagai seorang lelaki kita kena memahami mengapa kita mencintai wanita dan apakah batas-batasnya. Jangan kita mudah terpengaruh dengan budaya barat yang menyambut Hari Valentine secara keterlaluan dan menganggapinya sekadar menunjukkan tentang perasaan cinta semata-mata. Sehingga apa yang mereka lakukan semasa menyambutnya juga kita ikuti juga. Berhati-hatilah dengan dakyah halus ini kerana sememangnya golongan kafir tak akan redha dengan kehidupan kita umat Islam sehingga kiamat selagi kita tidak mengikut apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka perkatakan. Sebab dalam banyak-banyak hal umat Islam yang lemah imannya lebih bersikap keterlaluan daripada orang barat sendiri dalam pengamalan budaya yang diperkenalkan kepada umat Islam. Mereka sentiasa memperelokkan sesuatu yang tidak elok supaya kita mudah terjerumus ke dalam kesesatan dan kemaksiatan.
Sejarah Ringkas Asal Usul Valentine Day
Valentine’s Day disambut untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M). St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Ianya ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I (496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi kuno iaitu Lupercalia (perayaan untuk Dewa Lupercius dengan mempersembahkan korban binatang).
Jadi, apabila ada unsur ritual agama lain dan kita pula sama-sama raikannya, seakan-akan kita reda dengan perbuatan menyekutukan Allah (syirik) sedangkan syirik adalah dosa yang tidak terampun. Jika dulu untuk menyaingi perayaan Paganisme Rom sekarang diperkenalkan pula kepada umat Islam untuk menyaingi apa yang diajarkan oleh Islam dan tauladan Rasulullah kepada kita dalam mengungkapkan cinta terhadap wanita. Ini suatu usaha untuk menyesatkan dan merosakkan umat Islam.
Kasih Terhadap Wanita : Lelaki Capai Kesempurnaan
Sifat kasih sayang merupakan suatu anugerah Allah s.w.t. kepada manusia. Ia juga antara sifat semula jadi manusia yang berkecenderungan berkasih sayang antara satu sama lain. Justeru, manusia saling kasih mengasihi sesama mereka. Allah s.w.t. menegaskan mengenal sifat kasih sayang atau cinta dalam al-Quran melalui surah Ali Imran, ayat 14 yang bermaksud, “Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita, anak-anak dan harta.” Ketika mentafsirkan ayat ini, Ibnu Kathir menegaskan bahawa Allah s.w.t. memberitahu bahawa manusia dihiasi dengan kecintaan terhadap perkara yang lazat dan menyeronokkannya seperti wanita, anak-anak dan harta, namun wanita diutamakan kerana melalui wanitalah lahir pelbagai kebaikan, mahupun fitnah dan dugaan.
Dengan ini, kasih atau cinta adalah lumrah kejadian insan di muka bumi ini, malah manusia yang saling cinta mencintai mengikut proses semulajadi yang betul dianggap satu kesempurnaan bagi setiap insan. Mencapai tahap kesempurnaan insan di muka bumi ini agak mustahil kerana sifat kesempurnaan mutlak itu hanyalah milik Allah sebagaimana yang boleh kita fahamkan melalui proses penciptaan manusia, iaitu pada asal kejadiannya adalah sebagai makhluk yang lemah, hanya Allah s.w.t sahajalah yang sempurna segala-galanya.
Daripada ayat ini jelas bahawa, Allah s.w.t. menciptakan wanita sebagai penenang kepada lelaki, agar kaum lelaki dapat menikmati ketenangan dan ketenteraman hati di samping isteri-isteri yang mereka cintai. Seterusnya Allah s.w.t. menciptakan di antara kedua-dua suami isteri itu kasih sayang yang berasaskan keikhlasan kepada Allah s.w.t. yang kemudiannya dapat melahirkan perasaan mawaddah dan rahmat di antara pasangan suami isteri itu.
Kesimpulannya, sifat kasih sayang atau kecenderungan seorang lelaki terhadap seorang wanita adalah suatu anugerah Allah s.w.t. yang amat bernilai kepada insan. Malah ia juga dapat menjadikan seorang itu sempurna serta normal melalui kecintaannya kepada wanita. Dengan ini seorang lelaki mencapai kesempurnaan kelelakiannya melalui wanita. Namun begitu ramai para lelaki yang tidak menyedari tentang nikmat ini sehingga menjadikan kasih sayang kepada wanita itu sebagai pencetus objek maksiat, atau mengadakan pergaulan bebas serta menderhaka terhadap Allah s.w.t. Apakah kecintaan atau kasih sayang wanita seperti ini dianggap sempurna kelelakian seseorang lelaki atau kebinasaan yang sempurna?
Untuk maklumat lanjut :
Valentine Day menurut pandangan Islam
Ahad, 10 Februari 2008
Al-Kisah Pak Syeikh 4
KISAH PEMUNGUT DERMA DARI NEGARA JIRAN
Pak Syeikh melihat sejak dulu hingga sekarang, negara kita menjadi tumpuan orang dari negara-negara luar untuk meminta itu dan ini kerana nak membina itu dan ini. Kadang-kadang mereka membawa surat-surat kebenaran dari Majlis Agama Negeri dan pejabat agama dari
Kemudian, Pak Syeikh terbaca pula berita-berita dan pejabat-pejabat agama dan majlis agama tertentu menyebut bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang
Akai_pc – Rakyat
Akhir-akhir ini Pak Syeikh melihat gejala-gejala kurang sihat semakin pesat berkembang dalam masyarakat kita sekarang. Hal-hal yang tidak disangka-sangka berlaku, boleh berlaku dan terjadi. Orang-orang dipercayai dan diyakini boleh menjaga amanah dan melindungi amanah, mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya. Mereka yang diberi tanggungjawab tentang urusan agama dan pengadilan, tiba-tiba dengar cerita berlaku hal-hal yang tidak baik.
Jenayah semakin berleluasa. Bunuh membunuh semakin kerap terjadi dimana mana di dunia sekarang. Manusia berebut-rebut mencari keuntungan. Mereka tidak peduli dari mana sumber rezeki itu mereka perolehi sama ada cara halal atau pun haram. Pak Syeikh jadi terdiam mendengar jawapan ltu. Pak Syeikh membenarkan apa yang disebutnya itu. Moral manusia memang semakin buruk, walaupun ilmu pengetahuan semakin canggih dan semakin tinggi. Pemujaan terhadap golongan penghibur melebihi dan apa yang sepatutnya. Pak Syeikh melihat di zaman akhir ini, manusia tidak mempedulikan lagi apa yang sepatutnya dipedulikan. Ilmu agama menjadi tidak penting lagi bagi mereka. Ilmu dunia, mengejar kekayaan menjadi agenda pertama.
Akai_pc – Kiamat sudah semakin dekat,
Al-Kisah Pak Syeikh 3
MEMASAK PUN ARTIS BOLOT
SEPANJANG bulan Ramadan lalu (memang tiap-tiap tahun dalam bulan Ramadhan), Pak Syeikh lihat program TV kita dimonopoli oleh para artis sahaja. Sehingga rancangan masak memasak pun, artis juga jadi tukang masak, dan menyediakan lauk pauk dan tolong itu dan tolong ini. Sudahlah bidang-bidang lain seperti nyanyi, lawak, lakonan orang lain tak ada peluang, sehingga masak memasak pun nak bolot juga ke? Pak Syeikh kira, tukang masak yang profesional ramai dalam negara kita. Orang-orang lama dengan resepi-resepi lama juga banyak. Kenapa pihak stesen TV tidak mahu ambil atau pun tidak mahu gunakan tenaga-tenaga orang-orang lama ini?
Dah ada orang mencubanya, tetapi mereka kata, entah apa-apa rasanya. Tak tentu arah aje? Pak Syeikh pernah makan satu masakan dan orang lama yang memasak lauk dan perut lembu yang macam ‘towel’ tu? Perut lembu itu di potongnya sebesar anak jari. Kemudian dimasak menggunakan lada hitam, yang barang siapa memakannya lauk itu pasti ‘memberontak’ kerana terlalu pedas. Tetapi pedas yang terdapat dalam lauk yang disediakan orang lama ini agak lain. Ia mengandungi resepi yang membolehkan orang yang memakan merasa lega, dan hilang rasa “risau” dan demam-demam (sekiranya ada demam).
Akai_pc – Siapalah kita orang biasa ni berbanding artis, bukannya boleh tolong mereka buat duit pun. Buang karan saja. Kalau artis barulah ada orang nak beli ramuan masakan segera tu sebab bila orang kita banyak yang minat kat artis tu, jadi masakannya pun orang minat jugaklah.
Pak Syeikh tanya lagi: “Kenapa?” Tak jawab juga, cuma ketawa sinis dan berkata: “Ana kena gam zaman Tok Mat lagi.” Beliau sendiri tidak tahu kenapa jadi begitu, dan apa salahnya, sehingga beliau digam. Pak Syeikh tak fikir kerana abangnya, seorang tokoh pembangkang maka melibatkan adiknya pula? Apa yang Pak Syeikh difahamkan, era sekarang ini dah tak ada gam menggam lagi? Apa yang Pak Syeikh tahu orang-orang sekarang mempunyai fikiran terbuka, liberal, tak jumud macam dulu. Pak Syeikh tahu orang-orang sekarang tidak punya sikap emosional, tetapi lebih mementingkan ilmu pengetahuan.
Negara kita ini dah lah tak ramai ‘agamis’ yang berpengetahuan agama, kemudian ada seorang dua yang tahu bercakap ‘hukum hakam’, dan tak boleh pula? Apa yang Pak Syeikh tahu, Dato’ Hasan Din bukan seorang ahil politik. Beliau tidak berpihak mana-mana pun. Orang-orang Islam semuanya berpihak Islam, termasuk Dato’ Abu Hasan Din sekali. Ayat Quran ada sebutkan hal ini.
Akai_pc – Politik la katakan, kalau ada 'agamis' yang tak setuju dengan mereka tentulah rasa tergugat takut nanti rakyat terpengaruh atau mula sedar. Jadi untuk terus melalaikan rakyat terutama muda-mudi yang bakal jadi pelapis kepimpinan masa depan kenalah bagi hiburan macam-macam kat mereka supaya tak akan jadi pemimpin yang akan bersaing dengan pemimpin muda kelahiran mereka.
IMAM-IMAM PATUT BACA
Pak Syeikh sangat tertarik dengan satu tulisan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri yang bercakap tentang soal doa. Apa yang kita lihat sekarang, kebanyakan dan orang-orang kita apabila bersembahyang fardu berjemaah, imam akan membaca doa yang panjang, manakala makmum mengaminkannya. Tetapi, Pak Syeikh pernah ke Indonesia, dan pernah juga ke beberapa negara Arab, dan sekali sekala singgah solat jemaah, tetapi imamnya tidak pula berdoa selepas solat fardu.
Akai_pc - Berjemaah dalam solat saja tapi doa antara diri kita dengan Allah swt. Betul tu, ada mufti dan ahli agama kita yang ada blog atau ruang forum sendiri untuk bersoal jawab dengan masyarakat umum. Walaupun kita jauh beribu batu tapi teknologi internet telah merapatkan jurang ini untuk kemudahan kita bertanya dan berkomunikasi.
Jumaat, 8 Februari 2008
Al-Kisah Pak Syeikh 1
USTAZ ‘FARAID’ TIDAK ADA DI KULIAH AGAMA
PAK SYEIKH sering menghadiri majlis-majlis kuliah agama di masjid mahu pun surau yang disampaikan oleh tokoh-tokoh agama kita. Sejak dulu hingga sekarang, nampaknya belum ada seorang pun ustaz yang cuba atau pun mahu menyentuh bab ‘Faraid’ iaitu pembahagian harta pusaka peninggalan si mati. Apa yang Pak Syeikh dengar dan dapati bab yang disampaikan para ustaz kita ialah tentang masalah ‘fiqih’, tauhid, tafsir Quran, hadis-hadis Nabi s.a.w. dan selok belok agama yang lainnya.
Tetapi bab faraid ini, jarang sekali didengar ada pihak yang cuba mengajarnya, sedangkan bab ini satu daripada bab iaitu dari cabang itmu agama. Apabila disebut cabang agama, maka umat Islam perlu tahu dan mengetahuinya sebagaimana kita belajar ilmu agama sembahyang, zakat, haji dan rukun-rukun lainnya. Pak Syiekh fikir ada baiknya, dalam kuliah-kuliah agama, pihak masjid atau pun surau patut menyediakan atau pun mewujudkan seorang ustaz yang khusus membicarakan bab ini. Pak Syeikh percaya, para tokob agama dari pejabat agama, terutama dari mahkamah syariah boleh diundang untuk menyampaikan ilmu itu. Sekarang ini, bidang ’faraid’ menjadi celaru. Berbilion wang orang Islam tersadai kerana banyak kes tidak selesai. Hokum faraid hokum pembahagian harta pusaka. Ia ada disebut dalam kitabullah dan sunah Rasulullah. Hal ini kita tidak boleh bantah, pegawai-pegawai yang melaksanakan undang-undang atau pun hukum ini tidak begitu ‘pakar’, dan banyak yang tersangkut disana-sini, menyebabkan kes pembahagian harta ini menjadi kelam kabut, bila ada pewaris-pewaris datang menuntut dan mengemukakan masalah masing-masing.
Apa yang Pak Syeikh tahu, ramai diantara orang-orang sebenarnya tidak tahu mengenai cara-cara menuntut harta pusaka ini. Ada diantara harta pusaka itu memang berhak dia mendapatnya tetapi kita kurang mendapat pendedahan mengenai perkara itu, maka dia mendiamkan diri sahaja tidak menuntutnya. Sebagaimana yang Pak Syeikh sebut ada baiknya penjelasan secara terperinci dibuat oleh orang-orang atau pun ustaz-ustaz yang mahir dalam bidang ini dalam majlis kuliah agama mereka.
Akai_pc – Masjid hanya jadi perhiasan dunia orang-orang politik. Jangan bagi banyak sangat kesedaran nanti tak boleh cari 'makan', tak boleh buat 'bisnes'. Biar orang lain lupa dan lalai supaya tak ramai jadi pengikut dan penentang.
DRAMA KITA ADA DITAYANGKAN DI MEXICO KE?
Produser-produser kita sudah mula menyuarakan kerisauan tentang drama-drama keluar masuk ke negara ini macam ‘udang geragau’. Pak Syeikh sendiri melihat menerusi TV kita, memanglah banyak drama tersebut tersiar dari pagi hinggalah ke malam. Pak Syeikh tak nampak apakah drama- drama kita ada dibawa keluar untuk ditayang di luar negara?
Pada hemat Pak Syeikh isu drama kita untuk ditayangkan di luar timbul sejak tahun 70-an dulu, tetapi hingga sekarang tidak pernah berjaya. Entah apa sebabnya tidak pula Pak Syeikh ketahui. Tetapi yang jelas kata depa, drama-drama kita tak sesuai ditonton disana. Alasannya diantara lain mutu dramanya rendah. Dialognya tidak difahami. Logikkah alasan ini? Apakab orang seberang tak tahu cakap Melayu ke? Sebaliknya orang-orang Malaysia boleh pula dan memahami dialog orang-orang seberang? Apa kira pun, Pak Syeikh fikir elok ada timbal balik antara kedua stesen ini atau pun antara kedua belah negara. Kadang-kadang Pak Syeikh hairan juga, drama-drama seberang boleh mendapat tempat sehingga ratusan episod ditayangkan di TV kita. Sedangkan drama kita satu episod pun tak dapat ditayangkan kerana rakyat disana tak faham dialog. Orang-orang Malaysia nampaknya semua bahasa mereka faham, bahasa Tagaloq, bahasa Thailand, bahasa Korea, bahasa Mexico, bahasa negara-negara Amerika Selatan pun mereka faham, sebab drama-drama dari negara tersebut ada ditayangkan di negara kita.
Pak Syeikh nak tahu apakah drama kita ditayangkan di negara Mexico? Di Thailand bagaimana? Baru-baru ini Pak Syeikh berada hampir seminggu di Thailand. Syeikh tak nampak apa-apa pun drama kita ditayangkan di sana. Tetapi drama negara depa ada ditayangkan di negara kita setiap hari? Apa cerita ini? Begitu juga di Filipina, adakah drama kita ditayangkan di sana? Sedangkan drama-drama negara itu bersiri-sini ada ditayangkan di Negara ini? Ini apa ceritanya? Kisah drama atau pun filem kita tak ditayang dikalangan negara-negara Asean merupakan cerita ‘basi’. Menteri dari pelbagai jenis orang duduk di angkasapuri dan pelbagai cadangan dari produser filem tempatan supaya rundingan dibuat untuk memasarkan drama kita ditayangkan di tv negara depa, namun hingga sekarang cerita hanya tinggal cerita sahaja.
Akai-pc – patut pun orang kita ada yang dah macam orang Mexico, Thai, Filipina dan Korea. Mengata orang hangat-hangat tahi ayam tapi sendiri yang ada kuasa ditangan lagi teruk.
SIAPA YANG PALING KAYA?
Orang yang paling kaya di negara ini bukanlah seorang ‘Meiayu’ (atau Bumiputera). Bahkan yang paling kaya itu ialah orang lain dan orang kedua terkaya di Malaysia juga orang lain. Orang Melayu entah nombor berapa Pak Syeikh tak tahu. Yang jelas bukan Melayu terkaya bukan dalam negara sendiri tetapi orang dari negara lain. Begitulah mewahnya negara ini. Begitulah hebatnya orang Melayu, pemimpin Melayu yang memberikan peluang-peluang dalam negaranya kepada orang lain.
Kalau kita pergi ke negara-negara lain di dunia ini, orang terkaya dalam negara itu adalah ‘anak watan’ negara itu sendiri, bukannya orang luar atau pun ‘pendatang’. Di Jepun, orang-orang Jepun sendiri yang kaya. Amerika, rakyatnya yang ‘terkaya’, bukan orang Btish atau pun orang luar dari Amerika. Di Thailand, Filipina dan lain-lainnya semuanya anak watan yang terkaya. Lain pula cara di negara kita, orang lain yang terkaya. Ini kerana, siapa yang berjaya dalam kerjanya, maka dialah yang ke depan dan dialah yang mendapat peluan keemasan itu. Mereka yang ‘tidur lena’, kata salah seorang ustaz dalam kuliah agamanya baru-baru ini di sebuah surau, maka tinggallah dia. Orang lain yang kaut semuanya. Tapi yang menghairankan Pak Syeikh, itu pun ada yang masih tidak puas hati lagi. Masih merasakan tidak adil menerima layanan dari kerajaan, dan pemimpin-pemimpin besar dari negara itu sendiri. Mereka nak tuntut yang lain lagi. Mereka mahukan yang lebih besar, dan mereka mahukan apa yang dimiliki oleh rakyat negara itu sendiri dia pun mahu, walau pun itu bukan haknya. Pak Syeikh rasa, hal ini terjadj kerana banyak “diberi muka” kepada depa ini hingga depa dah dapat betis, nak paha pula. La ni depa dah dapat paha pun depa mahu yang lain pula.
Akai_pc – Anak kera di hutan disusukan, anak sendiri kat rumah dibiarkan kelaparan dan kehausan. Sebab nak sangat jaga hati orang lain, hak sendiri tergadai.
ANTARA PENCURI DAN PEROMPAK
Pak Syeikh ada membaca sebuah kitab yang berjudul “l’lamu Muwaqi ‘in” karya Ibnu Qayyim Al-Jauzi ada menyebut antaranya ‘pencuri’ dengan ‘perompak’. Katanya: “Ketentuan yang mengharuskan dipotong tangan si pencuri yang mencapai tiga dirham, manakala ‘perompak’ dan peragut tidak potong tangan”. Kitab itu menyebut ketentuan ini juga merupakan bahagian dari kesempurnaan syariat.
Ada Penjelasan-penjelasan lanjut tentang soal tersebut, dan mentakrifkan ‘pencuri’ dan ‘perompak’. Pak Syeikh fikir, para ustaz kita yang mengajar di majlis kuliah agama patut mengambil ilmu atau pun bab tersebut untuk dibaca dalam majlis-majlis kuliah. Selama ini, apa yang Pak Syeikh tahu, tidak ada orang iaitu tokoh agama kita yang bercakap-cakap tentang hal ini. Dalam “Forum Perdana” RTM kalau membincangkan masalah jenayah tidak pula Pak Syeikh dengar para panelnya menyentuh bab ini. Ada baiknya, bab ini diketengahkan supaya orang ramai tahu yang mana satu dikatakan ‘pencuri’ dan yang mana satu pula dikatakan sebagai ‘perompak’. Elok rasanya masing-masing menyimpan kita tersebut sebagai panduan harian kita.
Akai_pc – macamana nak cakap kalau semuanya ikut ‘skrip’ dan jalan cerita yang dibuat orang lain.
Sabtu, 2 Februari 2008
Dunia tanpa sempadan
Dunia sekarang ini sudah tidak ada sempadan lagi dan boleh ditembusi oleh sesiapa saja kerana langit sudah terbuka untuk dicerobohi oleh sesiapa saja menerusi teknologi maklumat dan komunikasi digital. Dengan kemajuan teknologi ini, mana-mana negara boleh menakluk minda rakyat negara lain dan menghasut mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk mengikut kehendak mereka. Bahkan boleh menjadikan rakyat negara lain menjadi rakyat negara mereka secara tidak langsung dengan membudayakan bangsa lain dengan budaya mereka.
Kita lihat saja perkembangan yang berlaku pada hari ini apabila Amerika Syarikat cuba menakluk dunia dengan membudayakan rakyat seluruh dunia dengan budaya Amerika dan fahaman demokrasi ala-Amerika. Penaklukan dibuat menerusi televisyen dengan menyebarkan pengaruh budaya barat ala-Amerika menerusi filem-filem Hollywood, pertandingan miss world and universe, pertunjukan fesyen dan sebagainya yang boleh ditayangkan menerusi rangkaian televisyen satelit. Sungguhpun kewarganegaraan adalah negara sendiri tetapi budaya, gaya hidup, pertuturan, semangat dan jiwa tidak lagi bersifat tempatan, sebaliknya lebih kepada kebaratan dan Amerika. Tidur bola, makan bola itulah coca-cola.
Saya bukanlah anti kemajuan, apa yang dipersoalkan ialah setiap tahun kita menyambut hari kebangsaan tetapi jiwa kita tidak melambangkan kemerdekaan, kita tidak patriotic dan mempunyai sikap nasionalisme yang tulen dalam mempertahankan perkembangan dan kemajuan budaya bangsa sendiri. Sebaliknya lebih berbangga dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan walaupun ketika bercakap dalam kalangan rakyat sendiri. Lebih suka menonjol dengan fesyen barat dan menghasilkan filem ala-ala barat. Televisyen hari ini merupakan alat penyebar maklumat dan hiburan yang sangat meluas dan berkesan sekali kerana ia boleh dibuka dan disiarkan 24 jam sehari. Apabila pendedahan maklumat ‘ala-Amerikana’ disiarkan dalam setiap aspek kehidupan di televisyen maka ia juga akan dipraktikkan dalam reality kehidupan kita sehari-hari.
Di dalam televisyen budaya barat, di sekeliling kita hari-hari pun budaya barat jadi lama-lama kelak akan jadi barat semuanya. Tiada lagi budaya tempatan atau budaya bangsa kerana sedikit demi sedikit kian terhakis oleh budaya barat yang menyerap masuk dalam gaya kehidupan seharian rakyat. Lebih malang lagi apabila orang kita lebih teruk dari orang barat itu sendiri dalam aspek budaya kehidupan seharian seperti berpakaian dan aktiviti social. Jika pihak yang bertanggungjawab tidak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan budaya bangsa sendiri sebaliknya mereka sendiri juga lebih cenderung kepada kebaratan maka tidak mustahil suatu masa kelak negara asing seperti Amerika hanya perlu memberi arahan kepada bonekanya dari kalangan rakyat tempatan untuk mengikut apa yang diperintahkan demi mencapai usaha penaklukan secara tidak langsung ke atas negara lain.
Segala kekayaan negara lain akan dihantar ke Amerika menerusi hubungan perdagangan dan ekonomi, negara lain yang berjiwa barat dan Amerika hanya bergantung kepada Amerika dalam kehidupan seharian mereka. Amerika boleh mencipta dan mengeluar pelbagai jenis barangan kemudian dijual kepada negara yang menerima pengaruhnya dan rakyat negara itu akan menggunakannya. Dari aspek ekonomi Amerika akan menerima lebih banyak keuntungan dengan mendapat lebih banyak kontrak pembangunan dan penjualan komoditi. Amerika juga akan mendapat banyak hartanah di negara lain menerusi pembinaan bangunan perniagaan milik mereka seperti KFC dan McDonald serta gedung-gedung perniagaan yang lain. Pemilik adalah mereka tetapi diuruskan oleh rakyat tempatan.
Inilah bentuk penjajahan baru negara asing ke atas negara yang merdeka dari aspek fizikal semata-mata tetapi fizikal negara mereka sedikit demi sedikit cuba diambil alih oleh penjajah baru ini secara tidak langsung melalui boneka mereka yang menjadi pekerja dan rakan kongsi mereka. Rakyat tempatan biasa pula hanya menjadi kuli dan rakyat kelas kedua atau ketiga di negara sendiri. Kemajuan itu biarlah tunduk dengan keperluan dan kehendak kita, jangan kita tunduk kepada bentuk kemajuan itu dengan menerima segalanya. Mana yang bermanfaat kita terima dan mana yang merosakkan kalau masih ada ruang untuk dimanfaatkan kita boleh perbaiki. Sementara yang langsung merosakkan kita singkirkan terus.
Tetapi adakah ini dapat dilakukan dalam keadaan jiwa kita yang tiada benteng keimanan dan memiliki akal yang kritikal. Kebijaksanaan itu penting tetapi kalau hanya bijaksana semata-mata tidak memadai kerana hari ini semakin ramai orang yang bijaksana melakukan perkara-perkara jenayah dan maksiat secara professional, disamping ada juga yang bijaksana melakukan hal-hal yang menunjukkan kebodohan diri sendiri. Kita memang tidak akan mencapai kesempurnaan yang diharapkan kerana pasti ada yang kekurangan dan kelemahan wujud terhadap apa yang kita lakukan. Sekiranya ia tidak disengajakan memang boleh kita terima alasannya tapi kalau ‘yang sudah terang pun lagi bersuluh’ itu bukan lagi lemah atau kurang, itu memang sengaja nak cari penyakit dan memburukkan lagi keadaan.
Selama ini negara kita memang ada mengusahakan kemajuan mengikut acuan sendiri tetapi disebabkan oleh adanya segelintir ‘virus’ dan ‘parasit’ yang menyerang akar dan tunasnya yang baru nak tumbuh maka pertumbuhannya menjadi terencat. Maju memang pun maju tetapi jika tiada ‘parasit’ itu sudah pasti negara kita boleh mencapai kemajuan dan matlamat dengan jayanya tanpa sebarang kos untuk menampung kerugian yang disengajakan dibuat oleh ‘parasit’ ini. Kalau negara Jepun dan Jerman boleh bangkit kembali dari kemusnahan perang dalam tempoh hanya 30 tahun saja, seharusnya kita sudah mencapai 50 tahun kemerdekaan dapat memperkukuhkan lagi kedudukan industri berat, industri elektronik, pemantapan bahasa Melayu dan menjayakan penyusunan semula ekonomi dan social masyarakat kita yang berbilang kaum. Kita lihat Jepun berupaya menghasilkan pengaturcaraan computer dalam bahasa Jepun, begitu juga Jerman berjaya mempertingkatkan lagi teknologi kejuruteraan mereka. Itu hanya satu dua contoh saja, sebenarnya banyak lagi kemajuan bangsa-bangsa timur lain yang cuba mempertahankan budaya mereka agar tidak terhakis oleh budaya barat dan Amerika.
China sungguhpun akhir-akhir ini semakin galak dengan kemajuannya setelah dasar tutup pintu dilonggarkan dari aspek ekonomi, namun budaya asas masih lagi dipertahankan. Sebagaimana yang kita ketahui tentang revolusi kebudayaan China adalah untuk mengubah budaya silam yang menghalang kepada kemajuan bangsa mereka. Tidak bermakna semuanya perlu diubah, cuma yang diubah adalah kefahaman konservatif yang menghalang kepada pemikiran terbuka. Kemajuan dari luar diterima masuk tetapi ianya perlu dikawal agar tidak mengancam kedudukan budaya bangsa yang asal. Sungguhpun kita berpakaian kot ala-barat semasa bekerja, ada ketikanya hari kita memakai pakaian budaya kita.
Di negara kita, penggunaan batik setiap khamis adalah satu usaha yang menggalakkan penerapan budaya bangsa kita. Bahkan ada sesetengah pihak menggunakan baju Melayu setiap hari Jumaat di tempat kerja mereka. Sementara bagi kaum yang lain pula turut mencerminkan kebudayaan mereka menerusi pakaian yang dipakai semasa bekerja. Ini sesuatu perkembangan yang baik sekali untuk diperkembangkan lagi. Cuma satu perkara yang tidak begitu memuaskan dalam masyarakat kita iaitu penggunaan bahasa kebangsaan. Kita bercakap bercampur aduk, kalau hendak berbahasa Inggeris biarlah terus berbahasa Inggeris sepenuhnya, tak perlu separuh Inggeris separuh Melayu atau separuh mandarin atau separuh tamil atau separuh iban. Memang betul kalau nak mahir bahasa Inggeris mesti dipraktikkan hari-hari, mempraktikkannya melalui penulisan blog juga adalah satu usaha komunikasi dengan pembaca-pembaca blog dari seluruh dunia yang memahami bahasa Inggeris.
Kalau bukan kita sendiri yang nak hormat bahasa budaya bangsa kita, siapa lagi yang akan menghormatinya. Kerana itulah sejak akhir-akhir ini terdapat satu keadaan yang menunjukkan ada golongan lain yang bukan Melayu atau bumiputera tidak lagi menghormati hak orang Melayu kerana kita sendiri yang tidak menghormati budaya dan bahasa kita sendiri. Kerana itulah mereka berani mencabar dan mengungkit hak-hak yang lain kerana hak yang asas dan begitu mudah pun kita sendiri tidak menghormati dan menjaganya dengan baik. Kerana itulah mereka mula berani memperlekehkan bangsa Melayu. Selama ini pun bangsa Melayu dan bumiputera telah banyak berkorban untuk menerima mereka memiliki harta benda di negara kita dan mengecapi segala kesenangan dan kemudahan di negara ini.
Mungkin kita ada silap juga kerana sikap kita yang lembab dan lambat bertindak untuk berusaha memajukan diri sendiri sehingga ketinggalan di belakang mereka, apabila ada antara orang kita hendak maju ada pula orang kita yang lain ‘menjahanamkannya’. Sikap dengki dan cemburu ini perlu dihapuskan dan sepatutnya telah hapus lama dulu seiring dengan kedatangan Islam di negara kita. Tapi kita sememangnya sentiasa mudah lupa kerana ‘akar’ kita tidak kuat dengan iman dan ‘pucuk’ kita pula rapuh tidak dijaga dan dibaja dengan baik supaya dapat tumbuh membesar dengan sempurna. Sepatutnya di zaman yang semakin moden ini kita pantas berubah ke arah kebaikan tetapi dengan dunia tanpa sempadan rakyat kita makin cepat terdedah kepada kerosakan akibat asas dalaman diri kita sebagai muslim yang sangat rapuh dan tidak diperteguhkan dari hari ke sehari.
Jumaat, 1 Februari 2008
Masyarakat & sampah
Sekolah merupakan tempat pendidikan formal untuk memasyarakatkan generasi muda, maksudnya untuk mendidik mereka supaya menjadi warga prihatin dan peka dengan budaya masyarakat untuk saling tolong menolong dan hormat menghormati tanpa mengira kaum, pangkat dan jawatan apa pun. Secara teorinya memanglah begitu tetapi realitinya ‘jauh panggang dari api’.
Selama ini kita menyangka sekolah adalah tempat yang baik untuk anak-anak kita belajar tentang hidup bermasyarakat, tapi seringkali kita mendengar tentang kes buli, keracunan makanan, didera guru dan banyak lagi sebenarnya yang tidak begitu dihebohkan bagi menjaga nama baik pihak sekolah dan nama pihak yang berkenaan yang sering bercakap soal perpaduan, soal kemajuan. Tidak semua kes-kes yang dilaporkan itu adalah benar, kerana ada yang sengaja digosipkan oleh media dan ceritanya sengaja diada-adakan oleh ibu bapa yang ‘menatangkan’ anak bagai ‘minyak yang penuh’. Pantang dicubit sikit anak terus mengadu kepada ibu bapa, ibu bapa pula macam kanak-kanak juga mengadu kepada wartawan.
Apakah maju sekiranya akhlak semakin merosot dan budaya tolong menolong serta hormat menghormati semakin terhakis. Hormat-menghormati bukan sekadar tunjuk baik saja tapi sekiranya ada masalah anak-anak di sekolah mengapa tidak berhubung terus dengan pihak sekolah dan bertanya kisah sebenarnya. Begitu juga pihak sekolah perlu melaporkan segera kepada ibu bapa apa sebenarnya yang berlaku, jangan sampai sudah sejam berlalu baru nak diberitahu kepada pihak keluarga atau diambil tindakan segera apabila berlaku kemalangan kepada pelajar di sekolah. Tidak dinafikan bahawa tidak banyak sekolah yang menghadapi masalah dengan PIBG masing-masing tetapi sekiranya masalah kecil tidak dibendung dan tidak diberi penjelasan sewajarnya kepada semua pihak yang terlibat sudah pasti akan berlaku salah faham dan tiada keseragaman dalam mengambil tindakan. Kes-kes terpencil inilah yang selalunya menjadi besar dan digembar gemburkan oleh media.
Bagi mengetahui perkembangan pendidikan pelajar, mereka yang berada di dalam situasi persekolahan itu saja yang dapat memahami dan memerhatikannya. Jangan pula fikir saya ini seorang guru atau kakitangan di sekolah sehingga boleh memerhatikan keadaan ini, saya juga mempunyai ramai rakan dan saudara mara yang bekerja di dalam sector pendidikan untuk mengetahui perkara ini dan sesekali juga saya bertanya tentang bagaimana keadaan sekolah mereka, selain daripada pemerhatian saya sendiri. Sedia berkhidmat adalah satu slogan yang sangat baik dan saya sentiasa menyokongnya apatah lagi sekiranya kita bekerja untuk rakyat dan masyarakat setempat. Tetapi kalau sedia berkhidmat tanpa banyak soal, tanpa banyak rasa tak puas hati dengan situasi yang semakin merosot akibat system yang tidak betul, itu sudah dalam kategori pekerja hamba yang sentiasa patuh dan taat saja pada perintah dengan mengatakan ‘saya yang menurut perintah’ semata-mata. Seharusnya pihak atasan juga harus sedia ditegur dan tidak perlulah merasa ego dengan pangkat dan taraf yang disandang.
Antara keadaan yang telah menjadikan tabiat pelajar dan menjadi kebiasaan di sekolah ialah, membuang sampah di merata-rata tempat. Walaupun tong sampah sudah disediakan masih juga membuang sampah dan menyelit sampah kecil seperti bungkus gula-gula di celah-celah pintu atau soket elektrik. Keadaan ini telah menyusahkan pekerja-pekerja pembersihan di sekolah dan juga pekerja-pekerja di makmal sains, makmal computer dan bengkel KHB kerana setiap kali pelajar selesai menggunakan makmal dan setiap sesi persekolahan, maka berlonggok-longgoklah sampah di atas lantai, di celah pintu, di celah soket, dalam almari dan mana-mana saja tempat yang tersembunyi untuk menyembunyikan sampah itu. Kononnya tak mahu diketahui oleh pekerja pembersihan.
Lebih teruk lagi apabila pelajar terlalu dijaga macam ‘anak raja’, mereka dihantar di sekolah hanya untuk belajar saja, jadi kerja seperti mengutip sampah tidak perlu dilakukan oleh pelajar. Apakah mengutip sampah dan membuang sampah ke tempat yang betul itu bukan belajar? Mereka tidak diajar dan dipraktikkan supaya membersihkan sampah yang mereka buang sendiri. Mengapa pelajar tiada disiplin dalam soal ini? Adakah berpunca dari rumah, mungkin tidak, sebab rumah tempat tinggal jadi perlulah sentiasa bersih atau terpaksa membersihkannya. Tapi bagi anak orang kaya ada orang gaji nak membersihkan rumah dan bilik tidur kanak-kanak ini. Tapi masalahnya bukan saja masih kanak-kanak, yang sudah meningkat remaja pun masih lagi bersifat ’pengotor’.
Sikap ini sebenarnya adalah akibat sistem pendidikan yang tidak mengutamakan aktiviti kemasyarakatan semasa di luar sesi pembelajaran di kelas. Di dalam kelas hanya untuk belajar akademik, di luar kelas pula pelajar perlu dididik untuk berdikari dan menghormati orang lain melalui aktiviti-aktiviti masyarakat dalam sekolah. Sebaliknya, realiti yang dilihat adalah mereka melihat ada orang lain atau pekerja yang bertanggungjawab membersihkan sampah itu, maka tidak mengapa buang sampah merata-rata Dan pada pandangan mereka, apalah gunanya pekerja tukang sapu dan pemungut sampah ini dibayar gaji memang sudah kerja mereka jadi jangan makan gaji buta saja.
Ini bukan soal tugas atau tanggungjawab pekerja makan gaji tetapi soal tanggungjawab masyarakat dan kesedaran sivik yang perlu diterapkan mulai dari bangku sekolah lagi untuk saling bantu membantu meringankan tugas masing-masing. Rakyat akan menjadi sihat kerana menghirup udara segar dan pekerja pemungut sampah pula dapat mempertingkatkan kualiti pembersihan dan menyediakan lebih banyak kemudahan kerana lebih banyak komitmen boleh ditumpukan ke arah itu daripada hanya menyapu dan mengutip sampah saja setiap hari. Bayangkan kalau tiada pekerja pengutip dan penyapu sampah dan mereka akan mogok dalam tempoh seminggu, pasti kita akan melihat sampah akan menimbun berteraburan di atas jalan raya dan di kawasan lapang.
Pekerja membersih sampah tidaklah seramai orang yang membuang sampah setiap hari di jalanan, di bangunan, di kaki lima, di dalam tandas, di sungai-sungai dan di mana-mana saja. Jika alam menjadi kotor dan busuk jangan salahkan 100% kepada pekerja pembersihan tapi pesalah utamanya ialah kita sendiri yang tidak berdisiplin dan tidak ada sikap prihatin, memang padanlah muka kita jika alam sekitar hari ini semakin panas dan ditimpa pelbagai bencana alam sekitar seperti banjir, pemanasan global dan sebaran penyakit. Hanya beberapa kerat saja orang yang prihatin sanggup memberi peringatan dan berjuta-juta orang yang terus membuang sampah merata-rata.
Kalau sejak dari kanak-kanak lagi sudah membuang sampah merata-rata maka kita boleh lihatlah orang dewasa sekarang di luar sana di mana-mana saja tetap akan bertabiat membuang sampah merata-rata tempat, bahkan tong sampah pun dibiarkan membusuk dan kotor tidak dibersih dan susun dengan baik. Ini kerana mereka sejak dari kecil lagi sudah bertabiat begitu kerana ’kurangnya ajaran’ tidak diajar dengan baik dan betul tentang sikap untuk sentiasa menjaga kebersihan di rumah, di sekolah dan di luar kedua-duanya.
Ini sebenarnya perkara asas saja tetapi kita mengambil mudah tentangnya kerana kita kini lebih tumpukan soal matapelajaran sains dan teknologi kemudian bila dah jadi saintis macam-macamlah ciptaan dibuat untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan mencegah penyakit. Adalah bodoh jika perkara yang tak memerlukan kos yang tinggi tak dipraktikkan daripada kita menyelesaikan masalah yang sengaja kita buat sendiri. Hanya perlu buang sampah di tempat yang betul kemudian asingkan sampah yang boleh dikitar semula dengan sampah yang boleh lupus mereput. Jadi udara pun sentiasa segar dan mata kita pun selesa memandang alam sekitar yang menghijau tanpa cebisan-cebisan sampah berterabur di sana sini dihinggapi lalat dan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan ulat-ulat pembawa penyakit.
Pihak yang menguruskan pembersihan sampah pun dapat tumpukan tenaga kerja mereka untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan dengan menyediakan kemudahan yang berteknologi tinggi dalam memproses sampah yang boleh dikitar semula dan yang tak boleh dikitar semula, memperbanyakkan lagi kemudahan tempat membuang sampah dan mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan. Contohnya sampah yang mudah reput boleh diproses untuk menghasilkan tenaga biojisim. Semasa di sekolah dulu saya ada belajar tentang sains berkaitan tenaga yang boleh di kitar semula seperti biojisim tapi ia hanya sekadar teori semata-mata dan sehingga kini saya tidak melihat pun teknologi itu digunakan di negara kita.
Tenaga biojisim terhasil dari proses penguraian bakteria bagi sampah-sampah yang mudah reput, ketika proses inilah gas hidrogen terhasil dan kita tahu bahawa gas ini boleh di manfaatkan. Saya tidak pasti sama ada teknologi penghasilan gas ini menerusi penguraian sampah wujud di negara-negara maju. Apa yang saya tahu ialah adanya teknologi insinerator yang boleh memproses sampah dengan berkesan tanpa mencemarkan alam sekitar. Kalau tidak ada pun kita boleh buat kajian sendiri dan menjadi antara penyumbang kepada kemajuan yang boleh membawa kebaikan kepada alam dan seluruh masyarakat. Kita juga perlu menjadi masyarakat yang tahu mencipta dan berfikir, jangan hanya tahu mengguna dan membeli teknologi dari masyarakat luar negara saja.
Ahad, 27 Januari 2008
Ada mulut, cakap
Mulut adalah satu anugerah yang mesti dihargai dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Ada juga orang tidak suka bercakap secara langsung menggunakan mulut, sebaliknya lebih suka menggunakan medium lain untuk berkomunikasi. Penulisan adalah antara salah satu medium percakapan yang paling berkesan kerana ia boleh dibaca oleh sesiapa saja dan dibaca berulang-ulang. Namun begitu, menulis juga ada had dan adabnya kerana ianya lebih berbisa dan lebih berkesan lagi dalam menyampaikan sesuatu maksud dan maklumat. Jangan sampai memakan diri bak kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa’ dan ‘perahu masih boleh diundur tapi kata-kata…’.
Walau bagaimanapun, tidak bermakna kita tidak boleh bercakap langsung dengan apa cara sekalipun. Jika kita tidak bercakap maka bencana yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini telah menimpa kita dan berkemungkinan akan menjadi lebih teruk lagi. Walaupun bukan kita yang melakukannya tetapi orang-orang di sekeliling kita yang akan melakukannya. Mungkin kerana tidak mau ‘menjaga tepi kain orang lain’ maka kita tidak mau ambil peduli tentang apa yang berlaku.
Selain itu, kita tidak mau bercakap kerana telah diberi amaran oleh pihak yang mempunyai kuasa untuk tidak membicarakan hal-hal yang sensitive demi menjaga keharmonian rakyat yang berbilang kaum. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya ‘lebih sudu dari kuah’, ‘paku dulang paku serpih’. Mengata orang mereka yang lebih, kalau bukan dengan bercakap akan dilakukan dengan perilaku bagi menunjukkan kehebatan diri. Jika kita melihat saja dan membenarkan apa yang mereka lakukan itu, dikhuatiri kelak seluruh rakyat yang tidak berdosa menjadi mengsa kesan daripada tindakan provokasi dan ‘baling batu sembunyi tangan’ yang dilakukan oleh perkumpulan golongan ini.
Oleh kerana itulah amat penting sekali untuk kita bercakap terutama sekali sekiranya terdapat kemudahan web blog bagi menyatakan pandangan dan aliran pemikiran kita yang tak berpihak kepada sesiapa. Kita berpihak kepada kebenaran, kejujuran dan keikhlasan mereka yang benar-benar ingin membantu rakyat dan orang lain yang memerlukan bantuan serta sokongan. Jika kita tidak kaya dengan wang dan harta menimbun-nimbun, ada antara kita yang boleh menjadi kaya dengan membongkar kitab al-Ghazali untuk dikongsi bersama dengan orang lain. Ada juga orang yang sakit hati tidak boleh diubat dengan pil ataupun herba, sebaliknya boleh diubat dengan kata-kata hikmat yang penuh bermakna.
Mengapa kita sakit hati, sakit jiwa dan sakit mental. Kerana kita memendam perasaan dan ditekan dengan pelbagai masalah yang tidak diselesaikan. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah adalah dengan bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain. Itulah yang saya belajar dari buku-buku motivasi yang ditulis oleh pakar-pakar seperti Anthony Robin dan Dr. HM Tuah Iskandar. Walaupun kita takkan mampu untuk mengubah keadaan orang lain kita masih mampu untuk mengubah keadaan diri kita sendiri dengan sentiasa bercakap pada diri kita sendiri dan bercakap baik-baik dengan orang lain. Kita meluahkan apa yang terpendam bak gunung berapi memuntahkan lahar menerusi lohongnya. Jika tidak dikeluarkan maka ia akan meletup dari dalam dan memusnahkan seluruh gunung itu. Kata orang tua-tua ‘musuh jangan dicari’, tapi kadang-kadang musuh pun kalau tak dicari akan datang sendiri kerana telah muncul begitu ramai ‘musuh’ di sekeliling kita sekarang. Sama ada musuh yang nampak atau tidak nampak, musuh yang nyata atau yang berpura-pura baik.
Memang benar bercakap mempunyai kuasa yang istimewa yang boleh mengubah orang lain dengan mempengaruhi tindakan dan keputusan mereka. Kerana itu suatu masa dahulu pemimpin kita cukup lantang untuk bercakap di arena antarabangsa bagi mengubah pendirian kuasa-kuasa besar yang bongkak. Negara kita tidak ada kuasa material dan kuasa politik untuk mempengaruhi mereka. Negara kita bukan pemilik kuasa veto untuk membatalkan sesuatu keputusan yang dibuat di PBB. Tetapi kita masih boleh untuk bercakap dan terus bercakap, dan amalan ini tidak disekat oleh pemimpin terdahulu dikalangan rakyatnya bagi menyatakan kebenaran dan memperbetulkan keadaan. Sebagai manusia kita adalah insan yang lemah dan mudah lupa, jadi tidak perlulah yang berkuasa itu mempertikaikan hak bercakap rakyat selagi tidak memprovokasikan dengan unsur-unsur perkauman dan menghasut untuk mengajak perbuatan jahat. Amar makruf nahi mungkar. Jika penguasa pantang ditegur dan ‘pantang dicabar’, ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku terhadap prinsip kepimpinan mereka dan ianya mesti diperbetulkan melalui bercakap dengan baik.
Perkataan yang telah mengubah dunia ini selama-lamanya yang tak mungkin dapat dipadamkan sehingga hari kiamat adalah wahyu Allah s.w.t. Perkataan ini disampaikan dalam bahasa arab dan disampaikan secara dialog dan percakapan kepada pembacanya. Seolah-olah apabila kita membacanya, ayat al-Quran itu berinteraksi dengan kita. Begitulah kehebatan ayat suci al-Quran kerana telah berjaya mempengaruhi tindakan manusia tidak kira sama ada mereka orang Islam ataupun bukan Islam. Umat Islam yang mengamalkannya pasti mendapat ganjaran di dunia dan akhirat, sementara yang belum lagi Islam hanya beruntung di dunia saja dan rugi selama-lamanya di akhirat. Kenyataan itu sudah jelas dan tidak perlulah dipertikaikan kerana telah banyak bukti dan kisah lampau ditujukkan melalui bukti-bukti sejarah dan kajian-kajian saintifik moden terhadap kebenaran ayat-ayat al-Quran.
Namun, kesedaran tentang Islam perlulah terus diperjelaskan dan diperkatakan melalui apa jua medium komunikasi dan boleh dibincangkan oleh sesiapa sahaja selagi tidak melampaui batas. Kita faham dan kita ada akal untuk memikirkannya mana yang baik dan mana yang buruk. Bahkan Allah juga telah memberi peringatan supaya kita sebagai manusia jangan melampaui batas. Ada pihak yang tidak senang dengan laungan azan tetapi jika diperjelaskan secara baik dan terang maka orang bukan Islam pasti akan faham dan boleh menerima penjelasan. Janganlah dijawab dengan nada kasar dan terlalu tegas dengan menyatakan jangan dipersoalkan hak istimewa dan perlembagaan berhubung agama Islam sebagai agama rasmi. Ia seperti memberi ‘kata dua’ sama ada ya atau tidak kepada mereka yang sengaja membangkitkan isu tersebut. Walaupun sebelum ini telah diperjelaskan namun janganlah berputus asa untuk terus menerus memperjelaskan apa jua persoalan dengan baik dan bersabar dalam menyampaikannya, kerana jika sudah disampaikan secara menyeluruh dan umum tiada alasan untuk pihak yang membangkitkannya mengatakan ‘tidak tahu’ dan tidak faham.
Kita boleh bercakap apa saja dengan cara yang sebaiknya supaya tidak menimbulkan rasa sakit hati dan dengki. Walaupun mungkin apa yang dicakapkan itu pahit untuk ditelan, ia terpaksa diterima dan kadang-kadang juga kita pernah dikritik, dikutuk dan dicerca oleh orang lain. Sekurang-kurangnya kita telah menyampaikan apa yang sepatutnya dan kita sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah menyampaikan kebenaran kepada seluruh manusia. Namun, kita bukanlah nabi dan rasul untuk meyakinkan orang lain, menyampaikan sesuatu dengan penuh sakti. Apa yang penting adalah kita boleh membela diri kita di akhirat kelak jika dipersoalkan tentang lidah, untuk apa ia digunakan. Kita hanya akan melakukan apa yang termampu untuk kita lakukan, dan yang selainnya terserah kepada mereka yang berkuasa dan bertanggungjawab untuk mengguna bidang kuasa mereka. Kita sudah menjadi seorang rakyat yang prihatin dan peka dengan situasi sekeliling. Kita telah memainkan peranan menyumbang idea dan pandangan yang boleh diambil kira oleh mereka yang berkenaan.
Selagi kita tidak mendedahkan maklumat terperinci tentang peribadi kita tiada siapa pun boleh membuli kita sewenang-wenangnya. Kita bebas untuk menyatakan pendapat dengan lebih bertanggungjawab tanpa bimbang dibuli, diambil kesempatan, difitnah dan disaman oleh mereka yang berkepentingan. Kita bukanlah pemilik blog seperti ‘Malaysia Today’ yang dimiliki oleh golongan ‘atasan’, berani berbicara secara langsung tanpa sebarang tapisan menghentam pihak lawan. Selagi kita berpegang pada prinsip untuk terus bercakap tiada siapa pun boleh menghalang dan mengugut kita. Kita tidak teragak-agak untuk menyatakan pendapat dengan hati yang terbuka pada ruang yang lebih terbuka.
Khamis, 24 Januari 2008
Mentaliti dunia ketiga
Dahulu pemimpin negara kita pernah menyatakan, sungguhpun negara dilengkapi dengan prasarana dan kemudahan kelas pertama setaraf dengan negara maju, namun ia tidak seiring dengan taraf pemikiran kebanyakan rakyat kita. Di luar sahaja nampak elok dan nampak sempurna tapi bak kata pujangga ‘indah khabar dari rupa’. Sememangnya seringkali ahli bijak pandai dan kalangan pemimpin melaungkan agar rakyat perlu mengubah taraf hidup mereka supaya menjadi lebih maju. Dengan segala kemudahan yang telah disediakan maka ia perlu diiringi dengan penyertaan rakyat supaya apa yang disediakan itu tidak menjadi sia-sia dan matlamat mencapai tahap negara maju menjelang 2020 akan tercapai.
Namun apa yang berlaku sekarang ialah semakin galak pula masalah social berlaku dan kegiatan jenayah semakin berleluasa tanpa mengira peringkat umur. Tidak perlu kita salahkan rakyat 100 peratus kerana sememangnya begitulah yang akan terjadi sekiranya berlaku kejutan budaya yang mendadak dan taraf hidup yang semakin meningkat. Sedangkan masih ramai rakyat yang belum bersedia untuk menghadapi kejutan itu sehingga ia menjadi satu bebanan bukan saja kepada tulang empat kerat mereka tapi juga kepada akal fikiran mereka. Ketidaksediaan tersebut disebabkan oleh tidak mau menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada lalu mereka menjadi tidak tahu apabila menghadapi sesuatu keadaan. Mereka mungkin tahu dalam satu hal tapi tidak tahu akan hal yang lain.
Memang benar untuk berjaya perlulah focus kepada bidang yang kita ceburi, namun perlu diingat kebijakan memerlukan seseorang perlu tau juga tentang hal yang lain. Contoh terbaik insane seperti ini ialah baginda Rasulullah yang serba boleh dalam setiap bidang, namun focus utamanya ialah menegakkan ajaran dan agama Islam maka itulah bidang pengetahuannya tentang Islam sentiasa berkembang selaras dengan turunnya wahyu. Dan sesungguhnya dalam pengetahuan Islam itu menekankan keseimbangan dalam setiap cabang kehidupan untuk menjadikan seseorang itu lebih hamper kepada kesempurnaan walaupun tidak mungkin akan sempurna sepenuhnya.
Ketika ada antara rakyat yang belum bersedia ada pula pihak yang sudah bersedia mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dan meraih sokongan demi kepentingan peribadi. Maka itulah, ada antara kita yang begitu mudah untuk tertipu dan terpengaruh dengan sesuatu yang kelihatan menarik. Tanpa membuat penilaian dan penelitian kita lebih mudah untuk menurut apa yang disogokkan. Apatah lagi sogokan itu sentiasa diwar-warkan setiap hari di mana-mana saja. Mungkin kerana kita tidak mau berfikir panjang kerana kerja berfikir-fikir ini amat membebankan otak lalu kita menerima apa yang disogokkan itu. Tapi bila dah kena ‘kantoi’ tau pula kita bising-bising dan berfikir bagaimana nak kenakan balik terhadap mereka yang memperdaya, memperguna dan menganiaya kita.
Berfikir selepas ditimpa malang memang lebih membebankan dari berfikir panjang sebelum terkena, kerana kita lebih cenderung untuk mengenangkannya. Bahkan ada diantara kita yang tak dapat mengawal emosi dan fikiran yang kacau bilau sehingga sakit mental dan akhirnya jika tak terkawal akan sakit jiwa. Maka itu ramai di kalangan rakyat kita yang sakit jiwa selepas ditimpa masalah yang tidak dapat dikawal dan diselesaikan dengan cara yang berkesan. Situasi akan menjadi lebih kritikal sekiranya seseorang itu tiada pedoman yang jelas lalu bertindak melampaui batas di luar kawalan.
Kemajuan bermakna terkehadapan dalam sesuatu bidang dan perkara, negara maju ialah negara yang lebih terkehadapan dari negara lain dari segi prasarana dan teknologi yang digunakan dalam urusan kehidupan rakyatnya. Sebagai rakyat yang bercita-cita untuk maju perlu memiliki pemikiran yang lebih terkehadapan setanding dengan rakyat negara lain yang lebih maju. Kita perlu dapat menjangkakan apa yang kita ingin capai dan berusaha untuk mencapainya melalui akal fikiran, barulah selepas mengambilkira semua aspek kita bertindak melaksanakan usaha bagi menjadikan cita-cita satu reality.
Sebuah kereta tidak boleh dibuat dalam sehari, begitu juga usaha kita ianya perlu diusahakan setiap hari. Setelah siap biarkanlah ia digunakan bagi melaksanakan tugasnya dan jangan jadikan ia sekadar bahan pameran, namun sebarang kekurangan yang ada perlulah sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa. Kita perhatikan bagaimana dalam tempoh 2 tahun saja kereta Toyota Vios telah diperbaiki sebanyak 3 kali. Begitu juga dengan usaha kita perlulah sentiasa diteliti, dikaji dan diperbaiki agar ia menjadi bertambah baik dan semakin berkesan. Semua itu memerlukan kita untuk sentiasa berfikir setiap masa siang dan malam di mana-mana saja. Kerana kekurangan pemikir yang layak menjadi jurutera, industri otomatif kita tidaklah sehebat negara seperti Jepun dan Korea. Kita lebih cenderung untuk menjenamakan semula dan menciplak rupa bentuk daripada terus menerus mengeluarkan rekaan asli setiap tahun. Bukannya tiada modal, tapi modal telah diselewengkan oleh mereka yang ‘terlampau maju’ pemikirannya dalam menguruskannya.
Mentality kita perlu berubah dari mundur kepada lebih maju, jangan pula semakin mundur ke belakang. Diluar nampak maju dengan gaya dan trend terkini tapi di ‘dalam’ tidaklah semaju yang disangkakan. Bak kata iklan Petronas ‘Jalan perlu ke depan’, jangan undur tapi toleh ke belakang boleh supaya kita tau apa kesilapan yang pernah kita lakukan dan tidak akan mengulanginya semula. Orang negara maju kata mentality negara dunia ketiga ialah mentality yang suka meminta-minta, malas tidak berilmu dan tidak mau berusaha bersungguh-sungguh. Orang negara mundur pula kata mentality negara maju ialah mentality yang suka membuli, mengambil kesempatan dan merampas hak orang miskin.
Walau apapun kata dua pihak ini tak perlulah kita berbalah tuduh menuduh dan menyalahkan antara satu sama lain kerana ia hanya memburukkan lagi keadaan dan kita sendiri pun akan sakit hati. Kita bentuk mentality kita untuk terus maju ke hadapan tanpa mengendahkan apa yang orang kata. Kalau ada orang yang mengata kita dan mencerca kita, teruskan usaha kita dan tak perlulah kita membuang masa bertekak bertikam lidah dengan mereka. Kita bukan rakyat mentality dunia ketiga, maka kita berkatalah dengan cara yang sebaik-baiknya. Ramai pakar motivasi menyatakan bahawa dalam mencapai sesuatu yang penting adalah hasil, hasil yang baik diperoleh dengan cara yang baik juga. Jika kita terlibat dengan sesuatu yang buruk lambat laun kita akan menerima keburukannya juga. Apa yang kita buat, itulah hasilnya kelak.
Umpama memandu di jalan raya, jika kita telah menetapkan hendak menuju ke sesuatu destinasi janganlah pula kita singgah di tepi jalan bila melihat sesuatu yang menarik perhatian. Atau membelok ke simpang lain di saat-saat akhir kerana ada urusan lain. Kita kena terus ke hadapan menuju ke puncak perjalanan kita untuk mencapai apa yang kita kehendaki. Kadang-kadang ada pihak yang berniat tidak baik cuba menghalang dan menahan kita di tepi jalan. Jangan kita jadi terlalu baik bila mana ada orang yang menahan kita di tepi jalan kononnya hendak meminta bantuan. Kita harus ingat bahawa kita masih lagi negara dunia ketiga sungguhpun prasarananya kelas pertama. Negara kita masih ramai lagi yang bermentaliti dunia ketiga yang suka mengambil jalan mudah dengan mengambil hak orang lain. Bukan rakyat biasa saja, tapi juga dari kalangan yang dianggap professional.
Kita kena mendahului pemikiran kita ke hadapan, begitu banyak sekali maklumat-maklumat disekeliling kita dan ia perlu diproses untuk memberi kebaikan kepada kita. Kita boleh mengetahui apa yang berlaku di sekeling kita dan apa yang terjadi di sana sini di seluruh negara maupun dunia. Dari itu kita boleh bersiap sedia dan mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan bagi menghadapi cabaran dan memajukan diri kita. Setiap antara kita mempunyai potensi unik tersendiri, jangan kita terlalu dimomokkan dengan aura ‘Mawi’, dia hakikatnya telah diheboh-hebohkan akan potensinya lalu dia memperoleh keuntungan yang banyak hasil dari hebahan media setiap masa di mana-mana saja. Kita perlu yakin dan percaya pada diri sendiri dan tak perlulah kita terlalu merendahkan diri kita dan tak perlulah merendah-rendahkan orang lain.
Kita kena ubah mentality kita dan sentiasa mempertingkatkan usaha kita setiap masa siang dan malam tak kira di mana saja. Kita perlu juga sentiasa meperbaiki sebarang kekurangan agar ia tidak merebak memburukkan lagi keadaan. Ini memerlukan keprihatinan yang tinggi dari diri kita sendiri dan bukan sekadar dari orang lain saja. Jangan hanya cakap saja tau tapi sendiri tak buat.
Rabu, 23 Januari 2008
Anakku yang hilang
Semenjak 9 Januari lepas adik Sharlini masih lagi belum ditemui. Lama sebelum itu kita dikejutkan dengan kehilangan adik Nurin yang berakhir dengan tragedy yang memilukan kita semua sebagai insan yang mempunyai akal fikiran kemanusiaan. Sebelum itu juga kehilangan adik Yin yang akhirnya ditemui. Itu adalah antara kes-kes kanak-kanak yang hilang dilaporkan secara meluas oleh media massa. Post ini enggan mengulas secara terperinci tentang kehilangan adik Sharlini, dikhuatiri akan dianggap sebagai spekulasi atau laporan yang boleh menjejaskan kes siasatan. Apa yang hendak diperkatakan ialah mengapa anak kita rakyat Malaysia hilang. Apakah kita tidak tahu menjaga anak kita atau kerana disebabkan persekitaran kita tidak selamat lagi untuk menjadi tempat permainan kanak-kanak.
Dahulu semasa saya masih kanak-kanak bebas bermain di sekitar rumah bersama kawan-kawan bahkan kerana terlalu asyik bermain balik lewat sampai ke senja. Saya masih teringat lagi bagaimana satu tragedy ngeri menimpa adik kawan saya yang kemalangan dilanggar kereta kerana melintas di jalan raya tanpa memandang ke kiri dan ke kanan. Sejak itulah saya tidak lagi berani untuk bermain di jalan raya sebarangan, namun apabila dewasa saya antara ‘jaguh’ peluncur jalan raya yang berhemah dan dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya cuai sesaat ketika memandu di jalan raya. Sememangnya sejak dahulu lagi sudah ada ancaman terhadap kanak-kanak namun sejajar dengan perkembangan semasa ancaman tersebut kini telah berubah. Kalau dahulu ancaman yang tidak disengajakan atau bersifat kemalangan seperti lemas, jatuh bangunan, disengat binatang berbisa dan sebagainya ketika bermain di luar rumah. Tapi kini ancaman yang paling dikhuatiri adalah ancaman yang disengajakan oleh pihak lain yang mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi kanak-kanak.
Mengapa ada pihak yang hendak menculik kanak-kanak ini dan apakah tujuan mereka yang sebenarnya. Sebenarnya banyak kemungkinan yang boleh kita andaikan secara umum mengikut keadaan hidup dan corak masyarakat kita kini. Dahulu ketika saya masih kanak-kanak saya sering mendengar cerita orang-orang tua mengatakan bahawa terdapat pihak pemaju projek pembangunan memerlukan kepala manusia untuk dipersembahkan kepada penunggu atau hantu jembalang di tempat projek pembangunan mereka. Kanak-kanak merupakan mangsa yang paling mudah diperolehi. Agar dengan demikian pemaju dapat melaksanakan projek mereka dengan lancar dan tidak diganggu oleh penghuni asal tempat tersebut iaitu makhluk halus.
Kini baru saya sedar cerita ini cumalah dongeng orang-orang tua dulu kala untuk menakutkan kanak-kanak supaya tidak terlalu bebas bermain jauh dan sentiasa berhati-hati ketika berada di tempat lain. Tapi zaman sekarang ini perbuatan menakutkan kanak-kanak tidak digalakkan kerana ianya dianggap boleh menjejaskan perkembangan mental kanak-kanak menjadi seorang penakut. Lagipun, zaman yang serba canggih sekarang ini ramai orang tidak percayakan hantu jembalang. Intipati sebenarnya bukanlah untuk menakut-nakutkan kanak-kanak tapi untuk mendidik mereka supaya sentiasa berhati-hati dan berdisiplin agar tidak melanggar perintah kedua orang tua. Malangnya, kita beranggapan lain lalu kanak-kanak dahulu yang fobia merasakan diri dipermainkan oleh orang tua mereka dulu dengan cerita-cerita karut kini telah dewasa dan melanggar pantang larang itu. Yang kita tidak sedar ialah benda-benda karut ini sememangnya wujud dan boleh muncul dengan pelbagai rupa, makhluk halus tersebut kini benar-benar telah wujud dengan merasuk ke dalam badan penculik kanak-kanak itu. Makhluk halus itu telah menjadi penunggu di dalam tubuh penculik tersebut dan menjadi seorang jembalang yang boleh dilihat dengan mata kasar kita sendiri. Jembalang halus dalam tubuhnya telah menghasut penculik itu untuk melakukan perkara yang diluar peri kemanusiaan terhadap kanak-kanak. Pengaruh dadah, pil khayal, video lucah, wang dan apa saja yang dianggap oleh penculik kanak-kanak ini boleh dieksploitasikan terhadap kanak-kanak tersebut.
Jika di negara dunia ketiga atau negara mundur, kanak-kanak dieksploitasi untuk menjadi tenaga kerahan dengan menjadi askar, buruh murah dan menjadi pelacur oleh ‘jembalang-jembalang jadian’ ini, di negara kita juga tidak kurang hebatnya apabila ada pihak menjadikan kanak-kanak sebagai peminta sedekah. Suatu ketika dahulu pernah rancangan TV ‘Gerak Khas’ menyiarkan sindiket yang mencolek kanak-kanak untuk dijadikan peminta sedekah. Kanak-kanak dicolek di tempat lain dan dipaksa menjadi peminta sedekah di tempat lain. Dalam kes Yin yang lepas, terdapat andaian yang menyatakan bahawa individu yang menjaga Yin sebelum diserahkan kepada mereka yang berkenaan mempunyai niat untuk menjadikan Yin sebagai peminta sedekah berdasarkan apa yang dilakukan terhadap kanak-kanak tersebut seperti membotakkan rambutnya agar tidak dikenali umum. Sementara kes Nurin pula diandaikan sebagai perbuatan ‘along’ yang bermasalah dengan kedua orang tuanya. Daripada kes-kes tersebut kita boleh nampak bahawa kanak-kanak menjadi mangsa kerakusan mereka yang tamak dan dijadikan tebusan untuk meraih keuntungan dan satu jalan mudah untuk membalas dendam dengan memperalatkan kanak-kanak berkenaan.
Terdapat satu lagi situasi yang tidak boleh kita pandang remeh iaitu telah muncul ‘binatang melata’ yang bertopengkan manusia mengganggu keharmonian kehidupan manusia. Orang-orang sebegini kian ramai di jalanan sekarang ini kerana pengaruh ‘dajjal’ yang semakin meluas ke seluruh pelusuk dunia, bukan saja di bandar-bandar besar menerima pengaruhnya tapi juga kini turut berada di desa-desa yang jauh di pedalaman. Anasir-anasir unsur lucah seperti video lucah yang bukan saja boleh diakses melalui computer tapi juga melalui telefon bimbit kini semakin merebak. Apabila nafsu serakah menguasai jiwa rakyat kita maka mereka ini tidak lagi mengira mangsanya, sama ada yang kecil baru setahun jagung, yang tua kerepot, yang bertudung sopan, yang mudah diperalat dan dipujuk akan menjadi mangsa. Bahkan yang paling sedih terdapat juga ‘haruan yang makan anak’, harapkan pagar, pagar yang makan padi. Mengapakah semua gejala ini berlaku, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam post yang lalu ia adalah berpunca dari jiwa yang kosong dengan iman, jiwa yang kotor dengan maksiat dan dosa. Mereka tidak dididik dengan ajaran agama yang secukupnya sama ada secara formal maupun tidak formal. Maka, jika berlakunya bala bencana dan malapetaka dalam kehidupan kita semua maka kita perlu kembali kepada pokok persoalan. Mengapa semua itu berlaku? Yang baik datangnya dari Allah swt manakala yang buruk adalah berpunca dari hati yang kotor dan perbuatan tangan manusia.
Maka itulah pegangan agama amat penting sekali kerana ia mendidik manusia menjadi baik dan memberi manfaat kepada orang lain dan orang lain pula memberi manfaat kepada mereka. Masing-masing saling bantu membantu dalam kehidupan bermasyarakat. Semua agama mengajar tentang kebaikan namun sebaik-baik agama adalah Islam kerana telah jelas dinyatakan menerusi al-Quran.
“Pada hari ini telah Aku (Allah swt) sempurnakan untuk kamu agamamu, Aku telah mencukupkan nikmat Ku kepada kamu dan Aku telah merasa senang Islam itu menjadi agamamu”
(Al-Maidah : ayat 3)

