Custom Search

Reviews Directory

Sabtu, 28 Jun 2008

Kepelbagaian Biodiesel

Pada fikiran sesetengah orang, biodiesel ini hanya dihasilkan dengan menggunakan minyak kelapa sawit. Tapi sebenarnya biodiesel boleh dihasilkan dengan menggunakan apa saja sumber-sumber yang berminyak atau berlemak dari alam semulajadi. Di negara kita, terdapat kajian bahawa minyak jarak yang dulunya digunakan untuk membuat minyak pelita, juga berpotensi untuk menghasilkan biodiesel. Gambar di atas menunjuk warna-warna berbeza biodiesel yang dihasilkan daripada sumber minyak tumbuhan dan haiwan yang berlainan.

Industri biodiesel ini cukup luas dan boleh membantu rakyat meningkatkan ekonomi mereka. Para petani akan mendapat keuntungan dari tanaman mereka kerana terdapat permintaan dari pengusaha biodiesel selain daripada dijual sebagai sumber makanan lain. Kemudian biodiesel ini akan menggerakkan aktiviti-aktiviti ekonomi lain menerusi perkhidmatan pengangkutan dan kargo yang memerlukan sumber tenaga biodiesel. Di negara maju, petani bukan lagi dianggap sebagai orang susah dengan pendapatan yang sekadar cukup makan. Sebaliknya petani disana adalah orang yang mampu hidup mewah dengan perusahaan pertanian yang produktif menghasilkan keluaran yang mampu meningkatkan produktiviti perkhidmatan atau bidang lain.


Tiada ulasan: