Custom Search

Reviews Directory

Selasa, 17 Jun 2008

Biodiesel Jadi Lebih Murah

Dengan kenaikan harga PETROL dan DIESEL yang semakin meningkat, harga seliter atau segelen BIODIESEL yang sebelum ini agak mahal kerana kos pembuatannya akan menjadi lebih murah dari diesel. Dari sumber-sumber maklumat internet berkaitan kos pembuatan untuk seliter/segelen BIODIESEL ialah USD1.00 dan dijual dengan harga USD2.00. Sementara harga DIESEL di pasaran USA ialah USD4.63

Dengan perbezaan harga yang semakin melebar akibat kenaikan harga
PETROL dan DIESEL ini, pastinya industri BIODIESEL mampu berkembang dan boleh diusahakan oleh orang perseorangan lantaran banyak maklumat dan tutorial mengenainya boleh diperolehi menerusi internet. Berkenaan proses pemanasan minyak masak terpakai dalam penghasilan BIODIESEL ini, alternatif lain pemanasan menggunakan gas (kerana harga GAS pun turut mahal sekarang) ialah menggunakan HEATER yang memerlukan tenaga elektrik saja. Secara keseluruhannya proses penghasilan BIODIESEL ini tidak melibatkan bahan api fosil pun dan ia 100% menggunakan tenaga KITAR SEMULA dan bahan kimia organik yang boleh diperolehi dan diproses secara semulajadi.

Gambar di atas menunjukkan seorang lelaki di USA mengisi minyak BIODIESEL yang dihasil sendiri dan dibawanya semasa perjalanan jauh ke dalam tangki kenderaan "pick up"nya. Dengan latarbelakang papan tanda harga PETROL dan DIESEL semasa di stesen minyak Chevron (klik gambar untuk paparan lebih besar)


Tiada ulasan: