‘Itu dulu, sekarang lain, zaman dah berubah mana boleh disamakan dengan zaman dulu-dulu’
Begitulah pernyataan orang yang tidak mahu membuka mindanya untuk merentasi masa lampau bagi melihat bagaimana sesuatu keadaan dan peristiwa itu berlaku. Dulu dan sekarang tiada bezanya, yang berbeza hanyalah perubahan kemudahan yang semakin banyak dan canggih sedangkan sikap dan perangai manusia sama ada akan berubah menjadi lebih baik atau makin buruk, bergantung kepada tahap dan jenis ilmu yang diterima dan dipelajarinya dan bagaimana pula seseorang itu cuba mengaplikasikan ilmu pengetahuannya itu dengan keadaan semasa.
Sebelum saya mengulas lebih lanjut, saya hendak menceritakan secara ringkas dahulu tentang sejarah bangsa arab ketika di zaman jahiliyah dan selepas mereka menerima Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Pada zaman jahiliyah bangsa arab hidup berpuak-puak dan sering berperang sesama sendiri, jika berselisih sedikit saja terhadap hak dan kepentingan puak masing-masing maka isu itu akan diperbesar-besarkan sehingga mengakibatkan mereka sanggup bertelagah dan memerangi puak lain. Sedangkan mereka adalah satu suku bangsa yang sama iaitu arab tapi berpecah belah. Mereka bukannya dipecah belahkan oleh bangsa lain tapi dipecah belahkan oleh sikap individu yang keras kepala, bongkak dan takbur dalam bangsa mereka sendiri dan menjadi pemimpin mereka. Disebabkan perbezaan fahaman dalam puak-puak masing-masing, pemimpin mereka sanggup bermusuhan dan mengajak pengikut-pengikut dalam puaknya untuk memerangi puak yang lain.
Bangsa arab jahiliyah ini juga mengamalkan budaya hidup yang sesat, dengan menyembah berhala dan menolak keras penerimaan terhadap dakwah-dakwah ajaran agama yang Maha Esa (ketika itu belum ada lagi istilah agama Islam). Mereka mengamalkan tahyul dengan bertenung nasib, melihat sesuatu nasib dan takdir pada hari tersebut berdasarkan arah ke mana burung terbang. Mereka mempercayai bahawa anak perempuan membawa sial kepada keluarga sehingga sanggup membunuhnya dengan menanam hidup-hidup.
Bangsa arab jahiliyah juga suka berfoya-foya dan minum arak, mereka suka berhibur dan berseronok-seronok, berzina dan menyimpan gundik. Akibat daripada sikap dan budaya buruk ini maka mereka mudah diperkotak-katikkan oleh bangsa-bangsa lain seperti yahudi, parsi dan rom yang datang ke wilayah negeri mereka. Ketika zaman jahiliyah juga, wilayah semenanjung arab tidak pernah dijajah secara langsung oleh parsi dan rom, hanya wilayah palestin saja yang sering menjadi rebutan lama sebelum itu antara bangsa arab palestin, yahudi, rom dan yunani. Walaupun tidak pernah dijajah secara langsung, namun bangsa arab ini sanggup
Walau bagaimanapun, zaman jahiliyah tidak bererti tiada pembangunan dan kemajuan fizikal, bangsa arab juga pernah mempunyai sebuah kerajaan yang hebat dan agung sebagaimana yang pernah tercatat dalam al-Quran, iaitu Kerajaan Saba’ di Yaman, terletak di sebelah selatan semananjung arab. Mungkin ada antara kita yang pernah membaca kisah antara Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis yang memiliki mahligai dan istana yang cantik, pengikut-pengikutnya yang setia, kawasan tanah yang subur dengan ladang-ladang pertanian, mempunyai teknologi empangan untuk system pengairan pertanian rakyatnya. Sementara di sebelah utara pula dulunya dikenali sebagai Syam dan sekarang Syiria merupakan wilayah perdagangan yang menjadi tumpuan antara benua
Ini bermakna bangsa arab jahiliyah bukanlah satu bangsa yang mundur, mereka mempunyai kemajuan setaraf dengan tahap ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka pada masa itu. Cuma yang kurangnya, mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan dan memajukan akhlak dan pemikiran mereka supaya mampu bersaing pada peringkat global dan menjadi satu bangsa yang bermaruah, dihormati dan dipandang tinggi. Pada masa itu, istilah global untuk bangsa arab mungkin boleh ditakrifkan bersaing dengan bangsa rom, bangsa parsi, bangsa
Masing-masing bangsa tersebut mempunyai tamadun yang lebih tinggi dari bangsa arab dan mempunyai kesatuan yang lebih teguh berasaskan pegangan agama dan falsafah ajarannya yang mereka terima. Rom dengan penerimaan kristian, parsi dengan pegangan agama majusi,
Perubahan mendadak berlaku kepada bangsa arab setelah Islam berjaya membentuk akhlak mereka dan menerima ajaran Islam sebagai pegangan hidup mereka. Berkurun-kurun lamanya mereka hidup dalam zaman jahiliyah namun hanya dalam tempoh beberapa kurun saja mereka bangkit dan dikenali seluruh dunia. Mereka berjaya meluaskan empayar pemerintahan mereka menyebarkan ajaran Islam kepada bangsa-bangsa kecil yang lain termasuk bangsa kita di nusantara ini. Kalau kita hanya mengharapkan pada nama bangsa saja sebagai bangsa melayu dan bumiputera, kita takkan se-gah bangsa cina dan
Apabila saya membicarakan hal ini dalam satu laman forum di internet, ada yang mengata saya tidak realistic dan sekadar berangan-angan saja. Mengatakan bahawa itu bangsa arab dulu, dulu memang ramai bangsa-bangsa kecil dunia berpusu-pusu hendak memeluk Islam. Tapi sekarang lain, bangsa arab dah berpecah, bergaduh sesama sendiri sementara bangsa-bangsa kecil lain cuba dikuasai oleh bangsa-bangsa dari barat, cuba dikuasai oleh tamadun Amerika dan negara Amerika Syarikat. Jadi, saya dikehendaki oleh pihak berkenaan supaya lebih realistik dan perlu berbicara mengikut perkembangan semasa. Maknanya saya sudah ketinggalan zaman dan berangan-angan nak jadi macam umat Islam dahulu.
Sebenarnya apa yang hendak saya sampaikan ialah, cuba kita renungkan kembali bagaimana satu bangsa kecil tidak dikenali umum iaitu bangsa arab yang dulunya lemah, mudah dijajah, mempunyai akhlak yang rendah, walaupun mempunyai satu organisasi pentadbiran dan kepimpinan yang tersusun tapi disebabkan oleh pegangan mereka yang rapuh, tidak mampu membantu mereka membina tamadun yang tinggi dan meningkatkan kekuatan bangsa mereka dari pencerobohan dan penjajahan bangsa asing.
Kerana itu kita sebagai umat Islam diseru supaya menghormati baginda Rasulullah dan berterima kasih kepada baginda kerana sanggup berkorban menyebarkan ajaran Islam bukan saja untuk bangsanya tapi juga kepada semua bangsa terutama bangsa-bangsa kecil yang tidak cukup kuat walaupun bersatu untuk menghadapi ancaman dan ugutan satu bangsa yang besar dan masih mampu untuk bersatupadu. Kerana itulah para pendakwah sering mengajak kita supaya mengikut sunnah rasulullah, supaya kita lakukan amalan secara peribadi kita sebagaimana yang dilakukan oleh rasulullah. Bila setiap orang dari kita secara individu mempunyai sifat dan sikap seperti baginda maka kita akan mampu bersatupadu dan berganding bahu, berjuang bersama-sama menegakkan ajaran Islam. Cendekiawan Islam pernah berkata : ’kalau hendak tegakkan Islam di tanah airmu maka tegakkanlah dahulu Islam itu di dalam jiwamu’.
Apa yang saya perkatakan ini bukanlah satu angan-angan, dan bukan juga tidak realistik. Sejarah telah terbukti, jika kita mau ia jadi realiti semula kita kena lakukan sekali lagi sebagaimana bangsa-bangsa arab dahulu telah melakukannya, maka kita akan mampu mengulangi semula sejarah itu dan lebih membanggakan bangsa kita di Malaysia ini yang melakukannya. Jika kita hendak merealisasikannya maka kita kena berusaha dan melaksanakan apa yang pernah dilakukan oleh bangsa-bangsa arab dahulu. Kalau mereka dahulu tahap ilmu pengetahuan dan kemudahan mereka tidaklah secanggih dan sehebat kini tapi masih berupaya menyaingi bangsa lain seperti bangsa eropah, china dan india yang terbukti mempunyai teknologi yang lebih maju dari bangsa arab dahulu.
Jadi, kalau bangsa kita sekarang ini taklah sehebat bangsa china ataupun eropah, jika kita berpegang pada ajaran Islam dan merujuk kepada sejarah bangsa arab dahulu bagaimana cara mereka melakukannya maka kemunduran kita sekarang ini bukanlah satu masalah besar. Kita akan dapat mendahului mereka semula dari segi ilmu pengetahuan dan kemajuan taknologi. Masalah besar bangsa kita sekarang ialah cara pemikiran kita. Kepimpinan kita yang tidak berpandangan jauh dan sering bertelagah sehingga menjadi ikutan dan tauladan rakyat dari bangsa sendiri. Kita tidak mau berfikir secara terbuka untuk menerima sebarang perubahan yang besar. Kita takut dengan bayang-bayang kita sendiri sebagai satu bangsa yang kecil. Sehinggakan kita cuba sedaya upaya hendak mempertahankan hak istimewa dan kepentingan bangsa kita di tanah air sendiri dari dirampas oleh bangsa lain yang lebih besar dan mempunyai tamadun sejarah yang hebat.
Justeru itu, jika kita mahu menjadikan bangsa kita kuat dan terus berkuasa dan mampu menguasai semula 2/3 dunia sebagaimana yang telah dilakukan oleh bangsa arab dahulu didokong oleh bangsa-bangsa kecil lain sekitar semenanjung arab, mahu tidak mahu kita kena kembali semula kepada ajaran asal Islam. Kita kena kaji semula sejarah dan teliti kembali bagaimana bangsa yang dulunya berpecahbelah saling bermusuhan dan tertindas di tanah air sendiri boleh bangkit menjadi satu bangsa yang dihormati dan mempunyai tamadun yang lebih gemilang dari tamadun-tamadun bangsa yang lain.
Semua ini mesti dilakukan oleh peringkat kepimpinan bangsa kita dan didokong oleh para cendekiawan dan ilmuan kita. Bahkan rakyat biasa dari kalangan bangsa kita mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan memberi pandangan. Walaupun tidak memiliki gulungan ijazah dan phd, golongan atasan harus sedar bahawa dalam Islam yang diperhatikan adalah Iman dan Takwa. Setiap insan diberi kelebihan dan anugerah tersendiri berdasarkan iman dan takwa oleh Allah Yang Maha Besar dan Berkuasa terhadap segala sesuatu.
Pemimpin Islam bangsa kita sekarang harus ingat, sejarah telah membuktikan bahawa baginda Rasulullah pernah menerima pandangan dan idea dari seorang pengikut biasa dan telah berjaya menyelamatkan barisan tentera Islam dari kepungan pasukan tentera musuh. Sallahudin Al-Ayubi yang membebaskan Palestin dari cengkaman tentera Eropah merupakan anak kampung berasal dari wilayah Tikrit, Iraq. Kebolehannya menyatupadukan bangsanya diberi kepercayaan oleh khalifah untuk menjadi pemimpin dan panglima tentera Islam. Sehinggakan beliau menjadi ikon kepada Saddam Hussein untuk mengikut jejak anak watan yang berasal dari wilayah yang sama dengannya itu. Malang bagi Saddam kerana bangsanya sendiri telah menjadi talibarut musuh sementara puak-puak yang lain memusuhinya, dan pendekatannya yang kurang bijak dalam menghadapi ancaman Amerika dan sekutunya.
Pada hari ini, kita sebenarnya telah berada di zaman yang sejarahnya telah berulang kembali disebabkan oleh kecuaian dan kelalaian kita. Jika kita mahu kembali ke zaman kegemilangan itu sesuai dengan kemajuan hari ini kita kena terima perubahan dan kembali semula kepada asas ajaran Islam dengan mengkaji dan menelitinya semula. Jadikan perlaksanaan yang dibuat oleh bangsa arab dan bangsa-bangsa kecil terdahulu yang menerima Islam sebagai panduan dan tauladan untuk kita mengusahakannya melalui pendekatan yang sesuai dengan zaman ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan