Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan sains dan yang lebih penting sekali mempunyai kemahiran praktikal mengendalikan eksperimen sains, penghasilan biodiesel sebenarnya amat mudah sekali. Cuma sekiranya ingin menghasilkan biodiesel pada skala yang agak banyak memerlukan peralatan yang mencukupi, mampu untuk menampung penghasilan sehingga 10 liter atau lebih. Berikut adalah gambar peringkat setiap penghasilan bagi 1 liter biodiesel.
Dari kiri minyak masak terpakai yang tak digunakan lagi, hasil tindak balas kimia dengan campuran methanol dan natrium hidroksida mengasingkan minyak bio dari gliserin yang termendap di dasar botol, setelah ditapis dan maka hasilnya biodiesel yang jernih siap diguna untuk kenderaan enjin diesel.
Proses pengasingan minyak daripada gliserin melalui
proses tindak balas kimia methanol + NaOH
proses tindak balas kimia methanol + NaOH
Proses pembersihan minyak menggunakan air.
Hasilnya minyak akan timbul ke permukaan dan lebih kelihatan jernih.
Proses penapisan dilakukan bagi mengasingkan terus air dari minyak.
Hasilnya 1 Liter minyak Biodiesel yang jernih dan bersih
selamat digunakan untuk enjin diesel kenderaan pengguna.

SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan