Custom Search

Reviews Directory

Ahad, 30 Mac 2008

Pembentukan Jerman Moden

Perlembagaan Jerman

Perlembagaan Jerman memberikan peruntukan bagi sebuah parlimen yang terdiri dari dua bahagian, Majlis Persekutuan (Bundestrat) dan Diet Maharaja (Reichstag). Majlis Persekutuan adalah terdiri daripada wakil-wakil yang dilantik dari semua negeri di Jerman. Diet Maharaja mengandungi hampir 400 orang ahli yang dipilih oleh semua rakyat Jerman.


Sistem ini pada zahirnya nampak sangat demokratik tetapi ia sebenarnya tidaklah bagitu demokratik. Diet Maharaja yang seakan-akan sama dengan Dewan Rakyat kita, tidak mempunyai banyak kuasa. Majlis Persekutuan, Canselor atau Kaiser boleh membatalkan sebarang keputusan yang dibuat oleh Diet Maharaja.


Kuasa sebenar adalah ditangan Canselor dan Kaiser. Canselor boleh melantik menteri-menterinya sendiri. Dia tidak bertanggungjawab kepada Parlimen tetapi kepada Kaiser. Ini bermakna dia bebas dari kuasa Panlimen jika dia mahu berbuat demikian. Kaiser juga tetap mempunyai kuasa-kuasanya. Perlembagaan tidak menjadikannya sebagai raja berpelembagaan. Baginda mempunyai kuasa yang luas atas tentera darat, tentera laut, hubungan luar dan perlulusan undang-undang. Selain dari itu baginda juga menguasai banyak undi parlimen dengan cara melantik wakil-wakilnya sendiri di parlimen. Kaiser adalah sangat dihormati oleh semua negeri di Jerman walaupun dahulunya baginda hanyalah menjadi raja Prusia sahaja. Tetapi kita mesti ingat bahawa Prusia adalah negeri terbesar di Jerman. Ia merupakan 3/5 dari jajahan Jerman dan lebih kurang 2/3 dari jumlah penduduk negara baru itu.


Perubahan-perubahan ekonomi

Golongan peniaga dan pengilang telah memberikan galakan dan sokongan kepada Bismarck dalam usahanya menyatukan Jerman sebelum tahun 1871. Sebuah negara yang bersatu akan mempunyai satu sistem ekonomi yang lebih cekap. Dalam sebuah negara yang bersatu tentu akan terdapat undang-undang, ekonomi, cukai, matawang serta sistem ukur dan sukat yang seragam yang akan menguntungkan golongan peniaga.


Bismarck memberikan perhatian yang sungguh-sungguh terhadap kemajuan ekonomi selepas tahun 1871. Sebuah negara akan bersatu dan kuat hanya jika ekonominya stabil. Satu dari kejayaan Bismarck yang pertama ialah mengadakan matawang serta sistem ukur dan sukat yang seragam bagi seluruh negeri. Perkhidmatan-perkhidmatan pos dan telegraf telah disatukan. Negeri itu telah mendapat sistem perhubungan yang lebih baik dengan jalan-jalan yang elok dan satu rangkaian jalan keretapi yang meluas. Bismarck juga memperkenalkan berbagai perubahan dalam beberapa sektor ekonomi.


a) Pengilangan dan Perindustrian

Bismarck mahu menjadikan Jerman sebagai sebuah negara perindustrian yang kaya. Jerman mempunyai sumber asli yang kaya seperti arang batu, besi, potash dan ligmit. Sumber-sumber ini digunakan dengan mahir dan cekap. Bismarck telah membentuk kartil. Ini adalah merupakan pertubuhan-pertubuhan yang menyelaras dan memberi arahan untuk pertumbuhan industri-industri. Dalam tahun 1875, sebuah bank kebangsaan dipanggil Reich Bank telah ditubuhkan. Kerajaan memberikan pinjaman-pinjaman jangkamasa panjang dengan kadar bunga yang sesuai untuk memulakan perusahaan-perusahaan baru. Daerah-daerah perusahaan yang besar wujud di sepanjang lembah-lembah Rhine, Ruhr, Saar dan di Silesia di timur.


b) Pertanian

Pengeluaran pertanian telah juga bertambah. Baja-baja kimia yang murah dikeluarkan oleh industri-industri di Jerman sendiri. Tuan tanah-tuan tanah Jerman menjadi satu kelas yang kaya dan penyokong kuat Kaiser negeri itu.


c) Perdagangan

Bismarck mahu menjadikan Jerman sebagai negara perdagangan yang penting di Eropah. Pada mulanya perusahaan-perusahaan dan pertanian Jerman mengalami kerugian sebab barang-barang mereka tidak dapat bertanding dengan barang-barang yang dikeluarkan oleh negeri-negeri lain seperti Britain dan Peranchis. Petani-petani Jerman, sebagai contoh, mengalami kerugian sebab terlalu banyak gandum masuk ke Jerman dari Rusia dan Amerika. Bismarck mengambil tindakan tegas untuk melindungi perusahaan dan pertanian Jerman. Pada tahun 1879, dia telah memperkenalkan undang-undang tarif Jerman. Barang-barang yang diimport ke Jerman dicukai dengan tinggi. Terdapat pemulihan ekonomi yang pesat dan tidak lama kemudian Jerman telah mengatasi Britain dan Peranchis dalam pengeluaran besi dan keluli. Pada masa menjalankan berbagai perubahan ekonomi mi. Bisrnarck tidaklah melupakan kebajikan kaum pekerja biasa dan petani. Dia telah memperkenalkan beberapa perubahan sosial.


Pemulihan-pemulihan Sosial

Rancangan-rancangan sosial Bismarck mencerminkan pemikiran yang moden dan maju. Bismarck berpendapat bahawa dalam sebuah negara yang kaya, orang-orang yang miskin tidaklah harus dibiarkan tinggal begitu sahaja. Demi perpaduan negara, jurang antara golongan yang sangat kaya dan yang sangat miskin haruslah dirapatkan. Jika tidak, golongan yang miskin akan berasa tidak puas hati dan ini akan mengancam perpaduan negara.


Bismarck memberikan perhatian utama terhadap nasib golongan pekerja di kilang-kilang baru. Dia mengadakan berbagai undang-undang bagi membaiki taraf dan mutu hidup mereka. Pada tahun 1885 dia telah memperkenalkan Undang-undang Insuran Sakit. Pekerja-pekerja membayar sebahagian dari gaji mereka ke dalam sebuah tabungan wang. Majikan juga menyumbangkan wang kepada kumpulan wang tersebut. Pekerja-pekerja boleh mendapat kemudahan perubatan percuma dan juga gaji mereka, jika mereka sakit. Satu lagi undang-undang telah diluluskan untuk melindungi pekerja-pekerja yang cedera semasa bekerja. Pihak Majikan terpaksa membayar dengan penuh kos-kos perubatan pekerja-pekerjanya. Dalam tahun 1889 Undang-undang Insuran Masa Tua telah diluluskan. Ini adalah lebih kurang sama seperti mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang kita ada di Malaysia sekarang. Pekerja-pekerja menyumbangkan sebahagian dari gaji mereka kepada tabungan wang ini dan boleh mengeluarkannya apabila mereka telah bersara.


Tindakan-tindakan bagi mencapai perpaduan politik


a) Keamanan di Jerman dan Eropah

Dalam usaha untuk mencapai perpaduan negara, Bismarck sedar bahawa keamanan adalah perlu bagi Jerman. Orang yang dahulu menyeru penggunaan “darah dan besi” sekarang menyarankan cara-cara aman bagi membangunkan negara. Bagaimanapun dia masih digelar Canselor Besi. Ini bukan disebabkan kerana dia suka berperang tetapi kerana dia adalah tegas dan berdisiplin sebagai seorang pentadbir Jerman. Bismarck bimbang yang negeri-negeri asing, terutamanya Peranchis, mungkin menyerang Jerman. Peranchis marah yang ia telah kehilangan banyak jajahannya kepada Jerman pada tahun 1871. Bismarck mengamalkan dasar yang berhati-hati dalam membuat persahabatan dengan lain-lain negeri di Eropah. Menjelang tahun 1882, Austria, Itali dan Jerman telah menjadi sekutu. Ini dipanggil Perikatan Bertiga. Dengan cara ini Bismarck berharap negeri-negeri lain tidak akan memulakan peperangan. Bismarck memerlukan keamanan di Eropah supaya dia boleh membina Jerman.


b) Dasar rerhadap gereja

Dalam masa pemerintahannya sebagai Canselor, Bismarck telah menghadapi masalah dengan Gereja Roman Kotalik di Jerman. Untuk memahami masalah ini kita perlu mengetahui latar belakangnya. Di Eropah sebelum kurun ke-l6, Paus sebagai pemimpin Gereja Roman Katolik adalah seorang yang sangat berkuasa. Hampir seluruh Eropah adalah di bawah kuasanya. Raja-raja di sana memberikan taat setia mereka kepada Paus. Oleh itu Gereja Roman Katolik mempunyai kuasa yang luas di Eropah. Beliau terlibat dalam hal ehwal politik semua negeri-negeri di Eropah. Paderi-paderi kerapkali menjadi penasihat kepada raja. Bagaimanapun selepas kurun ke-16 kuasa Paus mulai merosot. Satu perpecahan yang serius telah berlaku di kalangan orang-orang Kristian. Mazhab Protestant telah mencabar kuasa Paus. Lagipun banyak negara yang mahukan kebebasan dari kuasa Paus dan dengan itu mengurangkan kepentingan Gereja di negeri masing-masing. Bagaimanapun pengaruh Gereja tidak dapat diketepikan sama sekali.


Di Jerman paderi-paderi Roman Katolik mahu berkuasa semula. Paderi-paderi telah menyeru setengah-setengan jajahan di Jerman untuk menuntut lebih kebebasan dari Kaiser. Pada masa itu juga Paus mula mencuba untuk mempengaruhi Jerman dalam setengah-setengah hal ehwal politiknya. Ini mencemaskan Bismarck. Dia takuti kebangkitan semula Gereja akan memecahkan perpaduan negeri Jerman. Rakyat akan memberikan taat setia mereka kepada Paus dan tidak kepada negara Jerman dan Kaiser.


Untuk mencegah perkembangan semula kuasa Gereja, Bismarck telah memulakan satu pergerakan anti-Gereja yang dipanggil Kulturkampf, pada tahun 1872. Dia telah meluluskan beberapa siri undang-undang yang dipanggil Undang-undang May. Mengikut undang-undang ini semua sekolah agama Katolik adalah diletakkan di bawah kuasa negeri. Kerajaan mempunyai kuasa untu melantik pegawai-pegawai tinggi Gereja seperti Bishop dan lain-lain. Hanya orang-orang Jerman sahaja yang boleh memegang jawatan-jawatan dalam Gereja.


Bagaimanapun Bismarck tidak berjaya untuk menindas kuasa Gereja. Ramai orang tidak suka pada layanan dan dasar Bismarck terhadap paderi-paderi yang mereka sanjung itu. Akhirnya Bismarck sendiri terpaksa melonggarkan peraturan-peraturan berkenaan dengan gereja Katolik ini.


Pemecatan Bismarck

Bismarck telah bekerjasama rapat dengan Kaiser William I. Apabila William I mangkat, Kaiser yang baru ialah William II. William II percaya akan kuasa mutlak Kaiser. Lebih-lebih lagi baginda juga percaya akan hak ketuhanan raja. Ini bermakna raja mendapat kuasa mereka daripada Tuhan dan dengan itu dia tidak bertanggungjawab kepada sesiapa pun. Di bawah William I, Bismarck telah memegang banyak kuasa politik. William II merasa bahawa Bismarck telah menjadi lebih berkuasa daripada Kaiser sendiri. Pada tahun 1890 baginda telah memecat Bismarck. Pemecatan Bismarck ini telah diibaratkan sebagai “pengguguran pemandu”. Ini bermakna orang yang telah memandu negara Jerman ke arah kebesaran telah dipecat. Sungguhpun begitu nama Bismarck akan tetap dicatat dalam sejarah sebagai orang yang membentuk negara Jerman. Dan banyak negeri-negeri kecil yang berasingan, Bismarck telah berjaya membentuk sebuah negara yang bersatu. Dia telah membangkitkan perasaan megah dan nasionalisme di kalangan orang-orang Jerman melalui peperangan-peperangannya. Dia telah menjadikan Jerman sebuah negara yang kuat dari segi ekonorni dan ketenteraan. Kalau tidak kerana Bismarck mungkin Jerman masih lagi merupakan sebuah negara yang mengandungi negeri-negeri kecil yang longgar persekutuannya dan tidak mempunyai sifat atau pun keperibadian kenegaraannya sendiri.


Dalam masa pemerintahannya sebagai Canselor, Bismarck telah banyak mendapatkan tanah-tanah jajahan untuk Jerman iaitu di timur dan barat Afrika dan juga beberapa buah pulau di kawasan Pasifik. Di antara tanah jajahan Jerman di Afrika ialah Barat daya Afrika, Cameroon, Togo land dan Afrika Timur Jerman. Di kawasan Pasifik pula Jerman telah mendapat Kepulauan Marshall.


Bismarck telah memandu Jerman ke arah yang membolehkannya menjadi sebuah negeri yang terkemuka di Eropah. Bismarck meninggal dunia pada tahun 1898. Dia telah dilahirkan di Jerman yang mengandungi 39 buah negeri-negeri kecil. Apabila dia meninggal dunia Jerman telah menjadi sebuah negara yang mempunyai satu corak pemerintahan, sempadan yang tetap, satu perlembagaan, bahasa dan kebudayaan yang sama dan banyak lagi simbol lain yang melambangkan sebuah negara yang bersatu.


Artikel lain yang berkaitan Jerman
Sejarah Awal Jerman
Penyatuan Negara Jerman
Tentang Jerman dan Jepun

Jumaat, 28 Mac 2008

Penyatuan Negara Jerman

Otto Von Bismarck

Bismarck dilahirkan pada 1 April 1815 di Brandenburg, Prusia. Bapanya adalah seorang Junker, yang dalam Bahasa Jerman bermakna golongan bangsawan yang memiliki tanah. Pada masa dia berumur 17 tahun Bismarck telah pergi ke Berlin untuk mempelajari undang-undang dan sains politik. Setelah lulus sebagai seorang peguam, dia telah berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Prusia. Ia tidak gemar bekerja di situ, lalu meletakkan jawatannya. Kemudian dia telah menguruskan harta-harta bapanya.


Dalam tahun 1847, Bismarck telah dipilih menjadi wakil ke Parlimen. Parlimen ini yang digelar Diet Bersatu, telah dipanggil bersidang oleh Raja Frederick William IV kerana tekanan-tekanan dari golongan liberal yang menuntut supaya diberikan tempat di dalam pentadbiran kerajaan. Bagaimanapun Bismarck bukanlah seorang yang berfahaman liberal. Dia percaya bahawa kuasa mestilah berada di tangan raja. Sebenarnya pernah dikatakan bahawa Bismarck percaya kepada kuasa raja lebih dari raja itu sendiri. Pada peringkat ini dia telah membina satu lagi keyakinan yang kuat, iaitu Prusia harus menjadi pemimpin dalam menyatukan semua orang-orang Jerman.


Dalam masa ini Bismarck menjalankan dasar bermusuh dengan Austria. Austria sebagai sebuah negeri yang terbesar dalam Pergabungan Jerman telah menguasai negeri-negeri lain. Bismarck percaya bahawa pengaruh Austria atas negeri-negeri lain haruslah dihapuskan jika Jerman hendak disatukan di bawah Prusia. Pada tahun 1895 Bismarck telah dihantar ke Rusia sebagai Duta Prusia. Kemudian Bismarck ke Paris pula. Bagaimanapun keadaan di Prusia telah berubah, dan tidak lama selepas itu Bismarck telah menjadi Ketua Menteri Prusia.


Bismarck Menjadi Ketua Menteri Prusia

Prusia, sebagaimana yang telah kita baca telah pun mempunyai Parlimen pada masa pemerintahan Frederick William IV. Bagaimanapun Parlimen mempunyai kuasa yang terhad. Pada tahun 1861, seorang raja baru Prusia, William I telah menaiki takhta kerajaan. William I tidak percaya dengan demokrasi dan faham liberalisme. Baginda telah melantik menterinya sendiri. Pertelingkahan telah berlaku di antara Parlimen dengan raja. Pada tahun 1862, William I cuba meluluskan satu undang-undang bagi membesarkan lagi angkatan tentera Prusia. Parlimen enggan meluluskan perbelanjaan yang diperlukan bagi pembesaran angkata tentera. Satu suasana yang tegang telah wujud. William I telah memanggil balik Bismarck dari Paris dan melantiknya sebagai Ketua Menteri pada tahun 1862. William I sedar bahawa Bismarck adalah seorang yang percaya dalam kuasa raja dan oleh itu Bismarck tentu akan menerima pendapat-pendapatnya.


Sebagai Ketua Menteri, Bismarck tidak menghiraukan pendapat Parlimen. Apabila Parlimen sekali lagi enggan meluluskan perbelanjaan bagi rancangan-rancangan pembesaran angkatan tentera, dia telah pergi sendiri ke Perbendaharaan dan mengambil wang yang diperlukan.


Penyatuan Jerman oleh Bismarck

Bismarck adalah seorang yang tegas. Dia sedar bahawa negeri-negeri dalam Pergabungan Jerman tidak akan melepaskan dengan mudah kedaulatan mereka. Untuk menyatukan negeri-negeri ini dia terpaksa menggunakan kekerasan. Bismarck mengatakan bahawa Jerman hanya boleh disatukan dengan “darah dan besi” sahaja. Perhimpunan Frankfurt tahun 1848 telah cuba menyatukan Jerman dengan cara aman tetapi telah gagal. Bismarck mahu membentuk sebuah negara Jerman yang bersatu melalui dua peringkat. Pertama, Prusia terpaksa berperang menentang negara-negara yang menguasai beberapa buah negeri Jerman. Peringkat kedua ialah memperkuatkan negeri-negeri ini selepas ianya dibebaskan dari penguasaan asing. Ini melibatkan perubahan-perubahan ekonomi, politik dan sosial untuk menyatukan rakyat ke dalam sebuah negara yang mempunyai identiti kebangsaan.


Dalam peringkat pertama, dan tahun 1864 hingga 1870, Bismarck telah berperang sebanyak tiga kali. Ini adalah untuk menentang Denmark, Austria dan Peranchis. Sebelum Bismarck melancarkan peperangan, dia memperkuatkan angkatan tenteranya terlebih dahulu. Askar-askamya dilatih dengan cukup dan dilengkapkan dengan senjata-senjata yang termoden. Tentera Prusia adalah yang paling baik di Eropah pada masa itu. Bismarck adalah seorang yang bijak. Dia tidak berperang dengan ketiga-tiga negeri tersebut pada masa yang sama, tetapi satu persatu. Apabila dia melancarkan peperangan dengan sesebuah negeri, dia terlebih dahulu menentukan, dengan cara diplomasi yang bijak, bahawa negeri-negeri lain tidak akan bersatu menentangnya.


Peperangan dengan Denmark

Peperangan dengan Denmark adalah berhubung dengan dua buah negeri, Holstein dan Schleswig. Raja Denmark mempunyai kuasa ke atas negeri-negeri itu. Pada tahun1864, seorang raja baru Denmark telah cuba menyatukan negeri-negeri ini dengan Denmark. Bismarck selama ini telah mempunyai rancangan untuk menyatukan kedua-dua negeri ini dengan Jerman. Pada tahun 1864, Bismarck telah mengisytiharkan peperangan dengan Denmark. Bagaimanapun Bismarck bimbang jika Austria akan merasa curiga akan cita-citanya. Oleh itu Bismarck telah mengajak Austria, dengan cara diplomasi yang bijak, supaya bersama-sama dengan Prusia menentang Denmark. Denmark dengan mudah telah dapat dikalahkan. Prusia telah mengambil Schleswig dan memberikan Holstein kepada Austria. Ini adalah kejayaan tentera Bismarck yang pertama ke arah penyatuan negeri-negeri Jerman. Bismarck kemudian telah berpaling tadah untuk menentang Austria.


Peperangan Menentang Austria

Austria telah menguasai banyak jajahan Jerman. Bismarck berpendapat bahawa untuk menyatukan Jerman, Austria mesti dikalahkan dan kuasanya dikurangkan. Bismarck telah memberikan perhatian yang lebih dalam peperangan menentang Austria. Dia bimbang jika negara-negara lain akan membantu Austria. Bismarck telah menandatangani satu perjanjian dengan Rusia. Dia kemudian telah berjumpa dengan pemimpin Peranchis, Napoleon III. Sekali lagi dengan cara diplomasi yang bijak, Napoleon III telah dapat dipujuk supaya tidak akan campur tangan jika berlaku peperangan di antara Prusia dan Austria. Sebenarnya Bismarck telah memberitahu Napoleon III bahawa Peranchis boleh mengharapkan untuk mendapat pampasan jika Austria dapat dikalahkan. Napoleon III sedikit pun tidak sedar bahawa Peranchis akan menjadi sasaran Bismarck seterusnya. Bismarck juga telah berjaya menarik Itali supaya menyokongnya. Dia telah menjanjikan kepada Itali, jika mereka menang dalam peperangan menentang Austria, dia akan memaksa Austria untuk melepaskan beberapa jajahannya kepada Itali. Dengan cara ini Bismarck telah berjaya memencilkan Austria.


Setelah itu Bismarck telah bersiap sedia untuk berperang dengan Austria. Apa yang diperlukan sekarang iaiah satu helah untuk memulakan peperangan. Bismarck telah menuduh Austria memberi layanan yang buruk terhadap orang-orang Jerman di Austria. Bismarck kemudian telah mengarahkan tentera Prusia memasuki jajahan Holstein yang sebenarnya telah diberikan kepada Austria selepas peperangan dengan Denmark. Ini membawa kepada peperangan besar-besaran di antara Prusia dengan Austria pada tahun 1866. Tentera Prusia adalah lebih kuat. Tenteranya dilengkapi dengan senjata yang dipanggil “senapang jarum” yang boleh menembak enam kali lebih cepat dari senjata-senjata tentera Austria. Peperangan ini dikenali sebagai Perang Tujuh Minggu. Ini disebabkan peperangan ini mengambil masa selama tujuh minggu. Austria telah dikalahkan di Sadowa dan Perjanjian Prague telah ditandatangani.


Dengan perjanjian ini Austria telah melucutkan tuntutannya ke atas Holstein dan memberikannya kepada Prusia. Austria juga telah menyerahkan Venetia kepada Itali. Kedudukan Prusia di Jerman Utara telah diperkukuhkan. Dasar “darah dan besi” Bismarck telah berjaya dengan cemerlangnya. Menjelang tahun 1866 Bismarck telah menyatukan 2/3 dari negerii Jerman dan 2/3 dari jumlah orang-orang Jerman.


Tetapi negeri-negeri Jerman di selatan masih lagi di luar pengaruh Bismarck. Peranchis mempunyai rancangan untuk meluaskan pengaruhnya di negeri-negeri ini terutamanya di Bavaria, Wurtemberg, Raden dan Hesse. Peperangan Bismarck yang terakhir untuk penyatuan Jerman ialah menentang Peranchis.


Peperangan Menentang Peranchis

Napoleon III di Peranchis, memandang dengan cemas akan perkembangan kuasa Prusia di Eropah. Baginda telah berharap untuk mendapat jajahan-jajahan di selatan Jerman sebagai hadiah kerana kerjasama Peranchis dengan tidak campur tangan dalam Perang Prusia-Austria pada tahun 1866. Bagaimanapun Bismarck dengan cepat telah menandatangani perjanjian dengan negeri-negeri Jerman Selatan dan membawa mereka masuk Prusia. Bismarck telah berjaya mendapatkan negeri-negeri ini melalui tipu helahnya. Peranchis telah menulis surat kepada Bismarck menuntut supaya ia diberikan negeri-negeri Jerman Selatan sebagai hadiah bagi kerjasamanya pada tahun 1866. Bismarck telah menunjukkan surat itu kepada pemimpin-pemimpin negeri-negeri Jerman Selatan. Negeri-negeri ini dengan cepat telah bergabung dengan Bismarck.


Bismarck mahukan peperangan dengan Peranchis untuk menyempurnakan penyatuan semua negeri-negeri Jerman. Peperangan-peperangan Bismarck menentang Austria dan Denmark telah membangkitkan semangat nasionalisme di Jerman. Orang-orang Jerman berasa megah dengan negeri Jerman. Bismarck telah menjadi juara nasionalis Prusia.


Bismarck
telah melancarkan perang ke atas Peranchis pada bulan Julai 1870. Seperti dahulu, melalui perjanjian-perjanjian rahsia, Bismarck telah berjaya memastikan yang lain-lain negara di Eropah tidak akan menolong Peranchis. Peranchis telah dikalahkan oleh Prusia pada bulan Julai 1871. Peranchis terpaksa menandatangani Penjanjian Frankfurt dalam tahun 1871. Dengan penjanjian ini Peranchis telah terpaksa melepaskan Alsace dan Lorraine, kawasan lombong arang batu yang kaya di Jerman. Lebih dari itu Peranchis juga terpaksa membayar lebih kurang 3 ribu juta ringgit sebagai ganti rugi perang kepada Prusia.


Jerman telah Disatukan

Selepas Peranchis dikalahkan, Bismarck telah mendesak negeri-negeri Jerman yang lain supaya bersatu di bawah Prusia. Kesemua 39 buah negeri telah bersatu kecuali Austria yang tinggal sebagai sebuah negeri yang berasingan. Jerman yang telah diperintah oleh berbagai raja, putera dan duke telah disatukan dibawah seorang raja. Pada 18 Januari 1871, di Istana Versailles yang terkenal di Peranchis, semua putera-putera Jerman telah berkumpul dan mengakui William I sebagai Maharaja Jerman. Baginda telah diberi gelaran “Kaiser”, yang dalam Bahasa Jerman bermakna “raja yang tertinggi”.


Sebagai hadiah kepada sumbangannya, Bismarck telah dianugerahkan martabat seorang putera, dan dilantik sebagai Canselor negara baru itu. Canselor adalah satu jawatan seperti Perdana Menteri. Jerman telah disatukan secara fizikal sahaja. Selepas tahun 1871, Bismarck telah melancarkan peringkat kedua rancangan penyatuan Jerman iaitu mengubahkan keadaan dalam negeri dan menyatukan rakyat Jerman supaya menjadi sebuah negara yang bersatu padu. Ini telah dilakukan melalui berbagai perubahan perlembagaan, ekonomi dan sosial. Selepas tahun 1871, Bismarck hanya berminat dalam pembangunan negara, bukan lagi dalam peperangan. Satu dari tugas-tugas pertama Bismarck ialah untuk mempunyai satu perlembagaan umum bagi seluruh negara Jerman.


Lagi artikel berkaitan Jerman
Sejarah Awal Jerman
Pembentukan Jerman Moden
Tentang Jerman dan Jepun

Sejarah Awal Jerman

Bagi pengunjung blog yang ingin mengetahui Sejarah negara Jerman, disini saya sertakan satu artikel berkaitan kewujudan sebuah negara Jerman yang sememangnya merupakan sebuah negara yang sudah menunjukkan kekuatan dan ketekunan rakyat dan pemimpinnya sejak dari dulu lagi. Artikel-artikel ini akan dibahagikan 3 bahagian iaitu :


Sesebuah negara mempunyai ciri-ciri tertentu seperti sempadan, perlembagaan, bahasa yang seragam, ideologi dan kebudayaannya sendiri. Ciri-ciri ini tidak wujud dengan sendirinya. Sesebuah negara adalah dibentuk dan diwujudkan oleh rakyat dan pemimpin-pemimpin mereka. Pembentukan negara Jerman adalah sebagai satu contoh. Jerman sekarang adalah sebuah negara yang bersatu dan mempunyai banyak ciri-ciri kenegaraan. Jerman bukan merupakan sebuah negara yang bersatu hinggalah lebih kurang 100 tahun yang lalu. Pembentukan Jerman sebagai sebuah negara yang bersatu adalah hasil usaha Bismarck, seorang pemimpin Jerman.

Sejarah awal negara Jerman

Sebenarnya, negara-negara mula dibentuk dalam kurun ke-17. Negara-negara di Eropah mempunyai sempadan tertentu, raja-raja dan semangat nasionalisme yang ditunjukkan oleh rakyat. Bagaimanapun negara Jerman seperti yang kita kenali sekarang ini belum lagi wujud pada masa itu. Sebelum kurun ke-l9 Jerman mempunyai lebih kurang 360 buah negeri kecil. Tiap-tiap negeri membentuk kerajaannya sendiri dan negeri-negeri ini diperintah sebagai sebuah negeri yang bebas.


Bagaimanapun keadaan ini mula berubah pada permulaan kurun ke-l9. Seluruh Eropah telah ditakluk oleh Peranchis. Seorang pemimpin tentera telah menjadi pemimpin Peranchis pada tahun 1804. Dia ialah Napoleon Bonaparte. Jerman telah ditakluki dan diduduki oleh tentera Peranchis. Dalam masa pendudukan Peranchis, Napoleon telah menyusun semula struktur negeri Jerman. Ia telah mengurangkan bilangan negeri-negeri di Jerman dengan mencantumkan negeri-negeri yang kecil. Bagaimanapun permerintahan Napoleon di Jerman tidaklah lama. Ia telah dikalahkan oleh satu pakatan negara-negara Eropah pada tahun 1815. Selepas itu pemimpin-pemimpin di Eropah telah mengadakan satu persidangan dinamakan Kongres Vienna.


Kongres Vienha 1815

Dalam masa pemerintahannya di Eropah, Napoleon telah menurunkan raja-raja dan takhta mereka dan juga mengubah sempadan negeri-negeri Eropah. Tujuan Kongres Vienna ini ialah untuk mengembalikan semula kedudukan sempadan kepada asalnya iaitu seperti sebelum penaklukan Napoleon. Takhta-takhta kerajaan telah juga dikembalikan kepada raja-raja yang berhak dan sempadannya juga telah dikembalikan seperti dahulu. Bagaimanapun keadaan di Jerman tidaklah kembali seperti sediakala. Bilangan negeri-negeri telah dikurangkan. Jerman telah dibahagikan kepada 39 buah negeri. Negeri-negeri ini telah dipanggil Pergabungan Negara Jerman. Ia adalah sebuah persekutuan yang terdiri dari semua negeri-negeri kecil itu.


Bagaimanapun anda tidak boleh menganggap ini sebagai satu persekutuan seperti negara kita hari ini. Persekutuan Malaysia mempunyai satu kerajaan pusat yang kuat. Pergabungan Jerman adalah longgar. Tiap-tiap negeri mempunyai raja, putera atau Duke mereka sendiri. Negeri-negeri ini mengekalkan kedaulatan mereka. Daripada 39 buah negeri ini, yang terbesar ialah Prussia dan Austria. Lain-lainnya ialah termasuk Bavaria, Hanover, Wurtemberg dan Saxony. Di antara semua negeri ini Austria yang terkenal sekali, dan oleh itu pemimpin Austria telah dijadikan ketua Pergabungan Negara Jerman itu.Di negara-negara Eropah, bentuk pemerintahannya ialah pemerintahan raja-raja mutlak. Pada tahun 1848, beberapa pemberontakan telah berlaku di seluruh Eropah. Rakyat menuntut kebebasan yang lebih dari raja-raja mereka. Jerman juga turut terlibat.


Pemberontakan 1848 di Jerman

Di kebanyakan negeri-negeri Jerman, pemimpin-pemimpin tempatan telah menuntut kebebasan akhbar dan bercakap, serta satu bentuk perlembagaan dari raja-raja mereka. Selama daripada tuntutan-tuntutan untuk kebebasan, pemberontakan tahun 1848 di Jerman mempunyai satu ciri yang lain. Ramai orang, terutamanya dari kalangan peniaga-peniaga, mahukan semua negeri-negeri di Jerman disatukan. Peniaga-peniaga ini berpendapat bahawa jika negeri-negeri ini disatukan, ekonomi negara akan maju dengan lebih pesat lagi. Lebih kurang 500 orang pemimpin tempatan dari semua negeri di Jerman telah bersidang di Frankfurt pada bulan Mei 1848. Tujuan mereka ialah untuk membentuk satu perlembagaan bagi sebuah negara Jerman yang baru dan bersatu.


Bagaimanapun pertelingkahan mula berlaku mengenai beberapa perkara. Siapakah yang akan menjadi raja? Patutkah Austria dimasukkan ke dalam negara baru ini? Masalah-masalah ini tidak dapat diselesaikan dan akhirnya Perhimpunan Frankfurt tidak mencapai sebarang hasil pun. Ini adalah pecubaan pertama untuk menyatukan Jerman. Penyatuan Jerman akhirnya telah diusahakan oleh sebuah negeri, iaitu Prusia.

Prussia

Prussia adalah salah sebuah dari 39 buah negeri dalam Pergabungan Jerman. Dalam kurun ke-17 Prussia sendiri adalah terdiri dari beberapa buah negeri kecil. Negeri-negeri ini telah disatukan oleh seorang Prusia, Frederick William, di antara tahun 1640 dan 1688. Anaknya telah mengambil gelaran Frederick I dan menjadi raja Prusia dengan rasminya pada tahun 1701. Salah seorang dari pemimpin Prusia yang terkenal ialah Frederick II yang memerintah dari tahun 1740 hingga 1786. Ia juga dikenali sebagai Frederick Yang Gagah. Ia telah menjadikan Prusia sebagai sebuah negeri yang kuat dan terkenal, jika dibandingkan dengan lain-lain negeri di Jerman. Ia telah menubuhkan sebuah angkatan tentera yang kuat, berdisiplin dan lengkap. Angkatan tenteranya adalah


Prussia
yang paling lengkap di Eropah pada masa itu. Frederick Yang Gagah telah meluaskan jajahan Prussia. Bagaimanapun ia tidak dapat menyatukan negara Jerman. Penyatuan hanya berlaku lebih kurang 100 tahun setelah Frederick meninggal dunia. Orang yang bertanggungjawab menyatukan Jerman ialah Otto Von Bismarck.


Lagi artikel berkaitan Jerman
Penyatuan Negara Jerman
Pembentukan Jerman Moden
Tentang Jerman dan Jepun

Khamis, 27 Mac 2008

Temuduga Tertutup

Saya tertarik dengan perumpamaan ini yang diajukan oleh satu blog yang saya jumpa. Sama-sama kita fikirkan agar kita dapat bersedia lebih awal sebelum menghadiri temuduga ini. Semoga kita berjaya dalam temuduga ini bila tiba masanya kelak dan menjadi kakitangan yang menghuni di syurga.

TEMUDUGA TERTUTUP

AMARAN: Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

Selasa, 25 Mac 2008

Sambutan Hari Polis Ke-201

Selamat Hari Polis diucapkan kepada semua warga PDRM di seluruh negara. Dengan pengenalan cogankata baru Adil, Tegas dan Berhemah menggantikan cogankata lama Mesra, Cepat dan Betul sudah pastinya akan dapat meningkatkan lagi prestasi dan memperbaiki peranan polis negara kita yang selama ini dilihat seolah-olah berpihak kepada golongan tertentu sahaja. Sebagai anak kepada bekas anggota polis, saya memahami akan tugas dan tanggungjawab yang berat dipikul oleh seseorang anggota polis yang memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan dalam menghadapi tindakan provokosi oleh pihak-pihak yang tak berpuas hati dan cubaan mempengaruhi tindakan polis oleh pihak-pihak yang cuba melindungi kesalahan mereka.


Adil, Tegas dan Berhemah

Cogankata sebelum ini dilihat terlalu mesra terhadap pihak yang mengampu dan berusaha menyembunyikan kesalahan mereka dengan menuding pada orang lain untuk diambil tindakan undang-undang dan siasatan. Kemesraan ini menjadikan pihak polis bertindak dengan cepat dengan cara yang dianggap betul pada perkiraan mereka berdasarkan apa yang dilaporkan. Sehinggakan kadang-kadang tindakan yang diambil oleh polis tidak begitu mesra terhadap rakyat awam berbanding dengan pihak-pihak yang ada kepentingan. Sememangnya cogankata ini tidak lagi sesuai memandangkan apa yang telah berlaku selama ini telah mencemarkan nama baik PDRM.


Cogankata baru pula kelihatannya lebih sesuai lagi kerana ia tidaklah terlalu lemah lembut seperti perkataan mesra yang melambangkan mudah diperalat jika pihak yang cuba memperalat menggunakan pendekatan yang mesra juga untuk mempengaruhi polis. Sebaliknya perkataan adil lebih bermaksud tidak kira siapa saja maka tindakan tegas akan diambil sama ada mereka itu golongan politik atau orang biasa. Polis tak akan terpengaruh dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh mana-mana pihak sebagai satu strategi mengampu dan membodek supaya lepas dari tindakan dan siasatan. Jika mereka melakukan kesalahan maka tindakan yang tegas tetap diambil bagi mencerminkan keadilan dilaksana sama rata tak kira pangkat atau darjat.


Berhemah tentunya dalam setiap tindakan yang diambil tidak dilakukan secara terburu-buru. Kita lihat apa yang berlaku sebelum ini disebabkan terlalu mesra dengan media massa maka segala rahsia dan pendedahan untuk menangkap penjenayah yang menculik kanak-kanak dapat memberi maklumat terkini kepada penculik tersebut tentang perkembangan kes penculikan itu melalui media massa dan memberi jalan mudah untuknya memboloskan diri atau bertindak balas terhadap sebarang maklumat yang dia ketahui itu. Bukan polis yang cepat menangkap penculik itu sebaliknya penjenayah itu yang cepat melarikan diri dan bertindak sesuatu yang tak diingini oleh pihak polis sendiri dan masyarakat umum.


Penjenayah sudah tahu apa yang akan dilakukan oleh pihak polis melalui pendedahan media dan pastinya ini bukan satu tindakan yang berhemah. Berhemah bermaksud mempunyai kebijaksanaan dan pekerti yang tinggi sehingga mampu melahirkan anggota polis yang dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang dan berkesan.


Intergriti Amalan Kita


Cogankata ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan lencana Intergriti Amalan Kita menggantikan Saya Anti Rasuah. Lencana lama tidak sesuai langsung seolah-olah pihak polis sebelum itu memang banyak mengamalkan rasuah dan mudah dirasuah. Maka ke mana-mana pun dengan lencana Saya Anti Rasuah saya lihat sangat janggal sekali dan kejanggalan saya dengan penggunaan lencana itu dipendam dalam hati saja. Sehingga hari ini barulah saya luahkan bahawa lencana Saya Anti Rasuah tidak mampu menaikkan profesionalisme seseorang anggota polis dalam menjalankan tugasnya kerana sentiasa saja dilihat oleh masyarakat yang beranggapan polis memang mudah dirasuah maka lencana Saya Anti Rasuah dipakai supaya orang awam tak boleh beri rasuah. Kalau saya yang pakai lencana itu, memang rasa malu kalau dianggap orang awam mudah dirasuah tapi kalau terpaksa apa boleh buat, pakai sajalah. Sebagai orang awam sekarang ini pun saya beranggapan polis yang pakai lencana itu mudah dirasuah. (Maaf kepada anggota-anggota polis yang terbaca artikel ni, namun inilah pandangan saya sebagai orang awam terhadap pemakai lencana itu).


Berbeza dengan lencana baru Intergriti Amalan Kita mencakupi semua amalan-amalan mulia termasuk tidak mau menerima rasuah. Pastinya seseorang anggota polis itu lebih berkeyakinan dengan lencana tersebut apatah lagi bentuk lencananya yang lebih simbolik berbanding sebelum ini hanya berbentuk bulat berhuruf merah dengan latarbelakang warna putih. Berkeyakinan kerana perkataan intergriti itu sudah cukup memberi ertikata yang sangat mulia dan menyeluruh dalam menerapkan nilai-nilai profesionalime seseorang anggota polis. Saya tabik pada polis yang pakai lencana baru ini, memang ada nilai-nilai intergriti dalam diri anggota polis tersebut kerana lencana tu kata amalan mereka. Jadi, saya kena tabik dan hormatlah pada mereka lepas ni. Mereka tidak mudah dirasuah lagi. Semoga lencana ini dapat meyakinkan setiap anggota polis untuk mengamalkan intergriti dalam menjalankan tugas mereka.


Syabas diucapkan kepada PDRM diatas pembaharuan yang telah dibuat ini, sekaligus ia mampu membersihkan nama baik polis dan mempertingkatkan lagi martabat PDRM amnya dan seseorang anggota polis khususnya dikalangan masyarakat. Semoga pada masa hadapan jangan terlalu mudah mesra dengan pihak-pihak yang hendak mengambil kesempatan atas kemesraan polis. Tidak kira siapa, pihak polis mesti bertindak tegas dan mengambil tindakan yang berhemah dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks pada hari ini. Apatah lagi kini terdapat 4 negeri yang tidak lagi diterajui oleh golongan politik yang sama dan segala tindak-tanduk pihak yang dulunya merupakan pentadbir kini menjadi pembangkang pastinya tidak terduga. Ini pastinya akan menguji kredibiliti polis untuk bertindak tanpa pilih kasih sekiranya mereka melakukan perkara yang sama seperti pihak yang sebelumnya.


ADIL, TEGAS DAN BERHEMAH….Intergriti Amalan Kita

Isnin, 24 Mac 2008

Rasulullah Sari Teladan

Mampukah penguasa jadikan Rasulullah sari teladan mereka?

Ali Bukhari Amir

Latta dan Uzza, menurut satu riwayat adalah sosok manusia agung di zamannya yang mungkin taraf mereka diumpamakan Stalin di Rusia, Mao di China atau Mustaffa Kamal di Turki. Boleh jadi Latta dan Uzza adalah manusia terbaik di zaman mereka di mana hal 'terbaik' dan 'kebaikan' itu adalah menurut tafsiran masyarakat pada ketika itu.

Mungkinkah Latta dan Uzza adalah pendeta, cendekiawan yang soleh atau mereka adalah pemimpin masyarakat Arab yang dihormati kabilah-kabilah? Ini kerana, masyarakat Arab tak akan boleh bersatu kerana wujudnya semangat berpuak-puak yang menebal.

Masing-masing puak ada pemimpinnya yang tersendiri. Mereka tentu memuji pimpinan mereka sebagai jaguh terhebat, manusia terulung dan mungkin mengeji pimpinan kabilah yang lain. Atau, mungkinkah mereka adalah pendeta yang diterima oleh semua kabilah?

Oleh itu, mustahil juga seseorang ahli kabilah boleh menerima dan mengagung-agungkan pemimpin daripada kabilah lain. Hal ini boleh dilihat daripada peristiwa empat pemimpin kabulah yang berebut-rebut ingin meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya setelah banjir besar. Menurut suatu riwayat, hal itu berlaku ketika usia Nabi Muhammad 35 tahun.

Diringkaskan cerita, hal itu dapat diselesaikan oleh baginda di mana pada akhirnya setiap pemimpin kabilah itu bersetuju apabila baginda sendiri meletakkan batu tersebut. Ketua-ketua kabilah itu diraikan baginda dengan memegang keempat-empat bucu kain apabila mengalas batu tersebut ke tempat asalnya.

Ertinya, ketika baginda belum diangkat sebagai rasul lagi, ciri-ciri kepimpinan terserlah dalam kalangan para pemimpin kabilah Arab sendiri! Jika pimpinan kabilah sendiri telah hormatkan baginda, apatah lagi ahli-ahli kabilah biasa itu.

Pemimpin parti tidak diterima ahli parti lain

Ciri-ciri kepimpinan sebegini sukar ditemukan pada watak pemimpin hari ini. Obama itu dihormati oleh pengikutnya saja dan pengikut Hillary tidak menerima kepimpinan Obama kerana perbezaan warna kulit.

Hal ini terjadi antara pemimpin parti dalam Malaysia juga kalau kita mampu melihatnya. Malah, ada pemimpin parti yang ditolak pengikutnya sendiri. Tapi, hal ini tidaklah dapat dilakukan kerana pengikutnya sudah takut kerana sering ditakut-takutkan oleh pimpinan.

Ringkasnya, pemimpin sejati diterima semua pihak sebagai Nabi Muhammad dan semua pemimpin Arab purba yang berwibawa sebelum itu.

Jika Latta dan Uzza bukanlah pendeta, sebaliknya pemimpin Arab purba, ertinya mereka ini benar-benar pemimpin hebat kerana 'jasad' mereka dalam binaan berhala telah diletak di sisi Kaabah. Jika hipotesis itu dapat diguna buat sementara waktu maka Latta dan Uzza ada persamaan dengan Nabi Muhammad daripada segi kepimpinan kerana kerana potensi kepimpinan mereka telah diterima oleh kebanyakan masyarakat Arab terdahulu.

Atau, Latta dan Uzza bukan saja politikus siasah, malah politikus berjiwa pendeta. Maka, sebab itulah kepimpinan mereka berdua diterima kebanyakan masyarakat Arab purba. Ini semua adalah andaian-andaian yang mungkin boleh dibedahsiasat semula.

Dalam suatu kuliah yang pernah saya dengar daripada Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, beliau menyatakan bahawa kedudukan berhala dalam kepercayaan masyarakat Arab tidaklah sama dengan kedudukan berhala dalam kepercayaan Rom, Yunani dan bangsa lain.

Ini kerana, semua berhala yang disembah seperti Zeus, Hercules, Amon Ra dalam bangsa dan tamadun Yunani, Greek, Rom, Mesir itu telah diangkat sebagai dewa-dewa dan kisah kehidupan dewa-dewa ini diriwayatkan dalam bentuk peperangan dan kisah cinta.

Tetapi, tidak ditemukan hikayat, catitan dan dokumen yang menunjukkan berhala-berhala di Kaabah adalah masyarakat dewa-dewa kayangan yang hadir bersamanya kisah mereka sepertimana yang wujud dalam tamadun Yunani, Rom dan lain-lain peradaban itu.

Kesimpulannya, Latta dan Uzza adalah manusia biasa yang dihormati sebagai pemimpin, atau, mungkin pendeta, atau politikus berjiwa pendeta yang akhirnya diterima masyarakat Arab seluruhnya. Ciri-ciri kepimpinan seperti inilah yang juga wujud pada diri Rasulullah s.a.w dan jarang-jarang ada pada pemimpin hari ini.

Dan, akhirnya tubuh dan wajah mereka diabadikan sebagai patung replika. Wajah mereka pun diukir dan dipahat sebagai lambang idola, sembahan ikutan zaman-berzaman. Hal ini berlaku selepas berlalunya suatu tempoh pemerintahan sebuah masyarakat daripada suatu generasi ke generasi. Kepercayaan mula diwariskan secara turun-temurun.

Dalam tempoh kesesatan itu, banyak benar amalan khurafat yang muncul kerana syaitan berperanan dalam menghias tindakan mereka, hinggakan amalan jelek diperlihatkan syaitan sebagai suatu yang indah. Tiada seorang nabi diangkat bagi mengeluarkan mereka daripada lembah kesesatan itu.

Baginda berdepan dengan semua berhala yang masih tertegak di keliling Kaabah. Melihat hal ini baginda tiada kekuatan merobohkan berhala lalu baginda berkhalwat di Gua Hira' sehinggalah dilantik sebagai rasul dan pemimpin bagi semua mereka yang beriman.

Ketika dilantik sebagai rasul, bukanlah sifat kepimpinan baginda tertolak, sebaliknya dakwah baginda itulah yang dicerca dengan menyifatkannya sebagai gila, ahli sihir serta pemecahbelah antara penduduk kota yang telah terbiasa dengan amalan khurafat itu.

Sari teladan pemerintahan baginda, penguasa kita tidak ikut

Tapi di bawah baginda itulah juga terhimpunnya Muslimin daripada kabilah-kabilah Bani Hashim, Bani 'Adi, Bani Tamim dan segala suku kaum lain. Pada saat ini, hal pemisahan itu tidak lagi bersifat perkauman, sebaliknya batas sempadannya ialah iman dan kufur.

Marilah sama-sama kita merenung pula kepada pola pemikiran umum pada hari ini. Iaitu, ketika media, akhbar mempromosikan Maulidur Rasul sebagai suatu slogan di mana pada slogan itu terhimpun segala seruan yang baik tentang baginda, apakah kita dengar slogan yang meminta para pemerintah kita meniru gaya pemerintahan Rasulullah s.a.w?

Kenapakah media cuma asyik menyeru suami agar menjadi suami mithali yang memasak, mencuci baju sendiri dan menyidainya sebagai satu cara meniru akhlak nabi? Kenapakah rakyat masih berkata: "Saya ikut sunnah nabi segi amalan pemakanan, iaitu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang."

Kaum wanita pula ketika ditanya mengenai calon suami, akan berkata: "Kita mahu calon suami yang memiliki kejujuran seperti Rasulullah s.a.w."

Rakyat kita melihat sosok agung Nabi Muhammad s.a.w sebagai suami yang penyayang, berjiwa romantis, atau ayah yang baik. Semua ini adalah satu juzuk terpencil dan terkecil dalam kehidupan. Walhal, Rasulullah s.a.w dibangkitkan sebagai rahmat seluruh alam.

Jika media tidak dapat dan tidak mampu memainkan peranan yang sihat melaungkan slogan bahawa Rasulullah s.a.w adalah pemimpin yang terbaik, maka rakyat yang sedar perlulah memainkan peranan ini dengan sebaik-baiknya.

Sungguh menyedihkan apabila media sebagai lidah pemerintah menasihat rakyat supaya mencontohi baginda dan menjadikan baginda sebagai sari pati teladan yang baik, walhal mereka (penguasa) sendirilah yang perlu terlebih dulu meletakkan Rasulullah sebagai contoh ikutan dalam menjalankan pentadbiran.

Adakah pentadbiran rasuah itu contoh daripada Rasulullah? Adakah sikap berat sebelah itu menjadi lambang amalan baginda dalam pemerintahannya?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Jika Fatimah, anakku sendiri yang mencuri, nescaya aku sendiri yang memotong tangannya."

Kenapakah menteri-menteri bermasalah masih boleh diterima memegang jawatan? Ini semua adalah amalan berat sebelah ketika penguasa hadhari melaungkan slogan anti rasuahnya dan seruan cemerlang, gemilang dan terbilang itu.

Siapa yang mampu bersabar ketika kepalanya ditaburi najis unta dan dia sedikit pun tidak melawan? Itulah Rasulullah dan Fatimah pun berlinangan air mata tatkala membersihkan kekotoran itu. Hingga kini insan yang paling banyak dihina ialah baginda dalam karikatur di dalam akhbar Denmark. Walhal, inilah insan yang paling rapat dengan Allah s.w.t.

Hari ini, jika ada rakyat berdemonstrasi guna menegur dan menasihat pemerintahnya agar kembali kepada pemerintahan yang adil melalui amalan pilihan raya yang bersih, adakah rakyat akan selamat? Sekali-kali tidak. Walhal baginda itu adalah rahmat ke seluruh alam dan tidak membalas perbuatan manusia yang jahil itu.

Jadi, bilakah waktunya penguasa pula mahu mencontohi amalan pemerintahan Rasulullah itu. Tidaklah adil jika rakyat saja yang diseru mencontohi baginda sedangkan penguasa tidak mahu menjadikan Rasulullah sebagai sari teladan dalam pemerintahan.

Pemimpin yang adil, rakyat sanggup mati kerananya

Kenapa manusia seperti Bilal bin Rabah sanggup bermatian untuk Islam dan Rasulullah? Pertama, Bilal adalah hamba yang tertindas dan mencari jalan keluar daripada penindasan ini. Dia tak tahu bagaimana mahu keluar dan siapa yang dapat memimpinnya keluar dari garis batasan dan sempadan antara wilayah perhambaan dan kemerdekaan.

Di celah-celah kegilaan edan itu datangnya sosok agung lagi mulia. Lidah percakapannya sentiasa benar dan membenarkan, pada dirinya sifar pendustaan. Jika dia bercakap, tidak ada yang akan terpedaya, sebaliknya ucapannya bagaikan air dingin yang menyenangkan dan menenangkan hati yang panas bergolak.

Bilal sanggup mati dan rela mempertaruhkan nyawanya sendiri dmi kemerdekaan kerana beliau sudah melihat jalan keluar daripada sistem penindasan ini dan beliau yakin bahawa Muhammad bin Abdullah itulah sosok yang benar dipercayai sebagai pemimpin berjiwa pembela.

Uwais al-Qarni seorang Tabiin sanggup mematahkan giginya sendiri apabila didengarnya Rasulullah telah patah giginya di medan perang. Uwais bertindak demikian lantaran ingin mengetahui bagaimana rasanya kesakitan yang dialami Rasulullah pada ketika itu.

Pada mereka, biar terluka batang tubuh mereka, jangan terluka sedikit pun batang tubuh Rasulullah s.a.w. Kasih sayang yang terbina itu adalah dengan sebab pengorbanan yang ditunjukkan oleh baginda sendiri. Baginda sedia disakiti tetapi tidak sanggup menyakiti.

Tetapi, pemerintah hari ini, sekali disinggung dan disakiti hatinya melalui ceramah dan penulisan di dada akhbar, penjara tahunan masa dan hukuman ISA itulah yang terpaksa diterima rakyatnya sendiri. Sejengkal dosa rakyat, sedepa pula hukuman penguasa.

Lihatlah, jubah serta serban putih bertukar warna merah darah ketika baginda berdakwah ke Taif kerana baginda disambut dengan lemparan batu-batu. Malah, ketika ditawarkan oleh malaikat untuk membalas kembali perbuatan itu, baginda menolak.

Sebaliknya, baginda yang sedang kesakitan kerana dilempar batu itu mendoakan kesejahteraan mereka dan berharap daripada keturunan mereka itu akan lahir zuriat yang akan menerima ajaran Islam. Penguasa yang terbaik adalah mereka yang mendoakan rakyatnya dan rakyatnya mendoakan penguasa. Penguasa hari ini, sedikit saja ditegur, rakyatnya langsung dibelasah tanpa belas kasihan.

Adakah doa selamat kepada penguasa terapung di langit saat belantan FRU menghempap kepala dan membelasah demonstran dengan bonus simbahan water canon dan desiran asap berpuaka molotov? Bukan doa syeikh� tetapi kutukan berbisa! Ini doa rakyat yang dizalimi dan jeritan doa ratusan ribu pendokong Bersih yang mendoakan kejatuhan BN.

Doa mereka yang sarat dengan kutukan itu telah termakbul kini dan tiada hijab apa-apa lagi antara orang yang dizalimi. Siapa yang menangis, meraung ketika BN kalah? Mana ada? Yang ada, fenomena rakyat melompat suka dan kenduri kesyukuran 40 hari seantero negeri! Semua bertakbir, bertasbih dan bertahmid bersama malaikat di langit tertinggi!

Rakyat tidak kasihan kepada BN sepertimana para sahabat sanggup bermati-matian mempertahankan batang tubuh Rasulullah s.a.w itu.

Tiba masanya rakyat balas dendam

Pemerintah hari ini perlu bermuhasabah selepas pilihan raya, kalau mereka diancam apa-apa, adakah rakyat akan menangisi penderitaan mereka atau sebaliknya rakyat cuma akan mencemuh: "Huh! Padan muka! Pade doh!" atau "Nah! Rasakan! Dulu aku demo sampai pecah tempurung kepala dan berkecai kepala lutut. La ni giliran hangpa pulak demo!"

Bukan sedikit yang akan mencebik, mengutuk dan menyindir: "Buat apa la hangpa demo-demo ni? Bukankah dulu hangpa juga yang kata, berundinglah jangan berdemo? Lani apa lagi, cubalah berunding! Tok sah lah berdemo-demo ni. Tak baik�"

Kira-kira 20 buah pertubuhan NGO Muslim di Pulau Pinang telah pun bermesyuarat dan berunding dengan kerajaan alternatif DAP Pulau Pinang baru-baru ini berhubung kedudukan Melayu dan Islam di pulau mutiara itu. Mereka berunding dengan baik, tidak perlu demo-demo.

Umno Tanjung (Pulau Pinang) perlu ikut contoh ikutan dan sari teladan yang sudah ditunjukkan pimpinan alternatif dan pimpinan NGO-NGO Muslim ini. Firman Allah s.w.t: "Wa amruhum syura bainahum." Maka, Rasulullah s.a.w bersyura bersama para sahabatnya ketika memutuskan sesuatu perkara. Syura dan rundingan adalah sunnah Rasulullah dan inilah serpihan contoh teladan yang langsung daripada Allah ke atas baginda dan umat manusia.

Jika Umno Tanjung tidak bersyura dengan pimpinan negeri Pulau Pinang, susahlah. Buruk nama, imej dan reputasi Pak Lah yang memang sedia buruk itu. Apatah lagi, Pak Lah adalah anak Tanjung. Sikap Umno Tanjung ini seperti sokong membawa rebah ke atas Pak Lah.

Jika tidak mampu bersyura, usah 'bicara kemaih' dan 'sembang deraih' dalam Bicara Mufti dan Forum Hal Ehwal Islam tentang cita-cita mahu menyuruh rakyat kita mengikut sari teladan Rasulullah kalau pemimpin BN sendiri gagal menjadikan pemerintahan baginda sebagai landasan perjuangan mereka sejak dulu, kini dan selama-lamanya.

"Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu sari teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak menyebut nama Allah." (al-Ahzab: 21)

"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa kepada seorang lelaki antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan, adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (al-Ahzab: 40)

Sekolah Pemikiran Kg Baru
4:29 a.m, 18 Mac 2008.

Ahad, 23 Mac 2008

Tahap Awal Budaya Pendidikan

Berbicara tentang budaya pendidikan di negara kita, dari apa yang saya perhatikan kurang begitu memuaskan dan berada pada tahap yang rendah. Walaupun begitu, saya bincangkan terlebih dahulu secara ringkas peringkat-peringkat bagaimana hendak membentuk budaya pendidikan anak-anak supaya ia menjadi satu amalan yang akan menjadikan seorang anak itu insan yang soleh dan menjunjung budaya menerokai ilmu pengetahuan.


Bagi menyemai budaya pendidikan perlu bermula dari rumah, sejak dari kandungan lagi sehinggalah seseorang anak itu menjadi remaja dan dewasa. Mungkin ada antara anda pernah terbaca mengenai bagaimana seorang ibu boleh mendidik anak dalam kandungannya dengan membaca surah-surah al-Quran dan memperdengarkan bacaan-bacaan tersebut melalui ear phone ke perut si ibu. Amalan sebegini dilakukan setelah anak-anak tersebut sudah cukup sifatnya. Si ibu juga perlu mempunyai emosi yang baik dan amalan kesihatan yang dapat membantu melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Begitu juga si bapa perlu memberi sokongan kepada isterinya sepanjang proses kandungan tersebut dan mempunyai amalan-amalan yang baik seperti beribadat, bersedekah, berdoa, membantu orang lain dan sebagainya sehinggalah anak tersebut dilahirkan.


Setelah lahir proses pembelajaran dan pengajaran kepada anak tersebut perlu diteruskan supaya ia menjadi satu budaya untuk menuntut ilmu bila anak kita besar kelak. Anak yang masih bayi perlu diajar dengan komunikasi kerana derianya sedang berkembang. Komunikasi melalui percakapan, jangan beranggapan bahawa bayi tidak faham kerana deria pendengarannya cukup tajam dan peka untuk mengetahui setiap patah ayat apa yang didengarnya. Cubalah kita bercakap dengan bayi kita setiap hari, cakap apa saja yang baik sama ada dengan bahasa kita sendiri atau bahasa Inggeris. Pelbagaikan proses komunikasi kita dengannya sama ada dengan membaca surah al-Quran, menyanyikan lagu, berpantun atau apa-apa saja yang boleh menarik perhatian anak-anak kita. Deria penglihatan bayi juga sedang berkembang dan justeru itu tidak salah sekiranya kita mula mengajarnya ABC atau 123 atau memperlihatkannya dengan gambar-gambar yang boleh mendidiknya lebih awal.


Proses tumbesaran anak akan terus berkembang mengikut peringkat usianya, ketika anak sudah tahu memegang atau menggenggam, sesuatu proses pengajaran sebelum ini boleh dilanjutkan lagi. Jika sebelum ini anak hanya mendengar dan melihat saja tapi kini dia perlu menyentuh apa yang dilihat dan apa yang didengarnya. Ini penting kerana dia akan tahu lebih lanjut lagi apa yang selama ini hanya didengar dan dilihatnya saja. Jangan kita melarang atau memarahinya jika dia hendak mengambil sesuatu kerana tindakan ini sebenarnya boleh merencatkan sikap ingin tahunya. Justeru itulah, ibu bapa perlu menyediakan satu ruang yang boleh menjadi tempat untuk anak-anak ini bermain mengikut kehendak hatinya dan sediakan alat permainannya di samping ibu bapa membimbing apa yang perlu ketika bersamanya.


Anak-anak ketika sudah berumur antara 3-5 tahun sudah tahu bercakap dan banyak bertanya. Biarlah mereka terus bertanya dan kita jawablah dengan berhemah. Pada peringkat inilah budaya pendidikan yang lebih aktif sudah bermula di mana akan wujud satu komunikasi langsung antara ibu bapa dengan anak. Maksud saya ialah apabila kita berkata sesuatu kepada anak, maka anak akan menerima ia sebagai satu yang perlu dia ikuti dan patuhi. Sebagai contoh, bila kita kata jangan mencuri kerana ia satu dosa, kita terangkan apa itu dosa dan apa hukumannya sama ada hukuman di dunia maupun di akhirat. Tunjukkan video atau gambar akibat orang yang mencuri atau melakukan dosa sebagai satu pengajaran kepadanya. Seharusnya anak-anak pada usia ini tidak boleh dibiarkan terkapai-kapai atau tertanya-tanya, dan juga tidak boleh begitu dimanjakan mengikut apa saja kehendak dan kemahuannya, ibu bapa kena beri penjelasan yang sewajarnya agar anak faham. Ketika inilah anak-anak perlu dididik tentang ibadat, tentang amalan-amalan baik, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Ibu bapa perlu kemukakan alasan yang kukuh kepada anak-anak dan memberi penjelasan yang boleh diterima akal, biarpun anak kita itu baru berumur 3 tahun.


Apabila anak-anak kita sudah mula melangkah ke bangku sekolah maka dia akan mengalami satu budaya yang baru dalam pendidikannya. Jika selama ini ibu bapa sebagai guru yang mengajarnya kini guru di sekolah pula yang turut memainkan peranan mendidiknya. Kita tak akan merasa bimbang sekiranya kita telah didik anak apa yang baik dan apa yang buruk semenjak dia berusia 3-5 tahun lagi. Cuma ibu bapa perlu memantau perkembangannya dan mengambil tahu apa yang dipelajarinya dan membantunya dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dia perolehi di sekolah. Sehinggalah dia ke peringkat pendidikan menengah, jika kita terus mengambil tahu apa yang dipelajarinya semestinya anak yang kita didik dengan baik sejak dari kecil lagi akan menghargai kita kerana telah memberi dorongan dan bimbingan sehingga dia menjadi seorang pelajar yang baik dan cemerlang.


Walaupun banyak pengaruh negative di sekelilingnya ketika di bangku sekolah, disebabkan kita telah didiknya tentang apa yang baik dan apa yang buruk disamping kita berterusan mengambil tau tentang dirinya, insyaAllah anak kita akan terpelihara dari ancaman pengaruh negative. Amalan budaya pendidikan yang kita semai sejak dari kandungan lagi akan beterusan sehingga ke dewasa di mana anak-anak ini akan terus ingin tau tentang sesuatu melalui deria penglihatan dan pendengarannya dan berusaha untuk mencapai sesuatu melalui panca indera tulang empat keratnya sehingga dia menemui jawapannya. Selagi belum ditemui apa yang dia hendak tau selagi itulah dia berusaha untuk menerokai ilmu tersebut kerana akalnya sudah terdidik dengan persoalan-persoalan yang perlu dijawab dengan bernas dan munasabah.


Jika masih kanak-kanak dan remaja mereka bergantung kepada ibu bapa untuk apa jua persoalan dan permasalahan dan dibantu dengan sebaik-baiknya sehingga mereka berjaya mencapai apa yang mereka kehendaki menerusi nasihat dan perundingan dengan ibu bapa. Maka setelah dewasa mereka sudah tahu berdikari untuk merungkai persoalan di benak mereka dan menyelesaikan sendiri permasalahan mereka dengan sebaik-baiknya tanpa perlu lagi bergantung dengan ibu bapa, sebaliknya mereka perlu berunding dengan orang lain yang lebih tau dan arif. Pastinya mereka mampu berdikari hasil dari didikan yang sempurna sejak dari kecil lagi.


Adakah budaya sebegini diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat kita? Melihat kepada kualiti graduan yang negara kita hasilkan tidak ramai yang benar-benar boleh berdikari sendiri dan tidak mampu menghadapi cabaran dan persaingan yang sengit. Terlalu ramai yang menganggur dan mengharap untuk bekerja makan gaji dengan majikan. Di sekolah pula pelbagai kes yang tak elok didengar dengan gejala-gejala negative yang merosakkan pemikiran dan masa depan generasi anak-anak kita. Institusi keluarga pula tidak lagi utuh lantaran ibu bapa kini terlalu sibuk mengejar kebendaan dengan sibuk bekerja. Anak-anak dicurahkan dengan kemewahan, bukannya kasih sayang dan bimbingan yang betul. Anak-anak dibimbing oleh pembantu rumah, tv dan rakan-rakan yang belum tentu baik akhlaknya. Kesemuanya tidak lagi dipantau dan dibimbing dengan baik oleh ibu bapa, membiarkan anak-anak dengan karenah dan perilaku masing-masing tanpa nasihat dan teguran yang membina.


Untuk menceritakan panjang lebar tentang perkara ini amat pahit untuk diterima oleh kebanyakan kita. Namun, jika kita mahu terus maju dan memperbaiki diri seharusnya kita perlu terima apa jua pandangan dan pendapat orang lain. Kerana bilamana kita mampu menghimpunkan semua pandangan dan pendapat, fikiran kita akan lebih terbuka kepada idea-idea baru tak kira ia bernas atau tidak hanya kita sendiri boleh memikirkannya secara bijak untuk menerima mana yang baik dan mana yang buruk. Usah khuatir dengan kritikan orang dan takut dengan ugutan pihak berkuasa yang tidak senang hati dengan apa yang kita ungkitkan. Selagi apa yang kita perkatakan itu dapat memperbaiki keadaan yang tidak betul, mereka kena terima ia sebagai satu rasa kekesalan dan tidak puas hati kita sebagai rakyat yang sudah matang dan tahu menilai sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling dalam negara kita.


Saya akan bincangkan lebih lanjut tentang perkara ini bila ada masa terluang, tentang budaya pendidikan yang berlaku dalam negara kita. Mereka yang berkenaan kenalah terima teguran ini dan ambil ia sebagai satu suara rakyat yang perlu diambil kira dalam membuat sesuatu dasar dan keputusan. Bukannya menghukum, menyekat dan mencantas kebebasan berfikir rakyat Malaysia.

Sabtu, 22 Mac 2008

Label Kategori Disusun semula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Bagi memastikan sesuatu isu atau perkara berkaitan nampak teratur dan sistematik, maka label untuk kategori artikel telan disusun atur mengikut tajuk yang sesuai. Sebelum ini kelihatan berterabur dan tidak sesuai sehingga mewujudkan kekeliruan pada saya sendiri ketika mengkategorikan tajuk-tajuk artikel.

Daripada rekod pengunjung yang saya dapati, kebanyakannya adalah dari google search untuk mencari maklumt-maklumat yang dikehendaki. Daripada keyword yang ditaip pengunjung kebanyakannya merupakan maklumat am dan boleh difikirkan berdasarkan isu-isu semasa. Ini memerlukan kepekaan dan keprihatinan yang tinggi untuk memikirkannya secara lebih analitikal atau menganalisis sendiri secara rasional dan pertimbangan akal kemudiannya perlu mencari fakta dan data bagi menyokong hujah-hujah yang hendak disampaikan.

Berdasarkan pengalaman dan apa yang saya ketahui, kemahiran menganalisis dan membuat esei ringkas yang padat sebelum ini ketika masih dibangku sekolah amat membantu saya untuk menyampaikan sesuatu secara lebih berkesan. Menulis esei sangat mengutamakan fakta dan data, justeru pengalaman ketika belajar dulu semasa mencari maklumat dan fakta masih lagi saya ingat lagi akan isu-isu, isi-isi maklumat berkaitan dan cara-cara menyampaikan hujah yang lebih berkesan. Amat rugi sekiranya saya tidak meneruskan kemahiran penulisan ini dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang saya temui semasa proses pencarian maklumat tersebut.

Saya merupakan seorang yang suka membaca dan mencari maklumat apa saja dan suka membezakan sesuatu sumber maklumat dengan sumber maklumat yang lain kerana dari situ saya boleh ketahui lebih banyak dan membuat perbandingan. Pengetahuan ini tak berhenti disitu saja, saya perlu menilai berdasarkan apa yang nampak di depan mata, apa yang didengar sekarang dan apa yang diperkatakan oleh seseorang tokoh atau ilmuan, sama ada tempatan maupun dari luar negara. Ini sangat membantu saya untuk berfikir dan menemui idea baru yang boleh diperkembangkan.

Bagi mewujudkan satu perkongsian maklumat, pandangan, pendapat dan idea yang lebih aktif dan mempunyai komunikasi dua hala. Saya sedang dalam proses untuk menghasilkan satu RUANG FORUM KHAS. Melalui ruang ini diharap kelak pengunjung yang hendak bertanyakan sesuatu maklumat lebih lanjut boleh kemukakan dalam forum berkenaan dan mana-mana pelawat yang berkunjung mempunyai maklumat dan pendapat bolehlah membantu rakan-rakan yang lain yang mempunyai kemusykilan.

Sekian dan salam hormat.

Jumaat, 21 Mac 2008

Mahmoud Ahmadinejad

Amat malang bagi negara kita kini tiada lagi barisan kepimpinan yang berani dan lantang di arena antarabangsa. Walaupun tidak mahu menyibukkan diri di persada global namun negara tidaklah semaju mana dalam tempoh 5 tahun yang lalu dan rakyat pula tidaklah sesejahtera yang diharapkan, walaupun keamanan tak terancam oleh Amerika sebaliknya terancam oleh penjenayah-penjenayah dalam negara sama ada yang benar-benar musang mahupun musang yang berbulu ayam. Tumpuan dunia kini pada Iran dan presidennya yang menunjukkan kepimpinan yang berani dan sederhana namun bersungguh-sungguh mempertingkatkan teknologi nuklearnya untuk keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.


The Life of Iranian President Mahmoud Ahmadinejad

This is a best example of simplicity. Can we expect our politicians to be like the Iranian President? God loves those who are humble in their personal life too!

The Fox News TV (US) asked the Iranian President Mahmoud Ahmadinejad; " When you look into the mirror in the morning what do you say to yourself"? He answered: I see the person in the mirror and tells him " Remember, you are no more than a small servant, ahead of you today is the heavy responsibility, and that is to serve the Iranian nation". And this was how the broadcaster introduced him.

Read more...



Biography Mahmoud Ahmadinejad
  • Born: 28 October 1956
  • Birthplace: Garmsar, Iran
  • Best Known As: President of Iran, 2005-present

In August of 2005 Mahmoud Ahmadinejad was sworn in as the president of the Islamic Republic of Iran. Trained as an engineer, Ahmadinejad entered the political arena after the Islamic Revolution of 1979. He joined the Revolutionary Guard and, according to some reports, worked covert operations in the 1980s during Iran's war with Iraq. After four years as a provincial governor (1993-97), Ahmadinejad became a lecturer at Tehran's University of Science and Technology. He kept his hand in politics and was elected mayor of Tehran in 2003. He was not well known internationally until June of 2005, when he won Iran's presidential election. It is widely held that Ahmadinejad's support comes in part from those who oppose U.S. foreign policy, and early on President Ahmadinejad's rhetoric matched his promises to defy the U.S., most notably on the issue of Iran's plans for nuclear technology. In October of 2005 he made headlines and earned a United Nations rebuke when he publicly opined that Israel should be "wiped off the map." In December of 2005 he described the Holocaust as a "myth" in statements subsequently condemned by the United States and its allies.

Soon after he took office, questions were raised about Ahmadinejad's role with the radical student organization that seized the U.S. embassy and held its 53 occupants hostage from 4 November 1979 until 20 January 1981; some former hostages claimed he was one of their captors, a claim denied by Ahmadinejad... In December of 2005 it was reported that Ahmadinejad had ordered a ban on "western" music, a move reminiscent of Ayatollah Khomeini's 1979 ban on music.

More About Mahmoud Ahmadinejad...

F-22 Raptor



Pesawat Pejuang Utama Amerika 2010

Menjelang 2010 USAF akan menggantikan kesemua pesawat utama pelbagai fungsi mereka sekarang dari jenis F-15 Eagle, F-16 Falcon, F-18 Hornet dan F-18 Super Hornet dengan pesawat generasi baru yang lebih canggih dan dapat menyesuaikan dengan kemajuan teknologi pesawat pejuang pencabar utamanya dari Russia.

Mengambil iktibar dari pengalaman lalu, pakar teknologi persenjataan Amerika telah membuat kajian tentang kelemahan teknologi pesawat mereka dan kelebihan teknologi pesawat dan anti-pesawat Russia dan negara sekutu terdekatnya China. Kelemahan sebelum ini ialah mudah dikesan radar dan menjadi sasaran mudah kepada peluru berpandu anti-pesawat Russia dan China. Sementara itu, Russia turut memiliki pesawat yang dapat menandingi kehebatan dan kelincahan F-15,F-16 dan F-18 USAF iaitu Sukhoi SU-27 dan SU-30. Bermakna, sekiranya berlakunya pertembungan di udara akan berlaku pertempuran yang sengit dan dikatakan pesawat Russia lebih hebat dalam pertempuran 'dogfigth' ini.

Justeru itulah, dengan ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang di bumi Amerika dengan sokongan kepimpinan mereka dalam kemajuan teknologi maka hanya dalam tempoh tidak sampai 20 tahun saja jurutera dan saintis Amerika berjaya mencipta teknologi 'stealth', teknologi yang menyebabkan pesawat tidak dapat dikesan radar. Percubaan pertama teknologi ini digunakan pada pesawat F-117 Black Hawk dan bagi menyokong ketidakstabilan pesawat ianya dikawal oleh komputer menerusi teknologi yang dipanggil sebagai 'Fly by wire'.

F-22 Raptor adalah kombinasi lengkap kemajuan teknologi pesawat terdahulu milik Amerika dan mengambil teknologi yang terdapat pada pesawat Russia. Ini bermakna, F-22 akan mudah memasuki kawasan wilayah musuhnya tanpa dapat dikesan radar peluru berpandu anti-pesawat Russia dan mampu untuk mengalahkan SU-27 dan SU-30 jika pertempuran udara tidak dapat dielakkan. Bahkan semasa dalam pertempuran, radar pesawat Russia takkan dapat berfungsi dengan baik ketika membidik F-22 dan pastinya adegan kejar-mengejar akan berlaku dan kelebihan menjadi milik F-22.

Jika begitulah situasinya, SU-30MKM milik negara kita akan menjadi ketinggalan zaman dalam tempoh 10 tahun akan datang kerana teknologi kini kian berkembang dan begitu cepat sekali berubah. Kalau negara kita tidak bersungguh-sungguh melahirkan saintis dan jurutera dalam bidang ini secara ikhlas dan jujur, amat sukar untuk kita menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa. Mengharapkan pembelian teknologi tersebut dari negara luar bukanlah satu pendekatan yang bijak untuk jangka masa panjang kerana kemampuan kewangan negara yang terbatas.

Namun begitu, janganlah kita berfikiran bahawa kebijakan hanya diukur melalui kepandaian mencipta teknologi. Kebijakan juga boleh diukur melalui pengaturan strategi yang berkesan dalam menghadapi keupyaan musuh yang kuat dan lengkap bersenjata canggih. Sungguhpun kita tidak ada kelebihan dari segi kemajuan teknologi, sekiranya kita ada kelebihan strategi dan bijak memanipulasikan keadaan dengan berkesan pastinya kita walaupun tak dapat mengalahkan musuh namun mampu menghalau mereka keluar dari tanah air kita.

Situasi ini pernah berlaku ketika zaman mula-mula Rasulullah menyebarkan Islam. Pada waktu itu, tentera Islam tidak ramai dan tidak mempunyai persenjataan yang lengkap dan moden berbanding tentera bersekutu Quraisy dan kerajaan Rom. Namun mampu menewaskan Quraisy dan menghalau keluar Rom dari wilayah Arab. Hanya selepas umat Islam semakin maju dan ilmu pengetahuan semakin berkembang terutama di zaman syaidina Umar, umat Islam berjaya menewaskan tentera Rom dan melebarkan pengaruh penyebaran Islam sehingga ke selatan Eropah.

Memadailah hari ini jika kita belum mampu menguasai dan membina sendiri teknologi moden yang canggih, kita mesti mampu menyusun strategi bukan saja dalam aturgerak ketenteraan dalam peperangan konvensional tapi juga dalam usaha melebarkan pengaruh bagi menyatupadukan negara bangsa yang merasa tertindas dan diancam oleh kuasa besar Amerika dan Eropah. Jika kedua-dua kebijaksanaan ini kita tiada, tunggu sajalah musuh akan menyelinap masuk memecahbelahkan perpaduan umat dan kemudian menyerang secara besar-besaran bermula dengan fitnah untuk masuk campur ke dalam hal ehwal dan politik negara.

Kita cukup bimbang setelah ketiadaan kepimpinan seperti Tun Dr. Mahathir yang mampu menyatupadukan dalam negara dan negara-negara kecil yang lain di arena antarabangsa. Beliau juga telah memulakan usaha untuk mempertingkatkan perkembangan ilmu melalui teknologi maklumat dan menunjukkan kepada dunia akan kehebatan dan kemampuan negara dan rakyat Malaysia melalui strategi pembangunan yang berkesan dan usaha menaikkan semangat rakyat. Disamping kelantangannya mempersoal tindak tanduk kuasa besar dan mencabar mereka menjadikan negara kita dahulunya digeruni biarpun tidak memiliki kecanggihan teknologi tentera.

Malang sekali, hari ini kebijaksanaan itu semakin pudar dan dikhuatiri akan lenyap bilamana kepimpinan negara diterajui oleh orang yang lemah dan dikuasai oleh orang yang berperangai buruk dan jahat. Akibatnya, perpaduan kita semakin lemah dan jika tidak ditangani dengan bijaksana boleh menimbulkan perpecahan. Sesuatu yang amat ditunggu-tunggu oleh penjajah dan kuasa besar untuk masuk campur, kalau tidak secara langsung mungkin melalui bonekanya. Pemimpin negara kita hari ini bukan tidak pernah belajar sejarah, tapi tak mau tau mengenainya sehinggakan dia tak tau bahawa musuh sentiasa mengintai peluang untuk mencari ruang kelemahan kita.

Khamis, 20 Mac 2008

Active Denial System



Ini satu lagi teknologi yang boleh digunakan untuk menyuraikan demonstrasi yang agresif. Kebiasaannya kita akan nampak adegan kejar mengejar antara kumpulan anggota keselamatan dan penunjuk perasaan. Bahkan dalam keadaan yang tak terkawal 'water canon' dan gas pemedih mata akan digunakan untuk menyuraikan perhimpunan tersebut.

Apabila 'water canon' digunakan pasti ianya akan menambahkan lagi kerosakan harta benda awam akibat hentaman pancutan air yang kuat. Air yang dilimpahkan akan mengotorkan lagi kawasan yang telah sedia kotor dan berselerakan. Dan kemungkinan juga akan mencederakan orang awam yang menunjuk perasaan tersebut. Trak 'water canon' perlu mendekati sekumpulan penunjuk perasaan untuk kesan yang lebih efektif dalam menyuraikan perhimpunan dan mendedahkan bahaya kepada anggota keselamatan sekiranya penunjuk perasaan mengambil tindakan 'berani mati'. Ini mungkin tak akan berlaku di negara kita.

Active Denial System (ADS) merupakan teknologi masa depan berasaskan gelombang elektromagnet tapi bukan gelombang mikro, yang akan mengakibatkan rasa tidak selesa, kebas dan panas namun tidak membahayakan kepada orang awam yang menunjuk perasaan. Hanya dengan memancarkan gelombang tersebut mereka yang berhimpun dan bertindak membaling batu dapat disuraikan dengan lebih efektif dalam jarak yang agak jauh. Penunjuk perasaan mahu tak mahu perlu mengelak dari pancaran ini lantaran kepedihan yang terasa olehnya. Teknologi ini tidak memerlukan begitu ramai anggota tambahan dan disamping penggunaan ADS, Taser juga boleh digunakan untuk menangkap individu-individu yang bertindak ganas dalam perhimpunan tersebut.

Sememangnya kemajuan teknologi banyak membawa kebaikan, walaupun ia sejenis senjata namun sekiranya senjata itu bukan bertujuan untuk membunuh atau mencederakan. Namun peranannya untuk menawan musuh hidup-hidup kemudian dibicarakan di mahkamah untuk mendapat keadilan yang setimpal kenapa dia berbuat demikian. Sebab kesalahan manusia tidak semuanya kerana niatnya tapi disebabkan kejahilannya. Kejahilan itulah perlu diperbetulkan supaya mereka faham bahawa penentangan mereka adalah salah dan tidak berdasarkan pengetahuan, tapi atas dasar dendam, benci, marah dan dihasut oleh pemimpin mereka.

Lihat sajalah dalam sejarah Islam di zaman Rasulullah, walaupun sebelum syaidina Umar al-Khattab memeluk Islam penentangannya terhadap Islam dan baginda Rasulullah sangat kuat sehingga Umar sanggup bergolok-bergadai hendak membunuh baginda. Namun, setelah Syaidina Umar sendiri menyerah diri kepada Rasulullah, beliau tidak dihukum atas perbuatannya yang terdahulu yang banyak membunuh dan menyakiti umat Islam. Syaidina Umar diberi peluang untuk membela dirinya dengan menjadi seorang Islam yang banyak berjasa kepada perkembangan empayar Islam dan kemajuan umat Islam.

Seharusnya pada hari ini, tidak perlulah umat Islam bersikap benci dan membalas dendam terhadap orang barat yang memusuhi Islam. Sehingga sanggup berani mati meletupkan diri dan berjuang mengangkat senjata untuk membunuh mereka sebagai balasan kerana membunuh umat Islam lain. Tidak dinafikan bahawa umat Islam ini tak berdaya hendak pertahankan dirinya dari dianiaya. Segala kesalahan dan dosa akan tertanggung oleh para pemimpin dan ilmuan dari kalangan umat Islam yang mampu. Pemimpin Islam tidak menyokong usaha kemajuan umat Islam dan para ilmuan Islam hari ini hanya mementingkan keuntungan kebendaan wang dan harta benda peribadi saja dari berusaha hendak menjadi pakar teknologi dan pencipta teknologi baru untuk kepantingan umat Islam sejagat.

Namun, pada akhirnya juga yang akan dipersalahkan dan dipersoalkan secara bertubi-tubi dihadapan Allah di padang Mahsyar kelak ialah para pemimpin Islam. Kerana ditangan mereka segala kuasa untuk mentadbir, mengurus dan mengumpul kekayaan negara dan menggalakkan kemajuan bangsa dan umat Islam menerusi kekayaan itu. Orang awam yang berani mati dan berjuang secara individu dan kumpulan yang digelar pengganas pastinya akan disoal di akhirat kelak kenapa mereka berbuat demikian. Tentu sekali mereka akan menyalahkan kepimpinan umat Islam yang tidak berbuat apa-apa untuk membela dan memajukan mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Peringatan kepada mereka yang memimpin negara, sesungguhnya beban yang anda pikul sangat berat dan sekiranya umat Islam tersiksa dan tertindas dibawah kepimpinan anda, pastinya orang awam akan menjadi saksi kepada kesalahan anda dalam memimpin negara dan umat Islam kerana tidak mampu membawa kemajuan dan memartabatkan maruah umat Islam dengan kekuatan dan ilmu pengetahuan yang mampu menggentarkan musuh.

Taser



FUTURE WEAPONS
Rancangan ini merupakan antara kegemaran saya, bagaimana teknologi senjata masa depan lebih toleran terhadap pengganas atau penjenayah atau musuh negara. Dibawah tajuk FUTURE WEAPONS saya akan mengulas sedikit tentang teknologi senjata yang akan dipaparkan yang patut negara kita maupun umat Islam harus miliki dan kuasai ilmu penciptaannya demi kesejahteraan dan keamanan sejagat tanpa menimbulkan kemusnahan besar-besaran kepada manusia sejagat. Barat telah mendahului kita, jika kita tiada kesedaran dalam bidang ini maka kita akan berterusan dibuli dan dianiaya oleh mereka yang menyalahguna ilmu teknologi ini untuk terus menguasai dunia dan merampas hak manusia sejagat.


TASER
Taser adalah sejenis pistol yang berkonsepkan kejutan elektrik, sekarang kebanyakan anggota keselamatan seperti polis menggunakan pistol atau submesingun peluru hidup semasa menghadapi ancaman penjenayah yang tidak menggunakan senjata api secara bersemuka. Sehinggakan apabila penjenayah tersebut menerkam dengan parang atau pisau, anggota keselamatan terpaksa melepaskan tembakan sehingga mencederakan penjenayah tersebut dan kadang-kadang hingga menyebabkan kematian yang tak disengajakan.

Begitu juga ketika dalam tunjuk perasaan atau demonstrasi, terutama di negara kita dimana tidak ada rakyat yang menggunakan senjata api atau parang ketika berhadapan dengan halangan anggota keselamatan ketika berdemonstrasi. Anggota keselamatan menggunakan kayu belantan dan perisai bagi menyuraikan perhimpunan sehingga kadang-kadang ketika menghadapi pendemonstrasi yang agresif anggota keselamatan tiada pilihan lain akan memukul sehingga cedera tidak boleh melawan sebelum boleh ditangkap dan dibawa ke balai untuk disoal siasat. Situasi beginilah yang sering digunakan oleh pihak yang tak berpuas hati bilamana pihak keselamatan menggunakan pendekatan yang dilihat mencederakan orang awam yang bertindak agresif tanpa menggunakan senjata api atau senjata berbahaya.

Justeru, dari video yang kita lihat di atas ternyata taser hanyalah digunakan untuk melumpuhkan seketika penjenayah tersebut menggunakan kejutan elektrik bagi membolehkan anggota keselamatan menangkapnya tanpa mencederakan fizikalnya. Taser lebih toleran dalam menghadapi keagresifan penunjuk perasaan. Sebelum penunjuk perasaan menghayun tangannya memukul anggota keselamatan dengan kayu atau membaling batu ke arah anggota keselamatan, taser akan diacu ke arah seseorang penunjuk perasaan dengan panduan inframerah dan mengenainya dengan tepat. Ketika masih dalam keadaan kaku tak boleh bergerak itulah anggota keselamatan boleh menggarinya untuk disoal siasat atau ditenangkan bagi meredakan ketidakpuas hatiannya di balai polis.

Pendekatan sebeginilah yang kita inginkan, iaitu pendekatan yang tidak menimbulkan rasa benci dan marah dikalangan rakyat umum sekiranya melihat orang awam yang menunjuk perasaan dipukul sehingga bengkak dan berdarah oleh anggota keselamatan dengan kayu belantan dan sepak terajang menggunakan but keselamatan. Dan kadang-kadang dikejar oleh anggota polis menggunakan pistol peluru hidup sedangkan orang awam tersebut hanya menggunakan kayu atau objek keras seperti batu untuk mempertahankan dirinya dari tindakan anggota keselamatan yang tidak rasional dan tidak toleran ketika berhadapan dengan mereka yang sangat agresif tanpa senjata api atau tajam.

Namun, persoalannya mampukah anggota keselamatan kita memiliki senjata seperti ini pada masa depan atau mengaplikasikannya semasa berhadapan dengan situasi penjenayah yang tidak bersenjatakan pistol. Ini kerana ia dicipta oleh orang barat yang tidak mahu berkongsi ilmu teknologi canggih dan terkini mereka pada orang lain yang dianggap boleh mengancam masa depan mereka. Jika kita tidak mampu menciptanya sendiri maka terpaksalah anggota keselamatan menggunakan pendekatan dan teknologi konvensional yang tidak toleran dan terlalu zalim terhadap mereka yang tidak berupaya.

Selagi itulah juga anggota keselamatan kita akan dilihat sebagai satu pasukan yang tidak profesional dan bertindak di luar batasan. Janganlah suatu hari nanti ketika mana negara maju sudah mampu berhadapan dengan penjenayah tanpa senjata api menggunakan taser secara meluas kita masih lagi serupa dengan anggota keselamatan di negara dunia ketiga, sedangkan pemimpin kita sibuk menjaja nama negara kita sebagai sebuah negara maju.