"Biodiesel is one of our nation's most promising alternative fuel sources, and by developing biodiesel you're making this country less dependent on foreign oil." ... "The high prices we pay today have been decades in the making. For the sake of the American consumers it is time to confront our problems now and not pass them on to future congresses and future generations."
As fuel prices increase, politicians have become interested in alternative fuels. Some like Bush are touting it as a means to reduce our dependence on foreign oil, others are calling for alternative fuels because they are either cleaner burning or help reduce greenhouse gasses. Whatever the reason, political support for alternative fuels is growing.
Jika di negara US kebergantungan terus terhadap minyak petroleum akan mengancam survival dan masa depan negara mereka. USA bukanlah negara pengeluar minyak petroleum dan menganggap mereka bukanlah negara yang merdeka sekiranya sumber tenaga mereka terus bergantung pada petroleum yang diimport dari negara-negara pengeluar petroleum seperti Malaysia.
Tapi bagaimana pula dengan negara kita, adakah kita sebenarnya merdeka bila memiliki sumber hasil minyak petroleum sendiri. Kalau sepuluh tahun yang lalu mungkin boleh dikatakan merdeka tetapi sekarang keistimewaan memiliki hasil sumber petroleum sendiri tidak lagi memberi kemerdekaan kepada rakyat kerana harga minyak yang dijual kepada rakyat negara kita mengikut pasaran dunia. Sedangkan di negara-negara pengeluar minyak petroleum lain dilaporkan menjual hasil minyak negara mereka kepada rakyat pada harga subsidi yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran dunia. Dari sumber Chedet.com pula dinyatakan pengeluaran minyak petroleum negara kita adalah sebanyak 650,000 tong sehari dengan 400,000 tong untuk kegunaan domestik dan 250,000 pula untuk dieksport.
Tapi di USA, dengan sokongan dasar dan galakan insentif dari kerajaan memerintah, sumber alternatif tenaga baru sedang giat dimajukan dan diperluaskan agar segala industri dan pengangkutan di dalam negara mereka terus berjalan dan mampu beroperasi pada tahap kos yang mampu ditanggung. Bukan sahaja sumber tenaga alternatif diperkembangkan seperti biodiesel, ethanol, solar, hybrid, hydrogen dan hydroelektrik, malahan peralatan-peralatan dan mesin-mesin baru yang sesuai dengan sumber tenaga itu diperkenalkan. Dengan biodiesel tentunya jentera yang sedia ada masih boleh beroperasi tanpa sebarang pengubahsuaian. Sementara itu diperkenalkan juga penciptaan mesin-mesin dan peralatan baru yang boleh menggunakan tenaga alternatif ini.
Apakah di negara kita terdapat usaha-usaha sebegini yang dibuat oleh rakyat sendiri dan disokong pula oleh kerajaan? Apakah kerajaan akan beralasan bahawa kerana kos teknologi baru atau pemindahan teknologi membabitkan jumlah yang banyak maka belum mampu berbuat demikian sedangkan mesin seperti penghasilan biodiesel (lihat gambar diatas) boleh dibuat sendiri di rumah. Malang bagi rakyat Malaysia, walaupun masih mempunyai sumber tenaga petroleum tapi kita terpaksa membayar kosnya lebih tinggi dari negara pengeluar minyak lain dalam keadaan rakyat Malaysia tiada sumber alternatif lain sebagai tenaga untuk menjana industri dan pengangkutan mereka. (Bukannya tiada tapi kita sendiri sebagai rakyat terlalu bergantung harap pada kerajaan yang makin lama makin tak ikhlas menolong rakyat, sehinggakan kita rakyat Malaysia tidak berusaha untuk mengikut langkah sebagaimana rakyat US menyelesaikan permasalahan mereka tanpa terlalu mengharap pada kerajaan. Tapi bukan bermakna kerajaan harus lepas tangan begitu sahaja dan kerajaan perlu menyokong usaha rakyat. Itu barulah dikatakan menuju sebagai sebuah negara maju dan bukannya semakin mundur ke belakang sebagaimana sekarang ini)
1 ulasan:
Wahai warga Malaysia sekelian.... .hebahkanlah cerita benar ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas.... .
Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi tuuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu....
Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu.... Sebenarnya kita ni duduk je Malaysia...tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan Srawak tu, kita tak penah pakai pun...Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A...Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara...jadi petronas telah beli pulak minyak gred C...Diulang Gred C.....untuk digunakan dimalaysia dan diletak logo Petronas.... dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali...maklumlah minyak gred C.
Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B...Inilah yg rakyat malaysia tak tahu...kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan. Itu lah antara sebab2 nye...
Untuk pengetahuan anda semua...semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan "isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik"...Semua e-mail tersebut adalah mengarut.Anda semua kena tipu.....Minyak tetap naik jugak kan....Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas...sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas...bila makin besar untung...makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat...Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja...Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati.... Dasyat betul diorg menipu rakyat.mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagaihkan sama rata kepada rakyat....Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di malaysia...masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap "bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)"dah la gaji dia rm 6+++...Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus....Pasal Peraduan Car Craze......yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas...apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze...Semua rakyat dapat rasa..ni tidak...dahla jual minyak gred C....Pas tu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu...aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk malaysia...tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex @ Mobil/Esso dan skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. .Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yg anda suka kerana duit tersebut adalah duit anda...
Catat Ulasan