Custom Search

Reviews Directory

Ahad, 10 Februari 2008

Al-Kisah Pak Syeikh 4

KISAH PEMUNGUT DERMA DARI NEGARA JIRAN
Pak Syeikh melihat sejak dulu hingga sekarang, negara kita menjadi tumpuan orang dari negara-negara luar untuk meminta itu dan ini kerana nak membina itu dan ini. Kadang-kadang mereka membawa surat-surat kebenaran dari Majlis Agama Negeri dan pejabat agama dari sana dan sini sebaliknya bukti mereka diberi ‘kebenaran’ untuk memungut derma atau pun memohon bantuan

Kemudian, Pak Syeikh terbaca pula berita-berita dan pejabat-pejabat agama dan majlis agama tertentu menyebut bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran untuk orang-orang ‘luar’ kutip derma di negara ini.

Pak Syeikh pernah bertemu dengan salah seorang dan peminta derma ini yang katanya untuk bina masjid, surau ataupun sekolah al-Quran di tempat mereka datang. Dalam soal siasat itu Pak Syeikh mendapati pemungut dari orang-orang dewasa dan juga para pelajar telah digunakan oleh satu ‘sindiket’ yang berpusat di sebuah negara jiran. Mereka datang dari luar masuk ke Malaysia dengan tujuan untuk cari duit. Mereka tinggal di sebuah masjid (menumpang) dalam kawasan-kawasan yang dibolehkan oleh jawatankuasa masjid. Mereka ini mempunyai satu kumpulan lebih kurang 10 atau pun 12 orang ahli. Sebahagian darinya dibawa dengan sebuah van kemudian di ‘lepaskan’ dalam satu kawasan, misalnya kawasan Taman Keramat. Pak Syeikh tanya depa ni, satu hari berapa dapat kutip duit? Jawabnya : “Kadang-kadang dapat RM80 dan kadang-kadang lebih dari itu.” Duit tu beri kat sapa? Jawabnya : “Kami bawa balik kepada ketua kami yang tunggu kat masjid.” Pak Syeikh tanya lagi : “Ketua kamu ini siapa”. Jawabnya: “Ketua kami ustaz! Haji. Pakai serban, dan pakai jubah.” Pak Syeikh tanya lagi : “Betul ke duit derma untuk nak bina masjid di tempat kamu, dan betul ke duit ini diserahkan kepada mereka yang nak bina masjid itu?” Jawabnya dengan ringkas: “Itu saya tak tahu, tapi khabarnya didermakan sebahagiannya darinya.”

Pak Syeikh tanya lagi : “Habis makan macamana? Jawab : “Makan ditanggung semuanya. Ketua kami ada sediakan tukang masak di tempat kami tinggal. Selesai kerja pemungut derma serah duit, kami diberi makan.” Pak Syeikh tanya lagi : “Kamu ini dapat upah ke?” Jawabnya lagi: “Dapat, dapat upah itu pun bergantung kepada jumlah kutipan yang kami perolehi. Kalau dapat lebih, lebihlah kami diberi upah?” Pak Syeikh tanya lagi : “Berapa?”. “Biasanya akan diberi upah RM10 atau pun RM20 setiap kali kutipan dilakukan,” jawabnya. Di akhir temubual itu Pak Syeikh tanya lagi : “Dah minum pagi?” Jawabnya: “Belum lagi, kerana belum ada kutipan.” Pak Syeikh beri dia dua ninggit dan Pak Syeikh pesan kepadanya : “Pergi minum, wang ini jangan masuk dalam kantung derma. Ini untuk awak minum.” Dia tersenyum terima wang itu, dan ucapkan tenima kasih dan terus jalan. Sejak itu hinggalah sekarang Pak Syeikh tidak pernah jumpa dia lagi, entah dimana pula kawasan baru yang diterokainya.

Itulah sedikit kisah orang yang minta derma. Pak Syeikh tak mahu nak buat komen apa-apa. Kita sama-sama fikirkan dan timbangkannya. Jadi, bukan semua yang datang ke negara kita iaitu peminta-peminta derma itu betul-betul nak cari derma, tetapi ada juga yang ‘temberang’. Demikianlah yang dapat Pak Syeikh cenitakan kali ini.
Akai_pc – Rakyat Malaysia memang cukup baik hati, tapi jangan sampai mudah diperdayakan.

PENYAMUN SEMAKIN GANAS
Akhir-akhir ini Pak Syeikh melihat gejala-gejala kurang sihat semakin pesat berkembang dalam masyarakat kita sekarang. Hal-hal yang tidak disangka-sangka berlaku, boleh berlaku dan terjadi. Orang-orang dipercayai dan diyakini boleh menjaga amanah dan melindungi amanah, mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya. Mereka yang diberi tanggungjawab tentang urusan agama dan pengadilan, tiba-tiba dengar cerita berlaku hal-hal yang tidak baik.

Pak Syeikh tanya dengan orang-orang arif tentang kejadian-kejadian aneh ini terjadi, apa kesannya atau pun tanda disebalik kejadian itu, mereka menjawab : “Itulah tandanya dunia sudah akhir zaman. Semakin dekat pada akhir zaman, semakin banyak kita temui perkara-perkara yang aneh dan ganjil. Sikap manusia semakin tidak menentu. Moral manusia semakin turun. Keganasan semakin menjadi-jadi. Sana sini berlaku gempa bumi. Mala petaka terjadi dimana mana sahaja atas kehendak Allah. Manusia sekarang tidak lagi menghormati hukum dan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah.

Jenayah semakin berleluasa. Bunuh membunuh semakin kerap terjadi dimana mana di dunia sekarang. Manusia berebut-rebut mencari keuntungan. Mereka tidak peduli dari mana sumber rezeki itu mereka perolehi sama ada cara halal atau pun haram. Pak Syeikh jadi terdiam mendengar jawapan ltu. Pak Syeikh membenarkan apa yang disebutnya itu. Moral manusia memang semakin buruk, walaupun ilmu pengetahuan semakin canggih dan semakin tinggi. Pemujaan terhadap golongan penghibur melebihi dan apa yang sepatutnya. Pak Syeikh melihat di zaman akhir ini, manusia tidak mempedulikan lagi apa yang sepatutnya dipedulikan. Ilmu agama menjadi tidak penting lagi bagi mereka. Ilmu dunia, mengejar kekayaan menjadi agenda pertama.

Pak Syeikh melihat rasuah semakin menjadi-jadi. Penipuan berlaku disana sini. Keganasan tidak memilih bulu lagi. Seolah-olah kita tidak ada peraturan, dan tidak ada undang-undang hidup. Seolah-olah kita tidak ada peraturan, dan tidak ada undang-undang hidup. Sedangkan tuan-tuan guru agama banyak banyak menerangkan Al-Quran merupakan kitab yang penuh dengan undang-undang dan peraturan hidup manusia. Apakah manusia terutama umat Islam tidaklah terfikir bahawa kita ini merupakan satu golongan manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sangat beruntung sekali? Beruntungnya kita, kerana Allah menganugerahkan kita Al-Quran. Di dalamnya Allah sudah beritahu kita apa-apa yang berlaku di masa muka. Allah beritahu kita semua akan mati, kemudian kita akan dibangkitkan. Kemudian kita akan dikumpulkan di padang mahsyar. Kita akan diadili oleh Allah dengan seadil-adilnya. Kemudian diberitahu lagi supaya banyakkan amal sebagai bekal kita di alam yang akhir nanti, iaitu alam akhirat. Itulah yang Pak Syeikh maksudkan kita beruntung kerana sudah tahu dulu apa yang berlaku nanti. Bagi orang-orang kafir yang tidak dianugerahkan Quran mereka tidak tahu apa yang akan terjadi. Akhirnya, mereka tidak membuat sebarang persiapan menghadapi Allah kelak. Mereka dicampakkan ke dalam api neraka yang panasnya terlalu hebat dan ngeri sekali. Mereka kekal didalamnya buat selama-lamanya.

Pak Syeikh harap kita selalulah dampingi diri dengan Al-Quran, membaca, mengkaji, memahami isinya, mendengar orang lain membacanya dengan penuh khusyuk dan tawaduk semoga kita dapat perlindungan dari Allah dari pembacaan al-Quran itu.
Akai_pc – Kiamat sudah semakin dekat, orang yang buta mata hatinya tak akan nampak hakikat itu.

Tiada ulasan: