Custom Search

Reviews Directory

Ahad, 22 Jun 2008

Kereta Elektrik Kini Di Pasaran

Syarikat-syarikat pengeluar kereta negara maju sejak dari tahun 1990-an lagi memang sudah bersiap sedia dengan prototype kereta masa depan mereka. Kesedaran terhadap sumber petroleum yang semakin berkurang dan harganya pasti meningkat sebagaimana yang dibuktikan pada hari ini telah membuatkan pemikir-pemikir serta pencipta-pencipta mereka mencari idea dan alternatif bagi menggantikan enjin kenderaan petrol-diesel. Sehinggalah hari ini, yang sebelum ini kereta elektrik mereka hanya berada di bilik-bilik pameran sahaja kini sudah boleh dipasarkan untuk pengguna awam.

Gambar dibawah merupakan 5 model kereta elektrik yang sudah atau bakal berada di pasaran US (di Malaysia belum tau lagi, ikut dasar kerajaan sekarang di bawah AAB, nak ke tak nak terima masuk almaklum je la takut Petronas tak boleh dapat untung jual minyak kepada rakyat Malaysia). Dari segi prestasi dan kemampuan Tesla Roadster merupakan kereta elektrik yang menyamai kereta petrol, namun dari segi harga memang mahal. Jika ditukar kepada RM maka harganya mencecah RM300,000 dan setelah dicukai mungkin dalam RM500,000 (maklum je la menteri mana yang tak nak untung, takkan nak masuk dalam negara free je, so lepas ni tepuk-tepuk lah sikit bahu pak dan mak menteri yang dapat AP, mana tau boleh dapat harga murah sikit)

4 model kereta elektrik yang lain tu pula kira boleh tahan juga harganya dalam lingkungan RM21,000 hingga RM70,000 belum termasuk cukai import. Keempat-empatnya sesuai untuk rakyat biasa seperti kita, namun dari segi prestasi dan keupayaan memang agak kurang sikit dengan tempoh caj, jarak perjalanan dan kelajuan. Bagi mereka yang kerja jauh ulang-alik naik kereta memang tak boleh pakai. Namun demikian, teknologi ini baru saja permulaan dan belum diperluaskan lagi. Kalau ada pun seperti Tesla Roadster harganya tidak mampu dibeli oleh orang kebanyakan. Dalam akal fikiran saya sudah tentunya teknologi bateri kereta elektrik seperti ini akan diperbaiki supaya boleh dicaj untuk tempoh singkat dan jarak yang lebih jauh. Begitu juga enjinnya pasti akan mengalami pembaharuan agar kelajuannya lebih pantas. Sebagaimana teknologi telefon bimbit yang dahulunya di era 1990-an hanya golongan mewah dan ahli perniagaan saja mampu membelinya tapi kini dengan perluasan teknologi yang berkembang budak sekolah tingkatan 3 pun mampu membelinya.

Kereta elektrik ini sesuai untuk kegunaan di dalam bandar, dan sekiranya bateri caj semula kereta ini boleh dibuka macam bateri telefon bimbit maka eloklah ada "spare" dan boleh digunakan juga untuk perjalanan yang jauh. Makin jauh maka perlukan lebih banyak "spare" bateri. Tapi, di negara Norway prasarana seperti stesen caj semula bateri kereta telah pun wujud dengan had tempoh caj selama 5 minit sahaja berbanding 3-6 jam. Tentunya ini melibatkan penggunaan kadar voltan yang tinggi bagi mempercepatkan pemindahan caj elektrik ke dalam bateri kereta tersebut.

TESLA ROADSTERHarga (USD) : $109,000

Tempoh Caj Bateri : 3.5 hours

Jarak Perjalanan : 220 miles

Kelajuan Maksimum : 125 mp


GEM
Harga (USD) : $7,000 to $13,000

Tempoh Caj Bateri : 6-8 hours

Jarak Perjalanan : 30-40 miles

Kelajuan Maksimum : 25 mph


ZENN
Harga (USD) : $16,000

Tempoh Caj Bateri : 6-8 hours

Jarak Perjalanan : 30-50 miles

Kelajuan Maksimum : 25 mph


ZAP XEBRA
Harga (USD) : $11,700

Tempoh Caj Bateri : 6 hours

Jarak Perjalanan : 25 miles

Kelajuan Maksimum : 40 mph


DYNASTY IT SEDAN
Harga (USD) : $14,000 to $25,000

Tempoh Caj Bateri : 6 hours

Jarak Perjalanan : 30 miles

Kelajuan Maksimum : 25 mph

Maklumat lanjut berkenaan kelima-lima kenderaan tersebut sila KLIK DI SINI (artikel dalam bahasa Inggeris)

Tiada ulasan: