Selamat Hari
Cogankata sebelum ini dilihat terlalu mesra terhadap pihak yang mengampu dan berusaha menyembunyikan kesalahan mereka dengan menuding pada
Berhemah tentunya dalam setiap tindakan yang diambil tidak dilakukan secara terburu-buru. Kita lihat apa yang berlaku sebelum ini disebabkan terlalu mesra dengan media
Penjenayah sudah tahu apa yang akan dilakukan oleh pihak polis melalui pendedahan media dan pastinya ini bukan satu tindakan yang berhemah. Berhemah bermaksud mempunyai kebijaksanaan dan pekerti yang tinggi sehingga mampu melahirkan anggota polis yang dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang dan berkesan.
Intergriti Amalan Kita
Cogankata ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan lencana Intergriti Amalan Kita menggantikan Saya Anti Rasuah. Lencana lama tidak sesuai langsung seolah-olah pihak polis sebelum itu memang banyak mengamalkan rasuah dan mudah dirasuah. Maka ke mana-mana pun dengan lencana Saya Anti Rasuah saya lihat sangat janggal sekali dan kejanggalan saya dengan penggunaan lencana itu dipendam dalam hati saja. Sehingga hari ini barulah saya luahkan bahawa lencana Saya Anti Rasuah tidak mampu menaikkan profesionalisme seseorang anggota polis dalam menjalankan tugasnya kerana sentiasa saja dilihat oleh masyarakat yang beranggapan polis memang mudah dirasuah maka lencana Saya Anti Rasuah dipakai supaya
Berbeza dengan lencana baru Intergriti Amalan Kita mencakupi semua amalan-amalan mulia termasuk tidak mau menerima rasuah. Pastinya seseorang anggota polis itu lebih berkeyakinan dengan lencana tersebut apatah lagi bentuk lencananya yang lebih simbolik berbanding sebelum ini hanya berbentuk bulat berhuruf merah dengan latarbelakang warna putih. Berkeyakinan kerana perkataan intergriti itu sudah cukup memberi ertikata yang sangat mulia dan menyeluruh dalam menerapkan nilai-nilai profesionalime seseorang anggota polis. Saya tabik pada polis yang pakai lencana baru ini, memang ada nilai-nilai intergriti dalam diri anggota polis tersebut kerana lencana tu kata amalan mereka. Jadi, saya kena tabik dan hormatlah pada mereka lepas ni. Mereka tidak mudah dirasuah lagi. Semoga lencana ini dapat meyakinkan setiap anggota polis untuk mengamalkan intergriti dalam menjalankan tugas mereka.
Syabas diucapkan kepada PDRM diatas pembaharuan yang telah dibuat ini, sekaligus ia mampu membersihkan nama baik polis dan mempertingkatkan lagi martabat PDRM amnya dan seseorang anggota polis khususnya dikalangan masyarakat. Semoga pada masa hadapan jangan terlalu mudah mesra dengan pihak-pihak yang hendak mengambil kesempatan atas kemesraan polis. Tidak kira siapa, pihak polis mesti bertindak tegas dan mengambil tindakan yang berhemah dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks pada hari ini. Apatah lagi kini terdapat 4 negeri yang tidak lagi diterajui oleh golongan politik yang sama dan segala tindak-tanduk pihak yang dulunya merupakan pentadbir kini menjadi pembangkang pastinya tidak terduga. Ini pastinya akan menguji kredibiliti polis untuk bertindak tanpa pilih kasih sekiranya mereka melakukan perkara yang sama seperti pihak yang sebelumnya.
ADIL, TEGAS DAN BERHEMAH….Intergriti Amalan Kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan